Jika anda mendapat pinjaman daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan anda memperolehi Kelas Pertama ataupun First Class dalam kursus pengajian, anda boleh memohon untuk pengecualian membayar balik pinjaman anda.
Dokumen yang di perlukan adalah Borang Permohonan Dan Akuan Peminjam Bagi Pengecualian Bayaran Balik Pinjaman Kerana Mendapat Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama Atau Setaraf Dengannya.
Nombor siri borang tersebut adalah PTPTN-P-04 / 4-2007 Pin. 12.
Terdapat banyak syarat-syarat yang perlu di penuhi sebelum anda layak untuk pengecualian bayaran balik pinjaman.
Berikut adalah permohonan yang tidak layak dan tidak akan di pertimbangkan kelulusan kelas pertama:
1) Diploma/ Sarjana/ PhD
2) Mendapat Kepujian Ijazah Kelas Kedua
3) Kursus tidak sama dalam Perjanjian
4) Kursus yang diikuti tidak mendapat pengiktirafan Akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia atau Malaysian Qualifications Agency (MQA)
5) Membuat pelanjutan selain sebab perubahan struktur pengajian yang telah mendapat kelulusan KPT/KPM dan kesihatan
Di dalam borang tersebut, anda harus mengisi butir-butir seperti berikut:
1) Maklumat peminjam – Nama, nombor kad pengenalan, emel, alamat surat menyurat, IPT, Kursus Ijazah Sarjana Muda yang di pohon pengecualian bayaran balik
2) Akuan peminjam
Untuk muat turun borang pengecualian bayaran balik PTPTN secara online, sila klik link di bawah. Borang tersebut adalah di dalam format PDF.
Klik sini untuk muat turun borang
Leave A Comment