Jika lesen Goods Driver’s License (GDL) anda akan tamat tempoh tidak lama lagi, langkah yang sewajarnya ialah membaruinya secepat mungkin.

Mengikut laman web JPJ, berikut adalah 4 perkara penting yang anda perlu memenuhi sebelum lesen GDL anda boleh di perbarui.

Rayuan lesen tamat tempoh
Ads Notice

4 perkara penting sebelum membarui lesen GDL

GDL Malaysia

Contoh lesen GDL Malaysia

1. Lesen anda tidak di senarai hitam.

Syarat pertama adalah sangat penting.

Jika lesen anda telah di senarai hitamkan (blacklisted), anda tidak akan di benarkan untuk membarui lesen GDL anda.

Lesen anda akan di senari hitamkan jika anda mempunyai saman dari polis ataupun Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang belum di jelaskan.

Sila pergi ke balai polis atau pun pejabat JPJ dan bayar segala saman yang tertunggak.

Kemudian, semak semula dengan JPJ untuk memastikan status lesen anda tidak lagi dalam kategori “blacklisted”

2. Mengemukakan laporan perubatan.

Syarat kedua untuk membarui lesen GDL yang akan tamat tempoh ialah mengemukan laporan perubatan / kesihatan.

Laporan perubatan tersebut di kenali Borang JPJ L8A.

Untuk muat turun Borang JPJ L8A, klik sini.

Laporan perubatan ini adalah sama dengan laporan kesihatan yang di kehendaki oleh pihak JPJ bila anda membuat aplikasi untuk mendapatkan lesen GDL.

Untuk mengetahui syarat-syarat mendapatkan lesen GDL, sila klik sini.

Yang penting, tempoh laporan perubatan tidak boleh melebihi 1 tahun.

3. Lesen CDL berkuat kuasa melebihi 1 tahun.

Syarat ketiga sebelum membarui lesen GDL anda ialah lesen memandu kempeten ataupun Competence Driver’s License (CDL) anda mestilah berkuat kuasa melebih 1 tahun.

Jike CDL anda telah luput, anda di kehendaki membaruinya sebelum membarui lesen GDL anda.

4. Tempoh pembaruan lesen adalah 1 tahun sahaja.

Syarat yang ke empat adalah tempoh pembaruan lesen.

Anda hanya boleh membarui lesen GDL anda untuk tempoh 1 tahun sahaja.

Dokumen yang di perlukan untuk membarui lesen GDL yang tamat tempoh

Berikut adalah dokumen-dokumen yang di perlukan untuk membarui lesen GDL.

1. MyKad / Pasport asal atau salinan.

2. Lesen Memandu kompeten / CDL asal atau salinan.

3. Borang JPJ L8 daripada pegawai kesihatan.

4. Satu (1) keping gambar warna yang berlatar belakang putih. Ukuran gambar adalah 25mm x 32mm.

5. RM20 untuk kos pembarui lesen GDL.

Rayuan lesen tamat tempoh
Ads Notice

By | 2017-12-22T10:03:24+08:00 April 15th, 2017|Goods Drivers' License|14 Comments

About the Author:

14 Comments

  1. Yaya April 15, 2017 at 10:31 am - Reply

    Cikgu,

    Saya nak tanya kalau saya pemegang ic hijau mykas, tapi dalam sistem jpn ic sy telah pun bertukar ic biru mykad!! Tapi bila ke driving school kelantan dia cakap tak boleh. Adakah saya layak lagi untuk mohon lesen GDL? Lori dah ada, tempat kerja dah ada, CIDB dah ada. Baru tahu ic hijau tidak boleh buat GDL. Pemegang ic hijau 25tahun, tak boleh ke nak mohon lesen GDL?

    • Cikgu Yap April 15, 2017 at 10:33 am - Reply

      Mengikut Jabatan Pendaftaran Negara, MyKas adalah kad pengenalan sementara yang perlu di perbarui dalam tempoh 5 tahun. Untuk mendapatkan lesen GDL dengan MyKas agak rumit. Saya mencadangkan anda hubungi pihak JPJ di Putrajaya untuk mendapatkan penjelasan.

  2. Rafi September 20, 2018 at 9:12 pm - Reply

    Cikgu ape beza borang borang jpj L8 dgn borang jpj L8a…

  3. linda October 17, 2018 at 4:14 pm - Reply

    saya nak tanya kalau lesen gdl tamat tempoh lebih setahun berapa kos untuk perbaharui balik?terima kasih

  4. Janet Ho December 7, 2018 at 2:25 pm - Reply

    Skiranya licen gdl dah tamabt 3 tahun .boleh tak renew balik

  5. Efrikapadehararona December 24, 2018 at 12:58 am - Reply

    Sy nak Tanya lesen gdl at telam mati dalam 5 tahun seigat sy kalu sy nak buat balik sy keje pegi kelas ujian balik ke tidak

  6. ziham January 13, 2019 at 11:00 am - Reply

    cikgu,
    nk tanya kalau GDL saya tamat tempoh lbh dr setahun boleh renew lgi x atau sy kne apply semula GDL yg baru melalui proses ujian dan sebagainya?

  7. Sazani bin Sajuri July 5, 2019 at 11:27 pm - Reply

    Lesen DGL Saya dah tamat tempoh melebihi 3 tahun boleh ke buat Rayuan untuk diperbaharui

    • Cikgu Yap July 8, 2019 at 1:57 pm - Reply

      Menurut undang-undang, GDL tidak dibarui LEBIH 3 tahun, hendaklah diuji balik semula.

  8. Santhi September 3, 2019 at 9:11 pm - Reply

    Hai.. Na tanya… Kalau renew lesen D… Kene bt medical check up ke…

  9. 💝Äîñ ÑáBâH💝 October 3, 2019 at 2:06 pm - Reply

    Hi saya nak tanya kalau nak renew lesen gdl kena guna borang JPJ L8 ke atau JPJ L8A? Saya mahu binggung..

  10. Abg November 2, 2019 at 10:33 pm - Reply

    Nak tanye klu dah ade lesen L dan dah ade lesen motosikal P jika nak ambil lesen kereta ade kah kena ambil undang2 lesen L lagi

Leave A Comment