Terjunamnya Sesebuah Kereta Ke Dalam Sungai

Antara begitu banyak kecemasan, terjunamnya sebuah kenderaan ke dalam sungai merupakan sesuatu peristiwa yang paling di khuatiri kebanyakan pemandu.
Kenderaan yang terjatuh ke dalam sungai akan terapung di permukaan air antara 3 hingga 10 minit sebelum ianya tenggelam.
Tahu ataupun tidak bahawa lebih kurang 50% daripada pemandu, tidak tahu berenang?
Dalam kecemasan sedemikian, apakah yang perlu buat oleh seseorang pemandu?
Terlebih dulu, sebenarnya terdapat 2 pendekatan yang dapat di syorkan. Yang pertama adalah di syorkan membuka pintu kereta dengan pantas ataupun merangkap keluar daripada kereta.
Kedua, jangan merasa panik. Tutup segala tingkap kereta. Izinkan kenderaan itu tenggelam ke dasar sungai. Sama ada anda memilih untuk memasang lampu kabin kereta ataupun tidak adalah pilihan anda.
Biasanya, pakar-pakar mencadangkan bahawa lampu kabin eloknya di nyalakan sewaktu kecemasan sedemikian berlaku. Kanak-kanak di laporkan kurang gelisah dengan keadaan yang lebih terang.
Walaubagaimanapun, perlu di ingatkan bahawa ada segelintir orang yang terperangkap dalam sesuatu kenderaan tidak tahan terperangkap terlalu lama dalam keadaan begini. Mereka ini di katakan mengidap sesuatu phobia.
Selain itu, perlu juga di beritahu bahawa oksigen dalam sebuah kenderaan dapat menampung pernafasan selama setengah jam saja. Selepas itu, keadaan menjadi cemas dan kematian boleh berlaku.
Dalam keadaan kecemasan yang sedemikian, perlu di lantik seorang yang bertanggungjawab sebagai ketua bagi uruskan langkah-langkah menyelamatkan orang-orang yang terlibat dalam kecemasan ini.
Kiranya tidak, di khuatiri mungkin akan berlaku pertelingkahan antara mereka yang perlu di selamatkan.
Perlunya di ingatkan juga, usaha membuka atau menendang buka pitu dari dalam bukannya perkara mudah. Ini kerana tekanan air dari luar agak kuat. Oleh demikian, tendangan yang akan di buta dari bahagian dalam harusnya merupakan sesuatu yang agak kuat.
Siapakah yang harusnya di selamatkan terlebih dulu?
1) Bayi-bayi kecil atau kanak-kanak merupakan yang pertama di hantar ke permukaan sungai. Di permukaan atas terdapat orang-orang yang sedang mengyaksikan peristiwa ini sudah tentu rela menawarkan bantuan.
2) Yang keduanya perlu di beri pertolongan adalah gelintir orang-orang yang lebih tua atau berlanjutan umur.
3) Mereka yang terdiri daripada golongan yang kuat atau berkebolehan, sudah tentu di hantar ke permukaan sungai lebih lewat kemudian.
Kenderaan yang sudah terjunam ke dalam sesebuah sungai sudah pasti akan mengalami banyak kerosakan yang teruk. Kusyen-kusyen sudah tentu mengalami kerosakan dahsyat. Wiring-wiring sudah pasti akan mengalami kerosakan yang banyak.
Pada pendapat saya, sesebuah kenderaan yang sudah tenggelam ke dalam sungai, sudah pasti tidak boleh merupakan kenderaan yang baik bagi penggunaan sesiapapun.
Oleh sebab itu, di cadangkan bahawa kenderaan sedemikian lebih elok ianya di kondemkan saja dan di ganti dengan sesebuah kereta yang baru.
Lebih baik cadangan ini di ambil daripada menghabiskan perbelanjaan yang tinggi demi menperbaiki kereta yang rosak teruk itu. Sesebuah kenderaan yang berkeadaan sedemikian lebih baik di jadikan besi buruk saja.
