Cara Renew Lesen Memandu Di Pejabat Pos Malaysia

Bolehkah anda memperbaharui ataupun renew lesen memandu di Pejabat Pos Malaysia?

Tentunya boleh.

Lesen memandu anda boleh renew secara online, tetapi, renew lesen di Pejabat Pos ada satu kelebihan.

Kelebihannya ialah, anda akan mendapat slip renew lesen serta merta.

Kalau gunakan portal online seperti MyEG, anda perlu menunggu satu atau dua hari untuk slip lesen anda sampai ke rumah.

Jika lesen anda telah luput dan anda hendak memandu ke negeri lain hari ini, cadangan saya ialah memperbarui lesen anda di pejabat Pos.

Pejabat Pos

Pejabat Pos Malaysia

Ingat, memandu dengan lesen yang telah mati atau expired adalah satu kesalahan jalan raya.

Lokasi pejabat Pos

Tahukah di mana lokasi Pejabat Pos yang paling dekat?

Kalau anda tidak pasti, anda boleh gunakan servis Pejabat Pos online untuk buat pencarian.

Untuk mencari lokasi pejabat Pos Malaysia, KLIK SINI.

Cari Pejabat Pos

Cari lokasi Pejabat Pos Malaysia

Pilih negeri, bandar dan jalan yang paling dekat.

Seterusnya, klik “Submit”.

Laman pejabat Pos online akan mengemukkan lokasi cawangan yang paling dekat.

Ia akan menunjukkan lokasi, alamat, nombor telefon dan pegawai yang bertugas di pejabat cawangan.

Info Pejabat Pos

Info Pejabat Pos terdekat

Waktu operasi

Apakah waktu operasi Pejabat Pos Malaysia?

Waktu operasinya adalah berikut:

Isnin – Jumaat : 8.30 pagi – 5.30 petang

Sabtu : 8.30 pagi – 1.00 petang

Ahad : TUTUP

Tutup pada Sabtu minggu pertama dan Ahad

Bolehkah anda pergi ke pejabat Pos Malaysia pada hari Sabtu untuk renew lesen memandu?

Tentunya boleh.

Tapi ingat, waktu operasi hari Sabtu adalah sampai 1.00 petang sahaja.

Pejabat Pos akan tutup pada hari Sabtu minggu pertama setiap bulan.

Harga renew lesen

Berapakah harga untuk renew lesen memandu di Pejabat Pos Malaysia?

Berikut adalah harga rasmi pembaharui lesen daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ):

1 tahun – RM30

2 tahun – RM60

3 tahun – RM90

4 tahun – RM120

5 tahun – RM150

Jangan lupa, apabila anda menggunakan servis Pejabat Pos untuk renew lesen, anda kena bayar RM2.00 caj servis.

Langkah renew lesen

Apakah langkah untuk renew lesen memandu di Pejabat Pos?

Langkahnya mudah sahaja.

1) Pergi ke Pejabat Pos Malaysia yang terdekat.

2) Ambil nombor giliran anda. Pilih bahagian lesen, bayaran bil , etc.

3) Tunggu giliran anda.

4) Apabila sampai giliran, pergi ke kaunter.

Bagi tahu pegawai yang bertugas anda ingin renew lesen memandu anda.

5) Bagi kad pengenalan dan lesen anda yang telah tamat tempoh.

6) Tunggu sekejap, buat bayaran dan ambil slip pembaharuan lesen memandu anda.

Slip

Proses renew lesen lebih kurang 5 minit sahaja.

Kalau banyak orang di Pejabat Pos, terpaksalah tunggu giliran anda.

Syarat-syarat

Bolehkah anda renew Goods Driver’s License (GDL) di Pejabat Pos?

Malangnya tidak boleh.

Untuk renew GDL, anda perlu menjalani pemeriksaan doktor dahulu.

Untuk maklumat lanjut bagaimana renew GDL yang tamat tempoh, KLIK SINI.

