Lesen GDL Malaysia

Jika anda mempunyai lesen GDL yang akan tamat tempoh, langkah yang sewajarnya ialah membaruinya secepat mungkin.

Mengikut laman web JPJ, berikut adalah 4 perkara penting yang anda perlu memenuhi sebelum lesen GDL anda boleh di perbarui.


4 perkara penting sebelum membarui lesen GDL

1. Lesen anda tidak di senarai hitam.

Syarat pertama adalah sangat penting.

Jika lesen anda telah di senarai hitamkan (blacklisted), anda tidak akan di benarkan untuk membarui lesen GDL anda.

Lesen anda akan di senari hitamkan jika anda mempunyai saman dari polis ataupun Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang belum di jelaskan.

Sila pergi ke balai polis atau pun pejabat JPJ dan bayar segala saman yang tertunggak.

Kemudian, semak semula dengan JPJ untuk memastikan status lesen anda tidak lagi dalam kategori “blacklisted”



2. Mengemukakan laporan perubatan.

Syarat kedua untuk membarui lesen GDL yang akan tamat tempoh ialah mengemukan laporan perubatan / kesihatan.

Laporan perubatan tersebut di kenali Borang JPJ L8.

Untuk muat turun dan Borang JPJ L8, klik sini.

Laporan perubatan ini adalah sama dengan laporan kesihatan yang di kehendaki oleh pihak JPJ bila anda membuat aplikasi untuk mendapatkan lesen GDL.

Untuk mengetahui syarat-syarat mendapatkan lesen GDL, sila klik sini.

Yang penting, tempoh laporan perubatan tidak boleh melebihi 1 tahun.

3. Lesen CDL berkuat kuasa melebihi 1 tahun.

Syarat ketiga sebelum membarui lesen GDL anda ialah lesen memandu kempeten ataupun Competence Driver’s License (CDL) anda mestilah berkuat kuasa melebih 1 tahun.

Jike CDL anda telah luput, anda di kehendaki membaruinya sebelum membarui lesen GDL anda.

4. Tempoh pembaruan lesen adalah 1 tahun sahaja.

Syarat yang ke empat adalah tempoh pembaruan lesen.

Anda hanya boleh membarui lesen GDL anda untuk tempoh 1 tahun sahaja.


Dokumen yang di perlukan untuk membarui lesen GDL yang tamat tempoh

Berikut adalah dokumen-dokumen yang di perlukan untuk membarui lesen GDL.

1. MyKad / Pasport asal atau salinan.

2. Lesen Memandu kompeten / CDL asal atau salinan.

3. Borang JPJ L8 daripada pegawai kesihatan.

4. Satu (1) keping gambar warna yang berlatar belakang putih. Ukuran gambar adalah 25mm x 32mm.

5. RM20 untuk kos pembarui lesen GDL.