Pemandu Malaysia Merupakan Pemandu Yang Paling Teruk

Untuk suatu tempoh masa yang agak lama, orang-orang asing yang melawat ke negeri kita Malaysia, berpendapat bahawa rakyat Malaysia merupakan pemandu-pemandu yan paling teruk di dunia. Australia, England serta Singapura, jiran kita yang terletak di bahagian selatan Negara kita dilaporkan sebagai negara-negara di mana lesen memandu agak sukar didapati.
Salah seorang pembaca blog ini dari Australia, baru-baru ini telah menulis ke blog untuk memberitahu bahawa ia berhajat kembali ke Malaysia tidak lama lagi untuk tempoh 4 bulan. Dia telah menanya samada bolehkah ianya mencapai lessen memandu dalam masa yang singkat itu.
Sudah tentu pembaca-pembaca blog ini ingin tahu apakah jawapan yang pengajar kereta ini memberitahu kepadanya.
Apakah jawapan yang telah diberikan kepada pembaca blog tersebut di atas? Malangnya sekali, jawapan yang telah diberikan adalah “sudah tentu ianya boleh”.
Di negeri kita Malaysia, percubaan memperolehi lesen memandu untuk kereta ataupun motosikal, bukan saja murah, malah ianya juga boleh didapati dalam tempoh masa yang singkat sahaja. Contohnya, lesen memandu jenis Kelas D untuk kereta dan B2 untuk motor (untuk menunggang motor 250c.c.), dapat diperolehi dalam tempoh masa 35 – 40 hari sahaja.
Demi untuk mendapatkan lesen memandu untuk kereta di Malaysia, seseorang calon itu Cuma membelanja sebanyak RM750 ke RM1000 saja. Ini termasuk bayaran lesen “L” dan “P” sekali.
Manakala untuk mencapai lesen memandu motosikal pula, kerajaan telah meletakkan harganya pada harga RM201 saja. Harga ini terpaksa diterima oleh semua institut di negara ini. Manakala bayaran lesen memandu motor dikawal pada RM2 saja oleh kerajaan.
Awal-awal lagi, iaitu pada tahun-tahun 1960-an ataupun 70-an, sepupu saya, Ah Loo yang menetap di kawasan Ang Mo Kio, Singapura, memberitahu saya bahawa orang-orang Singapura ketika itu, percubaan mencapai sesuatu lesen di pulau tersebut merupakan suatu yang sukar. Bolehkah anda membayangkan betapa susah ianya untuk mencapai lesen memandu pada masa kini pula?
Saya masih teringat bagaimana Ah Loo memberitahu saya iaitu seseorang rakyat Singapura dikehendaki menunggu selama 2 tahun untuk mendapatkan tarikh penetapan untuk menduduki ujian Kod Undang-undang saja. Apatah lagi susahnya untuk menduduki ujian praktikal pula. Kesimpulannya, untuk mendapati lesen memandu di Singapura memangnya susah.
Ujian-ujian yang perlu dihadapi oleh pemandu-pemandu memangnya ketat. Ujian-ujian praktikal dikatakan amatnya ketat. Proses ujian dijalankan secara bertahap tinggi demi memastikan mutu lesen memandu Singapura sesama taraf dengan negara-negara maju seperti di United Kingdom dan Australia.
Tahukah anda bahawa England sudi menerima lesen-lesen Singapura untuk menjadi lesen-lesen tempatan. Sudah tentu terdapat sebab-sebab mengapa perkara ini berlaku. Tetapi malangnya sekali, Jabatan Pengangkutan Jalan United Kingdom tidak menerima lesen-lesen Malaysia untuk ditukar menjadi lesen-lesen tempatan negaranya. Mengapa ini berlaku?
Selain daripada fakta-fakta yang saya telah mengutarakan, tentang pembelajaran memandu, United Kingdom dikatakan tempat agak mahal sekiranya seseorang pemandu baru ingin belajar memandu. Kebelakangan ini, salah sebuah sekolah memandu yang terkenal di England, Accrington Akademi Memandu, telah berhubung dengan blog ini, memberi komen mereka terhadap beberapa artikel blog ini.
