1) Memandu dengan tiada lesen.
Anda mempunyai lesen memandu tetapi anda lupa membawanya bersama. Anda telah di tahan oleh seorang anggota polis. Di dapati pula anda tidak membawa lesen memandu anda.
Adakah ini merupakan sesuatu kesalahan?
Jawapannya ialah pasti!
Menurut Seksyen 26 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (A.P.J. 1987), seseorang itu harusnya mempunyai lesen memandu sekiranya ia berhajat untuk memandu.
2) Masuk “No Entry”.
Sebagai pemandu yang baru mencapai lesen “P”, anda tidak berapa biasa dengan jalan. Andainya anda telah tersalah masuk ke jalan “No Entry”.
Andainya anda telah di tahan oleh seorang anggota polis. Anda mencuba merayu terhadap kesilapan yang anda telah melakukan. Nampaknya, percubaan anda untuk di maafkan kurang berjaya.
Bolehkan pegawai polis berkenaan menyaman anda?
Kecuali pegawai tersebut ingin melepaskan anda, sudah pasti anda akan di kenakan saman. Jangan lupa, alasan tidak tahu akan undang-undang bukannya sesuatu jawapan yang baik.
3) Memandu dengan tidak ada plet nombor di belakang kenderaan anda.
Adakah ianya sesuatu kesalahan sekiranya anda memandu sesebuah kenderaan dengan tiada plet nombor di belakang kenderaan anda?
Andainya plet nombor kereta anda hampir-hampir tertanggal. Anda telahpun menyimpan plet nombor tersebut di bahagian booth anda. Kiranya di tahan polis kemudian kelak, adakah tindakan itu bersalah?
Jawapan kepada soalan di atas itu adalah “tentu”. Kecuali pegawai itu dalam mood yang baik, haraplah anda di beri sesuatu saman.
Oleh yang demikian, para pemandu di nasihatkan supaya janagan membawa kenderaan yang di hadapi dengan masalah yang berkaitan.
4) Memandu dengan tidak memakai tali pinggang.
Ramai pemandu mula memandu kenderaan mereka tanpa memakai tali piggang. Mereka akan mencuba memakai tali pinggang selepas bergerak 10 meter atau lebih.
Ini bukanya salah, malah ini merupkan sesuatu tindakan yang kurang betul malah bahaya. Sekiranya dalam percubaan memaki tali pinggang, anda di lihat oleh seorang polis trafik, bolehkah ianya menyaman anda?
Jawapannya ialah, boleh!
Tidak memakai tali pinggang itu salah menurut Seksyen 119 (2) A.P.J. 1987. Dendanya ialah RM300.
Jadi nasihat yang saya ingin berikan kepada anda semua ialah pakai tali pinggang dahulu sebelum anda mula bergerak. Ramai, khasnya yang kurang berpengalaman seringkali melaku kesalahan demikian.
5) Menyeberang jalan semasa lampu isyarat berwarna kuning.
Soalan di atas ini sering kali menjadi pertikaian antara ramai sahabat. Ada yang katakan “salah”, ada yang kata ianya “betul”. Siapa sebenarnya adalah betul?
Pakar-pakar yang baru lepas maktab berpendapat mereka betul. Mereka percaya kepada konsep “follow through”.
Walaubagaimanapun, anda harus di hadapkan ke mahkamah terlebih dulu. Ini sungguh leceh. Pegawai-pagawai J.P.J. hari ini di katakan menjalankan tugas mereka dengan menaiki kenderaan Perdana.
Sekiranya anda di ekori oleh pegawai-pegawai sedemikian, sudah tentu anda akan terkena saman. Salah seorang kawan karib saya di saman oleh pegawai-pegawai J.P.J. Dia di katakana telah melanggar lampu isyarat kuning.
Nasihat saya kepada semua pemandu jalan raya adalah, elaklah menerima sesuatu keping saman.
6) Tidak ada lampu plet nombor.
Ramai di antara para pemandu tidak sedar bahawa kereta yang tidak ada lampu plet nombor merupakan sesuatu kesalahan. Tujuan lampu plet nombor bertujuan menerangkan plet nombor kereta.
Adakah kesalahan kiranya lampu tersebut tidak bernyala?
Oleh kerana demikian, harap anda memeriksa lampu tersebut supaya berfungsi dengan baik. Ini untuk mengelakkan anda daripada kena saman.
7) Memandu pada waktu malam dengan lampu kabin bernyala.
Ramai pemandu kurang bersedar bahawa adalah salah memandu sesebuah kenderaan dengan lampu kabin bernyala. Dengan lampu tersebut ternyala, akan menggangu penglihatan pemandu-pemandu yang datang ke arah kereta kita.
Ini mungkin membawa kepada kemalangan. Oleh demikian, pastikan lampu kabin tidak di nyalakan sewaktu anda membawa kereta.
8) Tidak memberi jalan kepada pihak polis, ambulans, J.P.J., kastam dan bomba.
Tidak memberi jalan kepada pihak-pihak di atas merupakan kesalahan. Walaupun kesalahan membawa denda RM300, pada hujungnya, para pemandu di beri pengajaran bahawa adalah penting bahawa polis, ambulans, J.P.J., kastam serta pihak bomba di beri prioriti semasa mereka menjalankan tugas.
9) Memandu dengan tayar yang tiada berbunga.
Memandu kenderaan dengan tayar yang tidak berbunga merupakan satu-satu kesalahan. Pemandu yang tidak menjaga akan tayarnya boleh di denda di bawah Seksyen 119 (2) A.P.J. 1987. Denda kesalahan ini adalah RM150.
10) Memandu dengan lesen yang telah di gantung ataupun di batal.
Bolehkah seorang pemandu yang lesen memandunya telah di gantung ataupun di batal memandu kereta?
Jawapanna ialah tidak!
Memandu dengan lesen yang sudah di gantung atau pun di batal merupakan kesalahan. Ini melanggar peraturan Seksyen 38 (2) A.P.J. 1987. Dendanya ialah RM2000 dan 6 bulan penjara.
Jadi, para pemandu, berhati-hati.
Kebanyakan pemandu kurang pasti tentang ke sepuluh kesalahan yang saya berikan dalam artikal ini. Harap dapat ambil perhatian yang lebih berat terhadap mereka supaya tidak terlibat dengan kesalahan.
Adakah pemandu ambulan syarikat swasta memerlukan lesen memandu khas daripada JPJ?