10 Perkara Yang Boleh Mengganggu Perhatian Seseorang Pemandu
Untuk memandu dengan selamat memerlukan pemandu menumpu perhatian seratus peratus pada jalan. Tetapi sedih sekali, bukan semua pemandu boleh buat demikian.
Artikal ini akan meninjau beberapa faktor yang seringkali di sebut sebagai punca sesuatu kemalangan itu berlaku.

1) Menggunakan telefon bimbit.
Perbuatan ini banyak di laporkan sebagai punca kemalangan, khasnya melanggar bahagian belakang kenderaan depan. Ramai pemandu di katakan menghantar mesej-mesej teks semasa mereka memandu. Ini salah satu kesilapan besar yang di buat oleh seseorang pemandu.
Sekiranya di banding dengan perbuatan bercakap dengan ketiadaan set “hands free”, menaip mesej SMS di anggap lebih bahaya. Oleh demikian, anda di nasihatkan jangan membuat demikian.
2) Menghayal sewaktu memandu.
Manuasia di katakan banyak menghayal atau “day dreaming”. Mungkin anda tidak mengakuinya, tetapi perbuatan tersebut banyak berlaku.
Pada waktu sedemikian, perlanggaran mudah terjadi. Jadi, para pemandu di nasihatkan supaya tumpukan perhatian sepenuhnya kepada usaha memandu.
3) Gangguan oleh penumpang khasnya kanak-kanak di bahagian belakang kereta.
Kanak-kanak kecil biasanya duduk di belakang. Kanak-kanak biasanya di laporkan sebagai punca pemandu di ganggu semasa memandu. Adik-beradik di belakang kereta di nasihatkan supaya tidak mengganggu si pemandu yang sedang memandu kenderaan.
Sekira terdapat seorang bayi sedang menangis di belakang kereta anda, anda adalah di nasihatkan jangan menghirau akan tangisannya.
4) Makan atau minum sewaktu memandu.
Tiada seorang pemandu yang berani mengakui bahawa ia tidak pernah melakukan perbuatan ini. Makan ataupun minum merupakan perkara yang kecil saja. Tetapi ingat, perkara ini boleh membawa kepada kecelakaan.
Yang di nasihatkan adalah, kalau hendak melakukan kedua-dua perbuatan, habislah makan-minum sebelum mula perjalanan. Para memandu di ingatkan perbuatan di atas salah dan boleh di kena denda!
Walaupun tiada undang-undang jalanraya yang melarang seseorang pemandu makan ataupun minum, pihak polis dan J.P.J. boleh caj atau saman anda di bawah kesalahan “Tidak dapat mengawal kenderaan” Seksyen 119 (2) dan anda boleh di denda RM300.
5) Cubaan mendapatkan sesuatu barang dari bahagian belakang kenderaan.
Seperti makan dan minum, adakah seorang pemandu yang berani mengakui ia tidak pernah melakukan perbuatan ini?
Saya yakin tidak!
Apabila seorang pemandu itu toleh, walaupun sesaat pun ke bahagian belakang, sudah pasti sterengnya akan lari. Besar kemungkinan kemalangan akan berlaku.
Kiranya kurang percaya, anda boleh cuba saja!
Saya, sebenarnya gurau saja. Jangan sekali-kali melaksanakan perbuatan bahaya ini.

6) Bermain-main dengan radio atau alat G.P.S.
Saya kurang pasti apa itu G.P.S. Sekiranya kedua-dua penulis dan pembaca tidak tahu istillah penting di atas, bagaimana pula?
Tetapi mujur, saya ini ada pengetahuan sedikit tentang sistem baru ini. G.P.S. bererti “Global Positioning System”. Mengendalikan sistem ini semasa seorang pemandu itu memandu, mungkin boleh membawa anda terlibat dengan kemalangan.