Menurut Accrington, pihak sekolah memandu ini mengecaj £17 sejam untuk menjalankan pengajaran memandu. Manakala di Malaysia, sekolah-sekolah dan institut-institut memandu, Cuma mengenakan RM25 sejam untuk pelajaran belajar memandu saja. Adakah perbezaan harga belajar memandu di antara kedua-dua negara di atas itu yang menentukan “mutu pemandu-pemandu” baru yang dihasilkan.
Artikel yang sedang ditulis hari ini, berikutan kenyataan yang dibuat oleh seorang pakar pengangkutan di negara ini, Malaysia. Beliau merupakan Professor Dr. Abdul Rahim Nor. Beliau adalah Ketua Jabatan Sosial, Development dan Environment di Universiti Kebangsaan di Kuala Lumpur.
Baru-baru ini, dalam suatu artikel beliau telah membuat kritikan yang keras terhadap pemandu-pemandu baru Malaysia. Dr. Rahim mengulaskan bahawa pemandu-pemandu Malaysia kebetulannya tidak mempunyai sebarang kebolehan untuk memandu. Beliau bertambah bahawa, kebanyakan pemandu sebenarnya tidak berlayak memandu sama sekali.
Mereka dikatakan menimbulkan kekacauan di jalanraya kebetulannya. Saya percaya bahawa Dr. Rahim, sedang menunjukkan pendapat-pendapatnya kepada pemandu-pemandu baru Malaysia dan bukan kepada pemandu-pemandu Malaysia yang penuh berpengalaman.
Sebelum kita meneruskan dengan kata-kata Dr. Rahim yang lain, marilah kita mengaji dengan lebih terperinci kenyataan-kenyataan lain yang Dr. Rahim telah buat tentang pemandu-pemandu Malaysia.
Pemandu-pemandu baru, menurut Dr. Rahim, kebetulannya tidak mempunyai kelayakan memandu. Mereka tidak bersedar samada mereka mempunyai sikap yang betul demi memandu ataupun tidak. Mereka sebenarnya, tidak tahu akan bahaya-bahaya yang wujud di jalanraya.
Pemandu-pemandu baru dikatakan merasa mereka selamat sewaktu membawa kenderaan di jalanraya. Sebenarnya, pemandu-pemandu lain di jalan yang memberi simpati kepda mereka. Seringkali, mereka diberi jalan meskipun mereka sebenarnya telah melanggar peraturan-peraturan jalanraya.
Menurut statistic-statistik kemalangan jalanraya, kadar kemalangan telahpun bertambah dengan pesat sebanyak 4%, dari 394,330 pada 2009 kepada 414,421 tahun lepas, walaupun nasihat-nasihat serta peringatan-peringatan talahpun diberi supaya para pemandu memandu dengan baik. Jumlah orang-orang yang tercedera telahpun bertambah banyak.
Demi untuk mengatasi keadaan yang membimbangkan, pakar-pakar percaya, Malaysia seharusnya menjejaki langkah negara-negara yang lain, seperti Eropah serta negara-negara umpamanya United Kingdom dan Australia, di mana ia memerlukan sekurang-kurangnya 4 tahun untuk memperolehi lesen memandu yang sah.
Di Negara Australia misalnya, seorang pelajar dikehendaki menghadiri kelas memandu selama 120 jam sebelum mereka diberi lesen memandu. Di Malaysia pula, seseorang pelajar boleh mencapai lesen memandunya dalam hanya tempoh 1 ataupun 2 bulan, dan dibekalkan dengan lesen memandu selama 2 tahun.
Di Malaysia, ramai pemandu “P” gagal mempamerkan plet-plet “P” di kenderaan mereka. Oleh yang demikian, maka adalah tidak hairan bahawa terlalu banyak kemalangan berlaku.
Kebanyakan kemalangan di Malaysia dikatakan disebabkan oleh perkara-perkara seperti kecuaian, memejut dengan laju, memandu dengan sewenang-wenangnya dan mengambil risiko-risiko yang bahaya untuk menambahkan lagi situasi yang rumit ini lebih daripada 1 juta kenderaan-kenderaan baru telah didaftarkan setiap hari.
