Baru-baru ini, Public Relation Office J.P.J. di Putrajaya, Puan Noraini Mohd Nawi memberi penjelasan dalam artikal di suratkhabar The Star edisi 24hb Januari 2010 berhubung tentang masalah cermin gelap kenderaan-kenderaaan.
J.P.J. terpaksa memberi penjelasan berikutan surat bertajuk “In The Dark Over Tinted Glass Ruling” yang seorang pembaca menulis kepada suratkhabar tertera di atas.
Bertentangan dengan apa yang di percayai orang ramai, pemilik-pemilik kenderaan sebenarnya di izinkan menggelapkan cermin hadapan, tepi serta cermin belakang kenderaan mereka.
Menurut penjelasan J.P.J., Rule 5 (1) Of The Motor Vehicles (Prohibition Of Certain Types of Glass) Rules1991, membenarkan cermin hadapan sesebuah kenderaan mengizinkan 70% cahaya tembusinya.
Bagi cermin sisi dan cermin belakang kenderaan pula, 50% cahaya harusnya di transmisikan.
Di bawah undang-undang yang sama pula, Menteri Pengangkutan Jalan, berhak membenarkan secara bertulis kepada empunya kenderaan yang memohon izin untuk mneggunakan “tinted glass” yang melebihi tahap yang di benarkan.
Pengecualian hanya boleh di benarkan berdasarkan kepada sebab-sebab keselamatan dan kesihatan sahaja, berdasarkan syarat-syarat serta peraturan yang di ke hendaki oleh Menteri Pengangkutan itu.
Behubung dengan soalan di mana kenderaan-kenderaan pihak kerajaan serta pegawai menggunakan cermin-cermin yang melebihi tahap yang di izinkan itu, J.P.J. mengatakan tiada sebarang pengecualian wujud.
Jabatan pihak kerajaan serta agensi-agensinya di kehendaki meminta izin untuk memasang cermin gelap atas sebab-sebab keselamatan.
Sepertimana kita sedia maklum, terdapat sesetengah agensi kerajaan terpaksa menggunakan kenderaan-kenderaan dengan cermin gelap bagi maksud menghantar suspect-suspect.
Jabatan berkenaan memberitahu, sebarang komplain yang di buat oleh rakyat di titikberatkan.
Seterusnya, jabatan ini memberitahu ia tidak mempratikkan tindakan “double standard” atau “berat sebelah”.
Sebagai bukti, pada 2009, daripada sebanyak 426 kes di Putrajaya, 90% kenderaan kepunyaan pihak kerajaan atau di empunyai kaki-kaki tangan kerajaan.
Berikutan pula di umumkan bahawa rakyat di alu-alukan menghantar sebarang komplain berkenaan kes-kes cermin gelap untuk pihak jabatan menyeru empunya kenderaan supaya di bawa untuk siasiatan lanjut.
Tetapi, harus di peringatkan bahawa orang-orang yang membuat aduan itu harus memastikan iaitu terdapat alasan-alasan yang munasabah.
Janganlah sehingga orang-orang yang tidak bersalah pula di aniayi pula.
Mereka yang ingin membuat aduan bolehlah hubungi number 03-8886-6412. Aduan-aduan juga boleh di buat melalui e-mail di aduan@jpj.gov.my
Sebarang komplen dititikberatkan? Itu adalah kenyataan palsu. Saya telah membuat beberapa aduan rasmi bertulis dan melalui email tetapi tidak pernah dijawab.
An outdated laws are equivalent to expired medicines!
Sedih mendapat tahu sehingga kini, komplain-komplain anda melalui e-mail dan surat rasmi belum pernah mendapat sebarang jawapan
Seperti kata orang, jangan kecewa. Teruskan berusaha lagi. Suatu hari kelak, saya yakin anda akan berjaya.
Komplain-komplain ingat, di hantar terus ke J.P.J., Putrajaya.
Bagaimana pula dengan cermin di belakang saja yg gelap dan di sisi tepi dan depan cerah’ adakah bole membuat begitu in disebabkan kebiasaan di belakang sesebuah kenderaan terutama mpv, van dan suv selalunya ada barang di belakang, takkan nak pegi mana2 nak kena bawak barang2 di belakang
Sekiranya tidak mengikut peraturan, ia tetap salah.
masih tak faham lagi,van sebelah sisi ada 3cermin belakang sekali gelap,cermin 1dan 2ketelusan cahaya lebih 50%.depan tak tinted.
kedai assesori cakap warna hitam sama sekali tak dibenarkan walaupun ketelusan cahaya lebih 50% betul ke?
Ikut peraturan JPJ, cermin depan harus menembusi 70% cahaya. Cermin tepi 50% cahaya.
CERMIN CERAH IBARAT BONUS PADA PENJENAYAH http://yuseriyusoff.blogspot.com/2014/05/penjenayah-bertindak-kerana-pemandu.html
Terima kasah kerana memberitahu tentang karya tersebut. Karya tersebut amat mantap serta banyak berfaedah.