Kesalahan Lampu Brek Tidak Menyala Dari Segi Undang-undang Malaysia

Berbeza dengan lampu belakang sesebuah kenderaaan yang terus menyala sebaik saja ianya di nyalakan, lampu brek pula akan menyala apabila pemandu memijak brek saja.

Lampu brek sebenarnya merupakan lampu amaran. Sebaik saja lampu brek bernyala, is menandakan pihak pemandu di depan telah menyaksikan sesuatu perkara yang bahaya ataupun beliau berniat hendak berhenti.

Oleh itu, pihak pemandu yang mengekorinya dari belakang haruslah bertindak dengan sewajarnya.

Lampu brek sebenarnya merupakan sesuatu item kenderaan yang mustahak sekali. Lampu brek yang tidak berfungsi melanggar undang-undang peraturan Seksyen 119 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987. RM150 adalah dendanya.

Umpama brek lampu belakang, lampu brek ada tugas yang penting. Tanpa lampu brek, sudah pasti kemalangan mudah berlaku. Beberapa tahun sebelum tahun 1960an, sesebuah kenderaan mempunyai hanya 1set lampu brek saja. Tetapi, menurut pakar-pakar kereta, mereka berperndapat bahawa lampu brek yang ketiga dapat membantu mengelakkan kemalangan.

Oleh itu, pada penghujung 1970an, kenderaan-kenderaan dengan lampu brek ke 3 telahpun di perkenalkan ke pasaran kereta. Pada hari ini, kebanyakan kenderaan mempunyai lampu brek ke tiga sebagai standard.

Kerana lampu brek sugguh mustahak, maka ada undang-undang yang mengatakan kiranya ketiadaan lampu brek ke 3, seseorang pemandu boleh di denda sebanyak RM150.

Sebelum ini, telah di nyatakan bahawa kereta-kereta jenis lama hanya mempunyai 2 brek lampu saja, satu di sebelah kiri dan satu lagi di sebelah kanan pula. Oleh itu, lampu brek sewaktu di pijak adakalanya tidak dapat di lihat oleh pemandu yang sedang mengekori dari belakang.

Kenapa hal demikian berlaku?

Brek lampu kereta-kereta jenis lama di pasang pada paras tengah kenderaan. Posisi lampu brek tidak dapat di lihat dengan jelas.

Pihak-pihak pakar kenderaan berpandapat bahawa lampu brek ke tiga hendaklah di pasang di dalam kenderaan, sebaik-baiknya di cermin belakang kenderaan.

Sampai ke setakat kini, saya merasa yakin pembaca-pembaca memahami betapa penting lampu brek ke tiga pada sesebuah kenderaan.

Untuk keterangan lanjut, lampu brek ketiga hari ini di pasang pada paras mata pemandu kenderaan belakang. Sudah tentu di paras tersebut ianya dapat di lihat dengan jelas.

Kenderaaan yang mempunyai 3 brek lampu lebih baik daripada sesebuah kenderaan yang ada 2 brek lampu saja. Sekiranya satu rosak, ada 2 lagi brek lampu lain.

Tidak mengira apa pendapat anda tentang lampu brek ke tiga pun, sebagai seorang pemandu, anda hendaklah memastikan bahawa ketiga-tiga lampu brek sentiasa dalam keadaan yang sempurna.

Sebenarnya, memperbetulkan lampu brek ketiga yang rosak tidak memakan belanja yang tinggi. Pada halnya, anda sendiri pun dapat memperbaikinya.

Seperti item-item penting sesuatu kereta, tayar, brek dan bateri, lampu brek ke tiga seharusnya di beri tumpuan yang sewajar. Sebagai ingatan terakhir, jangan lupalah bahawa lampu brek ketiga tidak boleh di abaikan.

By | 2012-09-22T09:53:46+08:00 February 9th, 2010|Undang-undang|1 Comment

About the Author:

One Comment

  1. Alias Bin Mislat February 3, 2018 at 8:29 pm - Reply

    Good day Chikgu Yap

    Saya ride motosikal pada malam hari semua lampu motosikal saya dalam keadaan baik tapi kemalangan berlaku dimana saya melangar seorang individu yang menaiki basikal didalam keadaan gelap tanpa lampu dan berbaju dan berseluar hitam ….soalan saya siapa kah yang bersalah ?

Leave A Comment