Pakar-pakar pemanduan umpamanya Dr. Rahim misalnya, mencadangkan bahawa Malaysia seharusnya mencuba hasilkan pemandu-pemandu yang lebih bertaraf tinggi. Demi mencapai prestasi ini, Malaysia sepatutnya mengambil langkah-langkah yang positif untuk merombak kurikulum industri pengajaran memandu yang sedia ada. Mudah-mudahan dengan langkah ini, dapat dihasilkan pemandu-pemandu yang bermutu baik.
Nampaknya, cuma inilah yang dapat menurunkan kadar kemalangan di Malaysia. Sebenarnya, Malaysia telah dikatakan mengalami seramai 13 mahupun 14 kematian setiap hari pada tahun-tahun kebelakangan ini. Pada hari ini pula, Malaysia menghadapi sebanyak 17 ataupun 18 kematian sehari.
Selain daripada merombak kurikulum sekolah memandu, usaha-usaha juga patut diambil demi menggalakkan orang ramai menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam seperti keretapi, bas dan teksi. Sayugia diperingatkan bahawa perkhidmatan pengangkutan awam mempunyai rekod keselamatan yang baik sekiranya disbanding dengan perjalanan dengan kenderaan.
Di negeri Jepun misalnya, kebanyakan pendudukan dikatakan tidak memiliki kereta sendiri. Orang Jepun sebenarnya tidak perlu memiliki kenderaan mereka sendiri. Perkhidmatan pengangkutan awam di Jepun baik.
Pada tahun 2010, dilaporkan bahawa hanya terdapat 77 kematian di kalangan pengguna-pengguna perkhidmatan pengangkutan awam. Dibandingkan dengan golongan yang menggunakan kenderaan mereka sendiri, kadarnya adalah 1,421 kematian. Rumusannya adalah, perjalanan dengan perkhidmatan awam merupakan pilihan yang lebih baik nampaknya.
Di kalangan pengguna-pengguna motosikal dan pemboncit-pemboncitnya, jumlah kematian berjumlah 4,036. Yang menunggang motosikal sebaik-baiknya menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam.
Langkah-langkah Untuk Mendapat Lesen Memandu Malaysia
Ada pembaca ke blog ingin tahu apakah langkah-langkah yang ia hendak lalui dari permulaan hingga ia mendapat “P”nya. Oleh demikian, saya akan cuba senaraikan proses ke arah matlamat tersebut. Secara ringkas, langkah-langkahnya adalah:
1) Berjumpa dengan sekolah memandu atau institut memandu terlebih dulu.
Jumpa serta beritahu pihak pengajar. Bincang dan beritahu beliau apakah jenis lesen-lesen yang hendak di ambil. Lesen motor B2 (bawah 250 cc) dan D (kereta). Umur kelayakan 16, B2 dan kereta 17 tahun.
2) Bincang tentang harga dan berapa kali hendak berlajar.
Beritahu pengalaman memandu anda kepada sekolah memandu. Berapa kali hendak anda mengambil, 8 kali, 10 kali atau 16 kali untuk kereta. Kena tahu berapa jumlah kali anda mahu belajar. Bincang sehingga anda merasa puas hati dengan harga yang di tawarkan oleh si pengajar.
Sekiranya anda kurang puas hati dengan apa-apa jua pun, hendaklah menanya tuan sekolah memandu itu dengan jelas. Biasanya harga belajar memandu kereta 8 – 10 kali antara RM450 – RM500. B2 (motor) ialah dalam lingkungan RM210 termasuk belajar latih memandu di perkarangan institut.
3) Kursus-kursus dan ujian undang-undang serta ujian pra di institut.
Kursus-kursus yang hendak di hadiri anda termasuk:
i) Kursus 5 jam K.P.P. (Kursus Pendidikan Pemandu).
ii) Ujian undang-undang di pusat komputer.
iii) Kursus teori 6 jam selepas lulus ujian undang-undang.
iv) Ujian pra atau Q.T.I. (Qualifying Test di Institut).
v) Ujian praktikal J.P.J.
Hendaklah tanya pengurus sekolah / institut adakah ke semua yang di senaraikan di atas termasuk dalam harga RM450 – RM500 (kereta lesen D) dan RM210 untuk B2 motor. Tanya juga sama ada lain-lain bayaran yang anda perlu bayar.
4) Soal ulang ujian seperti gagal ujian undang-undang atau ujian praktikal.