Begitu juga memutar-mutar control set radio. Jadi, apa yang di nasihatkan pemandu buat ialah pasang stesen radio atau rancangan-rancangan sebelum anda mula perjalanan. Selepas itu, jangan lagi bermain-main dengan set tersebut lagi.
7) Tabiat merokok sambil memandu.
Pihak wanita di laporkan pemandu yang lebih selamat di banding pemandu lelaki. Mengapa demikian?
Kerana mereka biasanya tidak merokok.
Untuk merokok, anda perlu gunakan sebelah tangan untuk memegang puntung rokok. Tahukah anda bahawa memandu gunakan satu tangan semasa memandu di anggap bahaya?
Waktu ujian, Gagal ya!
Lain daripada itu, merokok boleh menghayalkan pemikiran seseorang pemandu. Pendikata, di nasihatkan jangan merokok saja.
8) Terdapat papan iklan yang menarik di sisi jalan.
Menteri Pengangkutan Jalan seharusnya haramkan iklan di tepi jalan, khasnya lebuhraya. Pemandu-pemandu telah banyak di laporkan terganggu oleh papan-papan iklan yang menarik dan beraneka warna itu.
Pada 1970an, seorang sahabat baik saya, Valentino Teh, gagal ujian praktikalnya yang di ambil di Pulau Pinang.
Semasa ujian jalanraya, si penguji dan calon berlalu dekat pekan. Ketika itu, wayang gambar James Bond sedang di tayang di panggung. Tester tersebut menjerit “Ala, James Bond lah”. Kawan saya turut melihatlah and gagal akibatnya.
Kata tester, kawan saya cuai memandu. Ini kisah sebenar. Sama anda percaya ataupun tidak, papan-papan iklan mengganggu perhatian si pemandu semasa mereka memandu.
9) Tanda-tanda isyarat jalan raya yang kurang sempurna.
Orang asing yang datang ke negera kita, selalu buat aduan terhadap tanda-tanda isyarat yang kurang sempurna. Yang terbanyak komplain pihak orang Singapura.
Saya setuju dengan mereka. Tanda-tanda jalanraya amat penting dan mustahak. Tanda-tanda yang kabur serta mengelirukan punca kepada seseorang pemandu terlibat dalam kemalangan.
Saya berpendapat, pihak kerajaan Malaysai seharusnya ke Negara jiran, Singapura untuk mempelajari bagaimana mereka menandakan tempat-tempat serta jalan-jalan di sana.
Bagaimana pula pendapat si Y.B. Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Chan?
10) Menyaksikan kemalangan yang berlaku di tengah jalan.
Pemandu biasanya suka jaga “tepi kain orang”. Meskipun tidak terlibat dengan kemalangan, tetapi mereka suka perlahankan kereta untuk menyaksikan sesuatu kemalangan.
Ini menambahkan kerumitan polis menjaga suasana. Dengan perbuatan yang sedemikian, seseorang pemandu telah mengabaikan pemanduannya sendiri. Ini mungkin akan mengakibatkan dia sendiri telibat dalam kemalangan yang lain pula.
Jadi, pemandu-pemandu adalah di nasihatkan supaya jangan menghirau akan kemalangan-kemalangan yang mungkin berlaku di sepanjang jalan.
Rencana ini telah bercerita dengan panjang-lebar bagaimana konsentrasi kita boleh di ganggu oleh beberapa perkara tertentu. Di harap pemandu-pemandu akan mengambil tahu atau sedar tentangnya.
6 Tempat Bahaya Yang Di Larang Meletak Kereta

Tidak di nafikan, bahawa terdapat ramai pemandu yang mempunyai lesen Kelas D untuk memandu kenderaan. Tetapi berapakah jumlah pemandu-pemandu yang sedar atau tahu di manakah mereka boleh meletak kereta atau “parking” kereta mereka pula?
