Sekolah Memandu Dan Institut Memandu Di Malaysia

Adakah Ianya Satu Kemestian Sesebuah Sekolah Memandu Terpaksa Menyertai Institut Memandu?



Pembaca-pembaca blog Malaysia Driving School ini bukan terdiri daripada pemuda-pemudi 17 belas tahun saja. Antara lain pembaca, termasuk golongan “businessman” atau mereka yang nampaknya ingin bekemcipung ke arena sekolah memandu ataupun institut memandu.

Kepada kumpulan yang mempunyai keazaman dan “entrepreneurship”, saya mengalu-alukan anda ke alam bidang memandu ini.

Oleh sebab pertanyaan seorang pembaca blog ini memerlukan ruang agak panjang untuk di jawab, maka keputusan telahpun di buat untuk menulis sebuah artikal pendik bagi menjawab pertanyaan beliau.

Sebelum di teruskan, pembaca-pembaca, besar kemungkinan ingin tahu apakah itu pembaca tertera di atas bertanya. Soalannya begini,

“Adakah ianya satu kemestian sesebuah sekolah memandu (katakanlah yang baru di tubuh) itu menyertai institut memandu sepertimana di buat oleh sekolah memandu lain?”

Untuk menjawab soalan tersebut di atas, bukan begitu mudah atau senang saja. Kebetulannya, harus terlebih dulu mengaji serta faham peranan kedua-dua entiti berkenaan:

1) Peranan sekolah memandu.

2) Peranan institut memandu.

Sekolah memandu mempunyai peranan dan tugasnya tersendiri. Dengan demikian, institut memandu pun ada peranan dan tugasnya terhadap sekolah memandu juga.

Harus di peringatkan bahawa sekolah memandu dengan sendirinya tidak dapat melaksanakan perkara-perkara seperti:

1) Jalankan Kursus K.P.P. (5 jam) dan isunya Sijil JPJ L2A.

2) Kendalikan Kursus 6 Jam dan isunya Sijil JPJ L2B.

3) Kendalikan Ujian Pra (Q.T.I.).

4) Memasuki Ujian praktikal J.P.J.

5) Memasuki ujian semula (Bahagian I / II).

6) Menjalani latihan-latihan kelas D, B2, B Full, E (lori), H (traktor) dan lain-lain di sirkit institut memandu.

Item-item 1 hingga 6 hanya boleh di laksanakan oleh pihak institut sahaja!

Sehingga kini, saya berharap pihak tuan dapat memahami bahawa sebenarnya pihak sekolah memandu hendaklah bekerja-sama dengan pihak institut memandu sebenarnya.

Kepada soalan pringkat kedua mengenai soal institut manakah yang sesuai di gabung dengan, jawapannya adalah seperti di nyatakan di bawah:

1) Institut yang dapat memberi kerjasama sepenuhnya kepada sekolah memandu anda.

2) Boleh bertolak-ansur dalam kesemua hal.

3) Dapat memberi bantuan bila bangkitnya sebarang masalah.

Akhir kata, pihak sekolah memandu sebenarnya bukan di minta atau terpaksa bergabung dengan mana-mana institut memandu.

Jadi, sebagai Pengurus sesebuah sekolah memandu yang mungkinnya baru, anda haruslah peka memilih berurusan dengan salah sebuah institut memandu yang berada di kawasan perniagaan entiti anda.

By | 2012-11-02T12:44:33+08:00 August 16th, 2009|Sekolah Memandu|10 Comments

About the Author:

10 Comments

  1. himeer June 18, 2010 at 1:47 pm - Reply

    kenapa kos pengambilan lesen kereta sangat mahal?saya diberitahu kosnya ialah RM980.00.Sekarang saya telah bayar RM600.00 untuk K.P.P,ujian komputer dan Kursus Teori 6 jam.Untuk pengetahuan tuan saya tinggal di kawasan Sunway dan tempat ambil lesen adalah di Shah Alam.Harap tuan tiada keberatan untuk memberi penjelasan, terima kasih

    • Cikgu Yap June 21, 2010 at 12:01 am - Reply

      Minta maaf, saya tidak dapat komen terhadap harga sekolah memandu lain. Sebenarnya, harga berbeza dari tempat ke tempat. Anda di cadangkan berbincang dengan perngusaha sekolah memandu berkaitan hal ini. Di harap dapat penyelesaian yang memuaskan.

  2. Anas July 21, 2010 at 2:44 pm - Reply

    Saya dah ada lesen B2 tapi dah lama tak bawa motor dan lesen tersebut telah mati sekian lama. Jika saya nak ambil lesen D, adakah saya perlu pergi ke kelas dan mengambil ujian komputer semula? Atau saya boleh terus belajar memandu dan kemudian mengambil ujian JPJ?

    • Cikgu Yap July 22, 2010 at 9:30 pm - Reply

      Lesen B2 anda telah luput dan tidak boleh diguna lagi. Anda harus hadir Kursus 5 jam, duduki ujian undang-undang dan hadir teori 6 jam. Selepas itu, baru boleh keluarkan lesen belajar.

  3. Michelle February 27, 2012 at 11:49 am - Reply

    Hi Cikgu Yap,

    Boleh tak jelaskan apa itu kelas teori selama 6 jam? Apa yang akan ajar? Juga, apa itu Ujian Pra (Q.T.I), Ujian Praktikal J.P.J dan Ujian bagi Bahgian II & III? Bilakah boleh saya dapat L lisen dan P lisen dengan ujian-ujian semua ini?

    Cikgu boleh tak tolong jelaskan? Terima kasih.

  4. Cik Eina May 10, 2012 at 7:34 am - Reply

    Hi Cikgu yap,

    Saya akan pulang ke kampung halaman ibu saya di thailand dan ingin menyewa kereta ketika di sana, adakah saya memerlukan IDL utk menyewa kereta disana atau saya boleh menggunakan lesen memandu saya yg sedia ada..

    • Cikgu Yap May 11, 2012 at 7:24 pm - Reply

      Lesen Malaysia boleh di guna menyewa kereta di Thailand.

  5. Iwan June 23, 2012 at 5:22 pm - Reply

    Saya telah mendaftar di sebuah sekolah memandu awal Mei 2012 dan telah menghadiri kursus 8jam. Apabila sampai di saat utk start belajar memandu. Cikgu di sekolah ini asyik tak datang, sebanyak 2 kali. Saya bertukar kepada cikgu lain, namun hal yang sama masih berlaku dan ianya telah berlarutan sebanyak 4 kali hingga ke hari ini. Saya dah tawar hati untuk meneruskan. Duit dah bayar. Apa yang patut saya buat?

    • Cikgu Yap June 26, 2012 at 6:27 pm - Reply

      Lumrahnya pengajar-pengajar bertindak sedemikian. Rajin mencari mereka yang anda telah di buat bayaran.

Leave A Comment