Penggunaan Telefon Bimbit Atau Hand Phone Semasa Memandu
Di bawah Seksyen 119 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987, seseorang pemandu kenderaan melanggar peraturan tersebut di atas sekiranya di tahan memandu sambil menggunakan telefon.
Tindakan ke atas si pemandu sekiranya melaksanakan kesalahan ini ialah denda RM300.
Semasa menggunakan telefon bimbit, sewaktu memandu merupakan perbuatan atau tingkah laku bahaya atau “dangerous driving”.
Memandangkan kadar kemalangan di Malaysia merupakan salah satu yang di anggap sebagai yang tertinggi di dunia, maka pihak berkuasa seharusnya mengambil tindakan yang ketat ke atas pemandu-pemandu yang melakukan perbuatan yang tidak di ingini ini.
Kenapa menggunakan telefon bimbit semasa memandu di anggap bahaya? Bertindak seperti di atas semasa memandu itu, seseorang pemandu:
1) Tidak dapat konsentrasi sepenuhnya kepada pemanduan.
2) Sekiranya berlaku sesuatu kecelakaan, pemandu sudah tentu tidak dapat kawal kenderaan dengan baik dan selamat.
Jadi apa patutnya seseorang pemandu harus buat kalau beliau menerima sesuatu panggil yang mustahak?
Antara cadangan-cadangan yang boleh seseorang pemandu yang menerima panggilan telefon bimbit itu buat ialah:
1) Berhenti serta merta di bahu jalan untuk menjawab panggilan tersebut.
2) Gunakan alat “hands free” set, kalau ada.
3) Kalau kurang gemar menggunakan sama ada cadangan 1 ataupun 2, terus jangan hirau panggilan tersebut dan teruskan memandu saja.
Di denda RM300 untuk menggunakan telefon bimbit semasa memandu nampaknya sesuatu dendaan yang agak tinggi.
Tetapi apa dayanya, pihak berkuasa terpaksa bertindak demikian. Demi keselamatan dan panduan berhemat, kalau tidak bertindak sedemikian, bagaimana kempen itu boleh berjaya pula?
Mulai sekarang, harus anda akan ke kedai telefon berhampiran untuk dapatkan set “hands free” sekarang juga!
Leave A Comment