Anda mungkin gagal dalam ujian undang-undang. Demikian juga ujian praktikal D (kereta) atau B2 (motor). Kena tahu dengan jelas harga ulang test. Ingat serta catat dalam buku nota harga ulang test ini. Jangan sehingga berlaku pertelingkahan mengenai harga kemudian hari kelak.
5) Bayaran lesen “L” dan “P”.
Tanya si pengusaha siapa bertanggungjawwab kedua lesen tersebut di atas. Elok pastikan dengan jelas siapakah yang hendak bayaran kos kedua-dua lesen ini.
6) Serahkan butir-butir peribadi dan bayaran deposit.
Hendak belajar memandu, haruslah serahkan:
i) Salinan fotostat MyKad.
ii) 2 keping gambar warna.
iii) Bayar wang deposit belajar.
Dapatkan resit-resit untuk bayaran di atas.
7) Mengatur untuk hadiri kursus K.P.P. 5 jam.
Sebaik bayaran deposit, pengusaha sekolah memandu atau institut sudah tentu akan aturkan masa bagi anda hadiri kursus K.P.P. Biasanya hari-hari yang anda hendak hadiri kursus pada Khamis, Sabtu atau Ahad pada 9:00 pagi hingga 3:30 petang.
Ada sesetengah pengajar, seperti saya, membawa anda ke makan setengah hari. Kebanyakannya makan sendiri.
8) Ujian undang-undang di pusat komputer berdekatan.
Selepas beberapa hari tamat hadiri kursus K.P.P., anda di hendaki menduduki ujian computer 50 soalan. Hendak:
i) Berpakaian kemas.
ii) Bawa Mykad original.
iii) Pakai baju berkolar dan kasut.
iv) Bawa kad computer belajar kereta / motor.
Markah lulus ujian ini ialah 42.
Sekiranya gagal, untuk ulang ujian ini, kebanyakan pengusaha sekolah caj RM50. Ada yang caj murah sedikit. Boleh bincang hal ini dengan si pengusaha sekolah memandu.
9) Menghadiri kursus teori 6 jam untuk dapatkan sijil JPJL2B.
Selepas tamat dan lulus ujian komputer, anda di sediakan sijil. Sijil ini boleh sah 1 tahun. Atur dengan sekolah memandu bila anda menghadiri kursus 6 jam ini.
Dengan sijil JPJL2B, anda boleh kemudian keluarkan lesen “L”. Biasanya, pihak sekolah memandu yang bertanggungjawab untuk keluaran lesen “L” anda. Anda hanya menunggu untuk di panggil belajar kereta atau motor saja.
10) Belajar kereta atau motor.
Boleh belajar menunggang motor dengan “L” sendiri. Tapi, untuk latihan, hendaklah belajar dengan motor institut di perkarangan institut saja.
Pengajar hendaklah seorang pengajar yang bertauliah serta bersijil. Biasa belajar 4 – 5 kali sebelum ujian pra atau Q.T.I. Belajar memandu serta belajar meletak kereta, naik bukit dan pusingan 3 penjuru pula, terpulanglah kepada anda serta perjanjian anda dengan pihak sekolah memandu.
Sepertimana di nyatakan terlebih dulu, ada yang mengambil 8, 10 atau 16 kali. Terserahlah kepada kepandaian dan kebijaksanaan andalah. Sekiranya lemah, boleh juga mengambil sehingga 50 kali. Sebenarnya tiada had.
11) Ujian pra atau Q.T.I.
Ujian ini di jalankan sebelum anda pergi ke ujian praktikal J.P.J. Pengajar anda akan mengatur anda di uji oleh para pegawai institut.
Jangan terlalu khuatir. Penguji-penguji semata-mata hendak tunjuk ajar anda sahaja. Sekiranya anda benar-benar lemah, mereka akan menasihat belajar satu-dua kali lagi.
12) Ujian praktikal J.P.J.
Anda akan menghadapi 2 peringkat ujian. Yang pertama adalah bahagian naik bukit, meletak kereta secara undur tepi dan pusing tiga penjuru. Bahagian kedua ialah ujian jalan raya. Sekiranya anda lulus dalam kedua-dua bahagian, anda di anggap sudah berjaya! Anda sudah boleh di tawarkan lesen memandu kelas D untuk memandu kereta.
