Atomy Malaysia Review – Bisnes MLM Dari Korea

Apakah kelebihan bisnes MLM dengan Atomy di Malaysia?

Brand strategy

Terlebih dahulu, saya ingin membuat penafian kerana saya BUKAN seorang agen ataupun ahli Atomy.

Saya dan isteri saya berkecimpung di dalam industri jualan langsung /multi level marketing (MLM) di Malaysia sejak tahun 2018.

Untuk memahami industri MLM di Malaysia dengan lebih teliti, saya kerap membuat bacaan dan analysis mengenai syarikat-syarikat jualan langsung di Malaysia.

Saya menulis artikal ini untuk mencatat nota-nota hasil bacaan dan pencarian saya di internet mengenai syarikat Atomy.

Nama Atomy juga adalah tanda dagangan yang berdaftar ataupun registered trademark.

Kandungan di dalam artikal ini adalah pendapat saya sahaja.

Oleh itu, jangan membuat apa-apa keputusan penting berdasarkan kandungan di dalam artikal ini.

Syarikat Atomy

Apabila anda membuat analisi syarikat-syarikat MLM di seluruh dunia, anda akan mendapati Atomy adalah salah sebuah syarikat yang amat besar di Asia.

Pada tahun 2020, jumlah hasil jualan syarikat Atomy di anggarkan sebanyak USD1.73 Billion!

Ini adalah satu jumlah penjualan oleh sebuah syarikat jualan langsung dari Asia yang sangat besar.

Syarikat Atomy di tubuhkan oleh Han-Gill Park pada tahun 2009 di Korea Selatan.

Atomy adalah sebuah syarikat jualan lansung yang menghasilkan produk-produk kesihatan dan penjagaan badan.

Kini, syarikat Atomy telahpun berkembang ke lebih 13 negara di seluruh dunia, termasuklah di Malaysia.

Atomy kini mempunyai momentum perkembangan yang pesat terutamanya di Amerika Syarikat dan China.

Salah satu manfaat peluang perniagaan Atomy MLM adalah quota penjualan bulanan yang rendah dan pendaftaran sebagai ahli yang percuma.

Apabila anda melayari laman Atomy Malaysia, ia menerangkan falsafah produk syarikat Atomy sebagai:

Atomy only supplies top quality products by adhering to its Absolute Quality Absolute Price policy

Oleh itu, produk-produk daripada Atomy adalah:

  • Paling berkualiti
  • Harga yang berpatutan

Daripada bacaan dan analisis saya, Atomy adalah sebuah syarikat jualan langsung yang sangat hebat berbanding dengan syarikat jualan langsung lain di Asia.

Tidak banyak syarikat jualan langsung di seluruh dunia yang mampu menjanakan hasil jualan lebih USD 1 Billion setahun!

Di Malaysia, Atomy adalah sebuah syarikat yang mempunyai lesen untuk menjalankan perniagaan jualan langsung.

Atomy Malaysia Sdn. Bhd. adalah sebuah syarikat yang berdaftar dengan nombor syarikat 1119724-A.

Nombor lesen jualan langsungnya pula adalah AJL 932143.

Atomy Malaysia juga adalah ahli rasmi Direct Selling Association Malaysia (DSAM).

Atomy founder

Saya amat kagum dengan pengasas Atomy, Han-Gill Park.

Beliau adalah seorang ahli perniagaan yang amat luar biasa dari Korea Selatan.

Jika anda tidak kenal Han-Gill Park, anda boleh layari YouTube untuk mendengar ceramah-ceramahnya yang sangat berinspirasi.

Produk Atomy

Syarikat Atomy menghasilkan banyak produk yang berkuati tinggi untuk pasaran kesihatan dan penjagaan badan.

Atomy juga menghasilkan produk-produk seperti shampu, penjagaan kulit dan bahan pencuci untuk kegunaan rumah tangga.

Produk kesihatan badan dari Atomy yang paling terkenal adalah HemoHIM.

Seperti yang saya telah jelaskan di permulaan artikal ini, saya adalah seorang pengguna produk Atomy dan HemoHIM adalah produk yang saya paling gemari.

Sebenarnya, produk HemoHIM di perkenalkan kepada saya oleh kawan karib saya.

Isterinya yang kerap jatuh sakit telah mencuba HemoHIM oleh Atomy.

Setelah mengambil HemoHIM untuk beberapa bulan, kesihatan badan isteri kawan karib saya menjadi lebih baik.

Daripada testimoni isteri kawan karib saya, saya telah mencuba produk HemoHIM.

HemoHim

Di atas adalah gambar produk HemoHIM dari Atomy yang saya dan keluarga saya gunakan.

Daripada pengalaman saya, produk-produk Atomy adalah berkualiti tinggi dan harganya juga berpatutan.