Bolehkan anda tukar Probationary Driving License (PDL) ke Competent Driving License (CDL) di Pejabat Pos?

Jawapannya ialah tidak boleh.

Untuk menukar PDL ke CDL, sila pergi ke pejabat JPJ.

Kesimpulan

Memandu kenderaan dengan menggunakan lesen yang telah tamat tempoh adalah satu kesalahan jalan raya.

Jika ada di tahan pihak Polis ataupun pihak JPJ, tentunya anda akan di saman.

Kebanyakan orang tidak tahu, tempoh tamat lesen memandu anda kini telah di selaraskan dengan tarikh lahir anda.

Kalau lesen sudah tamat tempoh, jangan tunggu lagi.

Pergi ke Pejabat Pos untuk renew lesen anda.

Slip renew boleh di dapati dengan serta merta.

By | 2019-09-24T18:43:52+08:00 September 23rd, 2019|Lesen Memandu|47 Comments

About the Author:

47 Comments

  1. Aisha July 28, 2017 at 12:19 am - Reply

    TQ so much for this information…. 😘

  2. Tesikgan February 9, 2018 at 2:42 am - Reply

    Thanks for the information mr yap

  3. Fasya March 13, 2018 at 7:34 am - Reply

    This is my first time renewing my license, and I find his very helpful. Thank you for this information Mr Yap.

  4. nurul March 22, 2018 at 1:22 pm - Reply

    this info very helpfull..tq so much

  5. Mohd fidaus April 19, 2018 at 2:13 am - Reply

    Terima kasih atas informasi yg sangat berguna ini ..

  6. Grace May 11, 2018 at 11:05 am - Reply

    Thank you for the useful info Cikgu Yap..

  7. Amim Najmie May 16, 2018 at 1:48 pm - Reply

    Thank you so much for the info :)

  8. Maya June 8, 2018 at 9:34 am - Reply

    Thank you very much for the useful information…

  9. daus September 7, 2018 at 3:27 pm - Reply

    bolehkah saya renew lesen memandu sebelum sampai tarikh tamat tempoh??

  10. Adi a.s October 3, 2018 at 3:46 pm - Reply

    Thnks a lot.

  11. Wan October 9, 2018 at 12:59 am - Reply

    Lesen L boleh kan nk renew?

  12. Matci October 19, 2018 at 7:00 pm - Reply

    Terima kasih info, sangat berguna

  13. Anitha December 4, 2018 at 3:44 pm - Reply

    Thanks for your useful information.

  14. Faiz February 13, 2019 at 8:35 am - Reply

    Terima kasih encik yap, ia sangat2 membantu .. ☺️

  15. Mohammad Shafizal February 18, 2019 at 1:23 pm - Reply

    Boleh x bayar guna kad kredit di kaunter pejabat pos?

  16. Haniff April 19, 2019 at 12:18 pm - Reply

    Mr Will yap? Nak tanye… Kalau lesen kita hilang, bleh ke renew di pejabat pos?

    • Cikgu Yap April 19, 2019 at 2:25 pm - Reply

      Tidak boleh, ke J.P.J.

      • Izzah July 20, 2019 at 7:35 pm - Reply

        Kalau saya punya lesen L mati pada 21/7 tapi saya nak renew 22/7 boleh ? sebab Ahad tutup kan

  17. Syazwani May 3, 2019 at 12:15 am - Reply

    Jika lesen memandu tamat tempoh lebih kurang 8 bulan yg lalu, boleh renew di Pejabat POS atau mesti kene pegi JPJ utk renew? Ada bayaran denda ke? 😅

    • Cikgu Yap May 3, 2019 at 3:02 pm - Reply

      Boleh renew di pejabat Pos. Tiada denda apa apa

      • Sarimah May 20, 2019 at 9:29 pm - Reply

        Klau lesen kereta dah mati lebih 2 tahun adakah boleh pebaharui sahaja. Ada kena denda tak?