Meletak kenderaan di tempat-tempat “Larangan” atau “No Parking Areas” melanggar peraturan Seksyen 119 (2) A.P.J. (Akta Pengangkutan Jalan 1987). Dendanya ialah RM200.
Di manakah tempat-tempat yang di katakan tempat larangan meletak kenderaan? Di antaranya adalah:
1) Dekat dengan perhentian bas.
Sebuah bas adalah kenderaan besar dan panjang. Oleh itu, ia memerlukan sebuah tempat besar untuk berhenti.
Jadi, janganlah meletak kenderaan berhampiran tempat ini. Jangan pula lupa, anda hendaklah meletak kenderaan anda lebih kurang 9 meter darinya.
2) Di pili atau paip bomba.
Kiranya hendak meletak kenderaan, harusnya meletak kenderaan kurang-kurang 3 meter darinya.
Semasa kecemasan, anggota-anggota Jabatan Bomba memerlukan tempat-tempat luas untuk menjalankan kerja mereka.
Sekiranya anda meletak kenderaan anda di kawasan tersebut, sudah pasti akan menggangu usaha mereka. Oleh kerana itu, jauhi daripada meletakkan kereta anda di sini.
Tempat-tempat pili bomba senang saja di cam. Ada huruf “H” berwarna merah di atas batu pili bomba itu.
3) Di tempat bahaya / terlindung.
Tempat demikian amat sukar hendak melihat datangnya kenderaan. “Selekoh” adalah suatunya contoh.
Kereta-kereta yang muncul biasanya tidak dapat di lihat dengan jelas. Sekiranya anda meletakkan kenderaan di tempat-tempat demikian, sudah pasti anda akan merungsingkan kedudukan.
4) Di simpang empat dan simpang tiga.
Meletak kenderaan sekurang-kurangnya 9 meter darinya. Kedua-dua tempat ini merupakan tempat yang amat bahaya sekali.
Kebanyakan kemalangan berlaku di sini. Pemandu-pemandu merasa sukar hendak keluar dari simpang-simpang ini.
Sekiranya sebuah lori besar atau van di letak berhampiran dengan simpang, ini akan melindungi penglihatan seseorang pemandu. Tahu atau tidak anda bahawa sekiranya terjadi sesuatu nahas kemalangan, kereta anda yang di letak berhampiran situ (kiranya ia melindungi penglihatan pemandu lain) boleh di laporkan sebagai punca yang akibatkan kemalangan pula.
Jadi, tidak kira apa juga pun, anda bertanggungjawab ke atas kemalangan tersebut.
5) Di selekoh.
Selekoh itu bahaya. Sepertimana kita sedia maklum, selekoh sukar untuk di kendalikan.
Meletakkan kenderaan berhampiran tempat demikian, sebenarnya menjemput kecelakaan atau “inviting danger” kata orang.
Oleh itu, ingatlah, tuan-tuan dan puan-puan sekalian, “hindarilah” daripada meletak kenderaan berhampiran satu-satu selekoh. Ia bahaya!
6) Di tempat-tempat naik bukit dan turun bukit.
Turun-naik bukit sepertimana anda faham, bukan saja “susah” tetapi “bahaya” pula. Sekiranya ada kenderaan-kenderaan di letak di tepi jalan, ini akan bertambah lagi kerumitan-kerumitan kepada pemandu lain.
Jadi, kerjasama dengan tidak meletak kenderaan di kawasan tersebut.
Sebagai pemandu yang baik serta berhemat, sudah tentu kita akan mencuba sedaya-upaya supaya jangan terlibat dalam sesuatu kemalangan.
Marilah kita mencuba pula “jangan” mengakibatkan orang lain pula dalam kemalangan. Anda dapat mengelakkan perkara atau nahas berlangsung dengan tidak meletakkan kenderaan anda di tempat-tempat yang di nyatakan di atas.
Pandu Hemat dan Jiwa Selamat!