Untuk mengetahui keberkesanan produk-produk Atomy yang lain, anda boleh membuat kajian anda di internet untuk mencari review-review dan juga pengalaman pengguna-pengguna yang lain.

Peluang perniagaan Atomy

Apakah cara untuk menjana keuntungan daripada peluang perniagaan Atomy?

Muslimah

Strateginya adalah amat ringkas.

Sama seperti semua jenis bisnes MLM di Malaysia, anda bermula dengan menggunakan produk Atomy pada diri sendiri.

Selepas itu, akan berkongsi manfaat produk-produk Atomy dengan kawan-kawan dan sanak saudara anda.

Kalau kawan-kawan dan sanak saudara anda berminat untuk mencuba produk yang anda syorkan, mereka akan membeli produk tersebut dengan harga runcit daripada anda.

Anda pula membeli produk daripada laman My Atomy Mall untuk di jual kepada kawan-kawan dan sanak saudara anda dengan harga ahli.

Perbezaan di antara harga runcit dan harga ahli adalah untung kasar anda.

Ini adalah cara yang paling mudah untuk anda menjana keuntungan daripada peluang perniagaan Atomy.

Secara am, untung runcit penjualan produk-produk Atomy adalah di antara 5% – 30% bergantung pada pangkat atau ranking anda.

Seperti bisnes MLM dengan syarikat jualan langsung yang lain di Malaysia, anda adalah di galakkan untuk mendapatkan pelanggan-pelangan untuk perniagaan anda.

Strategi yang kedua bagaimana anda menjana pendapatan dengan peluang perniagaan Atomy adalah dengan membina rangkaian ataupun network anda.

Dengan cara ini, anda perlu menaja ataupun sponsor ahli baru ke dalam bisnes Atomy anda.

Apabila anda mempunyai rangkaian ahli-ahli anda sendiri, anda akan mendapat komisen daripada hasil penjualan ahli-ahli di dalam rangkaian anda.

Komisen dan bonus yang anda akan terima bergantung kepada barisan-barisan downline anda yang aktif.

Apabila rangkai anda berkembang, anda akan menerima bonus leadership yang lebih lumayan.

Friendship

Untuk berjaya di dalam bisnes MLM Atomy, anda perlulah melakukan kedua-dua aktiviti iaitu mendapatkan pelanggan dan juga menaja orang baru ke dalam rangkaian anda.

Daripada kajian dan bacaan, saya mendapati pelan pemasaran Atomy adalah agak fleksibel.

Anda boleh membina bisnes Atomy anda secara separuh masa atau part time.

Kalau anda rajin dan bercita-cita tinggi, anda boleh menjana pendapatan sehingga 6 angka sebulan daripada peluang perniagaan Atomy.

Untuk mendapatkan pendapatan yang tinggi, fokus anda ialah menaja orang baru ke rangkaian anda.

Seterusnya, anda harus melatih dan membimbing ahli-ahli baru supaya mereka dapat duplikasi aktiviti-aktiviti anda.

Sama seperti semua jenis peluang perniagaan MLM di Malaysia, tiada jaminan yang anda akan berjaya.

Kejayaan di dalam bisnes pemasaran rangkaian atau network marketing bergantung kepada individu.

Atomy cuma adalah sebuah kenderaan yang boleh membawa anda ke impian anda.

Berapa cepat anda nak mencapai impian anda bergantung kepada anda.

Untuk berjaya di dalam perniagaan MLM, anda harus mempunyai sasaran dan rajin berusaha.

Anda haruslah bertungkus-lumus untuk meningkatkan kemahiran anda dari segi merekrut, pemasaran di atas dan di luar talian dan juga skil menjual.

Anda juga perlu meningkatkan kebolehan anda sebagai ketua atau leadership.

Sampai sini sahaja review saya mengenai Atomy di Malaysia.

Di harapkan perkongsian saya sedikit sebanyak dapat membantu anda.

Sebelum saya mengakhiri artikal ini, saya ingin membuat penafian sekali lagi.

Saya bukan seorang agen ataupun ahli Atomy.

Saya menulis artikal ini semata-mata untuk merekod dan mencatat nota-nota saya mengenai Atomy di Malaysia.

Sekian terima kasih.

Kalau anda adalah seorang bekas ketua atau leader industri MLM dan kini anda berhasrat untuk membina semula rangkaian MLM anda dengan sebuah syarikat MLM baru yang moden dan dinamik, sila klik pautan di bawah untuk menghubungi saya di WhatsApp.

Klik sini untuk WhatsApp

By | 2022-01-23T14:08:39+08:00 January 23rd, 2022|Online Services|0 Comments

About the Author:

Leave A Comment