        • Cikgu Yap May 21, 2019 at 11:09 am - Reply

          Lesen anda boleh dibarui. Tiada dendaan apa apa.

  18. Cherry Kam May 4, 2019 at 4:24 pm - Reply

    Hi what’s the next step after getting slip from pos Malaysia? Need to bring slip to JPJ?

    • Cikgu Yap May 6, 2019 at 3:07 pm - Reply

      What in fact are you referring to?

      • irfanyaacub May 17, 2019 at 1:21 am - Reply

        Kan you cakap akan dapat slip pembaharuan lesen, so adakah slip tu perlu dibawa ke jpj untuk redeem lesen memandu yang baharu atau macam mana?

        • Cikgu Yap May 17, 2019 at 5:31 pm - Reply

          Pertanyaan anda mengelirukan, kalau anda menghadiri ujian praktikal , JPJ anda akan menerima “keputusan” bukan “slip” pembaruan.

      • NazmieNasir June 18, 2019 at 5:16 am - Reply

        Kalau lesen dah mati dlm 7 bulan kena caj ke tak??

  19. Ijan May 11, 2019 at 4:28 pm - Reply

    Hi kalau nak renew lesen utk 5 tahun, kena bawa sekali sekeping gambar ke?

  20. khairunnisa June 23, 2019 at 12:04 am - Reply

    jangka masa untuk siap lesen tu berapa lama?

  21. amboi June 26, 2019 at 4:15 pm - Reply

    caj dia rm1 jee skg utk 1 tahun.tiada caj lain2

  22. Jean July 4, 2019 at 1:35 pm - Reply

    Boleh hantar wakil utk perbaharui learn memandu?
    Apa prosider?

    • Cikgu Yap July 8, 2019 at 2:05 pm - Reply

      Memangnya Boleh. Lesen memandu D(kereta) Rm30 untuk tempoh 3 bulan. Cari seorang agen untuk jalankan tugas ini.

  23. WahedBomba July 11, 2019 at 11:10 am - Reply

    KALAU LESEN TAMAT TEMPOH HAMPIR 4 TAHUN YANG LALU ADAKAH MASIH BOLEH RENEW??

    • Cikgu Yap July 11, 2019 at 8:30 pm - Reply

      Lesen mati 4 tahun terpaksa jalankan “Special Test” Bhg. I & 2. Anda dikecuali membuat Bhg. Undang undang. Sila jumpa institut untuk keterangan lanjut.

  24. Didi August 21, 2019 at 7:08 am - Reply

    Salam,,, license saya dah mati 2 bulan , masih boleh disambung kah n tk

    • Cikgu Yap August 21, 2019 at 4:08 pm - Reply

      Sebut jenis licence anda, baru boleh diberi jawapan.

  25. lizz September 3, 2019 at 5:13 pm - Reply

    Hai.. nak tanya.. kalau saya wakilkan suami saya untuk renew lesen memandu D di pejabat pos.. dokumen apa yang perlu suami saya bawa?

    • Cikgu Yap September 5, 2019 at 5:06 pm - Reply

      Bawa lesen original. Sedia sekeping gambar latar belakang putih.

      • Azam September 30, 2019 at 10:26 am - Reply

        Boleh tak gambar tu kita snap dalam handfon je untuk wakil bawa ke pejabat pos

  26. Jo September 24, 2019 at 7:47 am - Reply

    Hi kalau lesen memandu tamat tempoh 1 tahun lebih, bolehkah renew di pejabat pos?
    tq

    • Cikgu Yap September 25, 2019 at 4:12 pm - Reply

      Kalau lesen anda “P” yang habis tempoh memasang plet “P” (2 tahun), maka boleh di barui di pejabat pos.

  27. Azam September 30, 2019 at 10:27 am - Reply

    Untuk gambar boleh kita snap melalui handfon tak..

Leave A Comment