Jangan Sehingga Kempen Memberi 135,000 Topi Keledar Kepada Penunggang Motor Menjadi Sia-sia Saja
Sudah tentu topi keledar kita mempunyai kebolehan hanya bertahan buat beberapa tahun saja. Tidak kira samada ianya baik ataupun tidak, topi keledar itu terpaksa di ganti pada suatu hari kelak.
Sama ada percaya ataupun tidak, untuk menggantikan sesuatu topi keledar itu, bukannya satu tindakan yang senang. Khasnya, kepada seseorang penunggang motorsikal. Kebanyakan mereka terdiri dari golongan yang berpendapatan rendah.
Jadi pengikat topi keledar boleh pudar dan lapuk. Pengikat-pengikat topi boleh jadi rosak. Tempurung keledar sendiri boleh menjadi lapuk dan tidak dapat melindung kepala penunggang.
Oleh yang demikian, sudah tentu akan sampai ke suatu hari di mana terdapat perlu untuk menukar suatu topi yang agak lama usianya, bererti sama dengan tidak memakai keledar langsung.
Kempen kerajaan baru-baru ini, Kempen Keselamatan Jalanraya demi keselamatan penunggang-penunggang motorsikal, di mana ternampak sebanyak 135,000 pasang topi keledar bermutu “standard” atau taraf SIRIM di beri percuma dalam tempoh 18 bulan baru-baru ini.
Sama ada anda bersetuju dengan kempen ini, ataupun tidak, kurang penting. Adakah kerajaan telahpun bertindak wajar dalam hal ini juga tidak perlu di soal.
Sekiranya di tanya, saya perpendapat bahawa sudah tentu kerajaan itu telahpun bertindak wajar. Sudah tentu kempen itu telahpun memakan belanja yang tinggi.
Topi keledar SIRIM berharga antara RM50 – RM75 sesuatu. 135,000 pasang topi keledar sedemikian bernilai banyak juga.
Tetapi, harus di ingat bahawa kerajaan sedar para penunggang motor ramai yang terlibat dalam kemalangan. Ia terpaksa buat sesuatu.
Dengan itu, adalah di harapkan dengan pemberian percuma 135,000 topi keledar itu, dapat di selamatkan satu-dua orang penunggang dalam prosesnya.
Walaupun berjaya menyelamatkan nyawa hanya serong saja, di anggap sebagai telah Berjaya.
Walaupun demikian, ramai pembaca dan golongan masyarakat itu sendiri keseluruhannya, berpendapat itu tidak mencukupi.
Mereka merasa bahawa keselamatan penunggang-penunggang motor itu seharusnya di pentingkan.
Topi keledar hendaklah di ikat dengan cara yang Betul katakan mereka.
Kempen-kempen harus di jalankan bagi maksud menggunakan topi keledar dengan betul, kalau tidak, tidak akan menyelamatkan nyawa anda.
Dengan demikian, membawa motor dengan lajuan 150 km/j atau lebih tidak juga akan menyelamatkan anda.
Seperti di cadangkan ramai, pihak J.P.J. dan Polis harus menentukan bahawa topi keledar itu di pakai atau di guna cara yang betul. Mereka yang bersalah, harus di ambil tindakan yang keras.
Pada masa yang sama, sudah tibalah masa untuk pihak Polis dan J.P.J., untuk saman mereka-mereka yang bersalah. Kiranya tidak, pembirian sebanyak 135,000 dalam kempen baru-baru ini, akan menjadi sia-sia saja.
Umpama berkata peribahasa, “Seperti membuang garam ke laut”.
Leave A Comment