Masalah Mat Rempit Dan Seksyen 81 Akta Pengangkutan Jalan 1987
Pemuda-pemudi pada hari ini, telah menimbulkan suatu masalah ketara yang pihak kerajaan nampaknya tidak berdaya untuk menyelesaikan.
Masalah ini, tidak lain dan tidak bukan “merempit” motor. Ianya sangat-sangat popular di kalangan pemuda-pemudi sekarang.
Seseorang yang terlibat dalam aktiviti merempit motor itu, akan di dakwa di bawah Seksyen 81 A.P.J. ’87. Apakah dakwaan yang boleh di terima oleh seseorang itu di bawah seksyen yang tertera di atas?
Antaranya, dia sebenarnya boleh:
1) Di denda sebanyak RM2000.
2) Di penjara selama 6 bulan. Dia mungkin juga di denda kedua-dua dakwaaan di atas.
3) Lesennya mungkin di gantung selama 1 tahun.
Sekiranya, seseorang itu terlibat dalam kes merempit motor buat kali kedua, dakwaaan-dakwaaannya adalah:
1) Denda sebanyak RM5000.
2) Penjara selama 1 tahun ataupun kedua-duanya seperti di atas.
3) Lesenya akan di gantung selama 3 tahun.
Saya di fahamkan bahawa Parlimen telah melulus suatu rang undang-undang untuk “sitar” sebarang motor yang terlibat dalam upacara “merempit” motor. Sama ada kenyataan itu benar ataupun tidak, belum dapat di pastikan lagi.
Walaubagaimanapun, cadangan itu adalah sesuatu yang menasabah.
Kalau masalah “merempit” motor di selidiki dengan teliti, ke tidak bolehnya pihak kerajaan untuk mengawal masalah ini dengan memuaskan sangat-sangat mengkuatirkan.
Seharusnya, tindakan-tindakan yang lebih tegas hendaklah di jalankan. Tindak-tanduk yang lebih berkesan sepatutnya di perkenalkan. Ada setengah-setengah pihak yang bercadang bahawa di perkenalkan tindakan “merotan” di jalankan.
Sama ada cadangan ini dapat di jalankan atau tidak, kita belum tahu lagi. Walaubagaimanapun, sesuatu yang nyata harusnya di utarakan.
Kalau tidak, masalah mat rempit itu, yang di hadapi oleh Negara kita ini, akan berleluasa ke tahap yang tidak dapat di kawal. Apabila tiba ke tahap demikian, di ragui bahawa mungkin ianya sudah terlalu lewat.
Leave A Comment