13) Untuk mendapatkan lesen “P”.
Dengan kad biru ujian praktikal, anda hendaklah serahkan butir-butir di bawah kepada sekolah memandu anda:
i) 2 keping gambar warna.
ii) 1 keping salinan fotostat MyKad.
iii) Keputusan-keputusan komputer.
iv) Bayaran RM60 untuk lesen dan RM10 upah.
Pengusaha sekolah memandu perlukan 2 – 3 hari untuk mengeluarkan lesen “P” anda. Sehingga itu, bersabar dulu.
Saya sudah terangkan langkah-langkah dari permulaan hingga ke peringkat ujian yang di jalankan oleh pihak J.P.J. Dengan ini, adalah di harapkan bahawa tiada lagi mereka-mereka yang akan menulis ke blog ini mengenai topik yang sama lagi.
Lesen Belajar Memandu “L” Malaysia
L.D.L. bererti dalam Bahasa Inggeris “Learner Driver’s License”. Untuk belajar memandu, seseorang calon perlu mendapatkan lesen tersebut.
Pelajar-pelajar katahui lesen ini sebagai lesen “L”. Untuk menunggang motorsikal kelas B2 (-250 cc), anda haruslah 16 tahun sekurang-kurangnya.
Kalau hendak membawa motor B Penuh (500+ cc), anda harusnya 21 ke atas. Anda juga semestinya 21 tahun ke atas sekiranya hendak membawa kenderaan besar umpamanya lori, trektor dan treler.
Pihak kerajaan kini dalam usaha menurunkan harga bayaran lesen motor dari RM20 ke RM2 saja. Berita mengatakan harga baru ini akan di turunkan berkuat kuasa 1 September 2009.
Sekiranya hendak mengeluarkan lesen “L”, anda hendak bekalkan institut atau sekolah memandu dengan butir-butir apa? Bekalkan:
1) 1 salinan MyKad 2 belah.
2) 2 keping gambar berwarna.
3) Keputusan atau sijil undang-undang Kod Jalanraya.
4) Sijil JPJ L2B keluaran institute.
5) Bayaran lesen (RM20 motor) dan (RM30 bagi kelas-kelas lain).
Memang benar lesen “L” di anggap sebagai lesen sementara. Tetapi, jangan sewenag-wenang melanggar peraturan jalanraya. Anda boleh kena saman seperti jenis lesen lain juga.
Sewaktu menunggang motorsikal berplet “L”, bawalah lesen “L” bersama.
Semasa belajar memandu kereta dengan instructor ataupun pengajar, bawalah “L” bersama juga.
Di ingatkan motor berplet “L tidak di izinkan membawa pemboncit di belakang.
Bawa juga lesen “L” apabila buat Q.T.I. atau Ujian Pra dengan pegawai-pegawai institut.
Semasa hendak memohon ujian, tidak kira apa jenis pun, salinan “L” hendak juga di kepilkan bersama Borang 4 serta borang-borang lain. Sekiranya kurang faham, tanyalah instructor anda.
“L” juga hendak di bawa bersama semasa hari ujian Praktikal anda. Pastikan tempoh masa “L” anda tidak luput atau pun mati. Tidak membawa “L” semada ujian, sudah pasti anda tidak di benarkan menguji.
Selepas habis ujian praktikal, pastikan anda dapatkan kembali lesen “L” dari tangan penguji.
Sekiranya anda berjaya, bekalkan butir-butir di bawah ini kepada institut atau sekolah memandu anda:
1) Borang JPJ L2B (kad ujian).
2) 2 keping gambar warna berukuran paspot.
3) Kepingan fotostat MyKad 2 belah.
4) Bayaran “P” untuk 2 tahun (RM60).
5) Bayaran upah proses (RM2 – RM5).
Inilah artikal serba ringkas L.D.L. atau “L” permulaan hingga ke hujung anda belajar, sama ada kereta ataupun motorsikal di institut atau sekolah memandu.
Walaupun sudah mencapai “P”, simpanlah “L” dengan baik. Manalah tahu, semasa hilang “P” kelak, ia boleh di buat rujukan!
