Yang Mana Satu Nombor Lesen Memandu Malaysia?

Tahukah anda yang mana satu adalah nombor rasmi lesen memandu yang di keluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia?


Ada pembaca blog ini yang tanya, di mana nombor lesen memandunya?

Malaysian driving license

Probationary Driving License (PDL) ; Lesen percubaan

Soalan pembaca blog ini agak menarik.

Saya pun ingin tahu di mana nombor rasmi lesen memandu saya.

Saya mengeluarkan lesen memandu saya dan memerhati dengan teliti.

Nampaknya lesen percubaan ataupun Probationary Driving Licence dan Competent Driving License (CDL), kedua-dua tiada nombor rasmi yang di cetak pada lesen.

Saya agak hairan.

Saya ingat nombor lesen mungkin di halaman belakang.

Halaman belakang pun tiada.

Cuma ada nombor siri kad di bahagian kanan atas.

Nombor lesen

Kenapa lesen memandu Malaysia tiada nombor rasmi?

Saya membuat hipotesis, nombor lesen memandu Malaysia adalah sama dengan nombor kad pengenalan anda.

Setahu saya, nombor kad pengenalan yang di keluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara adalah unik untuk setiap individu.

Jadi, setiap orang yang mempunyai kad pengenalan tidak mungkin mempunyai nombor yang sama.

Saya ingin menguji hipotesis saya.

Saya pergi ke laman Jabatan Pengangkutan Jalan untuk semak tarikh tamat tempoh lesen memandu saya.

Anda juga boleh buat semakan, sila KLIK SINI.


Di laman JPJ untuk semak lesen memandu, anda di kehendaki pilih kategori ID (ID Category).

Senari kategori adalah:

  • Temporary resident (MYKAS) ; Permastautin sementara
  • Permanent resident (PTM) ; Permastautin tetap
  • Malaysian public (MYKAD) ; Orang awam Malaysia
  • Police (POL) ; Polis
  • Military (TEN) ; Pihak tentera
  • Non Malaysian (LLN) ; Bukan warganegara Malaysia


Apabila saya memilih kategori “Orang Awam Malaysia”, saya di ke hendaki memasuki nombor kad pengenalan.

Saya masukkan nombor IC saya dan klik “Search” untuk buat pencarian.

Portal JPJ mengemukakan nama saya dan tarikh tamat tempoh lesen memandu saya.

Saya membuat kesimpulan, nombor lesen memandu Malaysia adalah sama dengan nombor kad pengenalan anda.

Jika anda tidak yakin, periksalah tarikh tamat tempoh lesen anda di laman JPJ.

Rekod JPJ akan menunjukkan nama anda dan tarikh luput lesen memandu.


By | 2017-06-06T12:01:19+00:00 June 6th, 2017|Lesen Memandu|0 Comments

About the Author:

Apart from Cikgu Yap, I am also a writer and the administrator of this blog.

Leave A Comment