6 Tempat Bahaya Yang Di Larang Meletak Kereta

Posted on August 22nd, 2009

Tidak di nafikan, bahawa terdapat ramai pemandu yang mempunyai lesen Kelas D untuk memandu kenderaan. Tetapi berapakah jumlah pemandu-pemandu yang sedar atau tahu di manakah mereka boleh meletak kereta atau parking kereta mereka pula?

Meletak kenderaan di tempat-tempat “Larangan” atau “No Parking Areas” melanggar peraturan Seksyen 119 (2) A.P.J. (Akta Pengangkutan Jalan 1987). Dendanya ialah RM200.

Di manakah tempat-tempat yang di katakan tempat larangan meletak kenderaan? Di antaranya adalah:

1) Dekat dengan perhentian bas.

Sebuah bas adalah kenderaan besar dan panjang. Oleh itu, ia memerlukan sebuah tempat besar untuk berhenti.

Jadi, janganlah meletak kenderaan berhampiran tempat ini. Jangan pula lupa, anda hendaklah meletak kenderaan anda lebih kurang 9 meter darinya.

2) Di pili atau paip bomba.

Kiranya hendak meletak kenderaan, harusnya meletak kenderaan kurang-kurang 3 meter darinya.

Semasa kecemasan, anggota-anggota Jabatan Bomba memerlukan tempat-tempat luas untuk menjalankan kerja mereka.

Sekiranya anda meletak kenderaan anda di kawasan tersebut, sudah pasti akan menggangu usaha mereka. Oleh kerana itu, jauhi daripada meletakkan kereta anda di sini.

Tempat-tempat pili bomba senang saja di cam. Ada huruf “H” berwarna merah di atas batu pili bomba itu.

3) Di tempat bahaya / terlindung.

Tempat demikian amat sukar hendak melihat datangnya kenderaan. “Selekoh” adalah suatunya contoh.

Kereta-kereta yang muncul biasanya tidak dapat di lihat dengan jelas. Sekiranya anda meletakkan kenderaan di tempat-tempat demikian, sudah pasti anda akan merungsingkan kedudukan.

4) Di simpang empat dan simpang tiga.

Meletak kenderaan sekurang-kurangnya 9 meter darinya. Kedua-dua tempat ini merupakan tempat yang amat bahaya sekali.

Kebanyakan kemalangan berlaku di sini. Pemandu-pemandu merasa sukar hendak keluar dari simpang-simpang ini.

Sekiranya sebuah lori besar atau van di letak berhampiran dengan simpang, ini akan melindungi penglihatan seseorang pemandu. Tahu atau tidak anda bahawa sekiranya terjadi sesuatu nahas kemalangan, kereta anda yang di letak berhampiran situ (kiranya ia melindungi penglihatan pemandu lain) boleh di laporkan sebagai punca yang akibatkan kemalangan pula.

Jadi, tidak kira apa juga pun, anda bertanggungjawab ke atas kemalangan tersebut.

5) Di selekoh.

Selekoh itu bahaya. Sepertimana kita sedia maklum, selekoh sukar untuk di kendalikan.

Meletakkan kenderaan berhampiran tempat demikian, sebenarnya menjemput kecelakaan atau kata orang.

Oleh itu, ingatlah, tuan-tuan dan puan-puan sekalian, “hindarilah” daripada meletak kenderaan berhampiran satu-satu selekoh. Ia bahaya!

6) Di tempat-tempat naik bukit dan turun bukit.

Turun-naik bukit sepertimana anda faham, bukan saja “susah” tetapi “bahaya” pula. Sekiranya ada kenderaan-kenderaan di letak di tepi jalan, ini akan bertambah lagi kerumitan-kerumitan kepada pemandu lain.

Jadi, kerjasama dengan tidak meletak kenderaan di kawasan tersebut.

Sebagai pemandu yang baik serta berhemat, sudah tentu kita akan mencuba sedaya-upaya supaya jangan terlibat dalam sesuatu kemalangan.

Marilah kita mencuba pula “jangan” mengakibatkan orang lain pula dalam kemalangan. Anda dapat mengelakkan perkara atau nahas berlangsung dengan tidak meletakkan kenderaan anda di tempat-tempat yang di nyatakan di atas.

Pandu Hemat dan Jiwa Selamat!

No Comments • Posted in Kemalangan Kereta

Comments

Leave a Comment...

Blog Search
Free E-book
Free Ebook
"Driving a Manual Car For Beginners"
>> Click here for instant download!
Recent Comments
  • zul: saya beli kereta atas nama sepupu saya.sekarang ni saya hendak buat tukar hak milik ke atas nama saya.dokumen2...
  • Zehan: Hi, I have a valid driving license but embedded into my new “Smart” NRIC, when I approached the inquiry...
  • tan: hi, i recently planned to sell my car to a second hand car dealer, the dealer wan to do B1 and B5 test in...
  • Bala: Excellent& informative site. Thanks. I have a New Zealand and Indian licence. Can I use either one to drive...
  • tan: hi, i recently planned to sell my car to a second hand car dealer, the dealer wan to do B1 and B5 test in...
  • Calvin: Hi Cikgu Yap, I’m an Australian Citizen i hold an Australian Drivers Licence and i come to Malaysia very...
  • Alvin Lee: dear, master yap Thank you very much…for your advice Looking forward to come home…… have...
  • Malaysian Licence & Australian Licence: Hi, i am malaysian & would like to know If i want to convert my...
  • vithu: Hi, im a srilankan currently working in malaysia. i got my international license but the police was telling...
  • lin: slm 1 mlaysia.. cikgu yap pd 12 may lalu saya telah terlibat dlm kemalangan jalan raya saya dari tempat A menuju...
  • lelaki budiman: seorang lady membuat u-turn lalu dilanggar oleh saya…kereta dia kemek di pintu kanan belakang...
  • Bill Millar: Hi Mr Yap, I am from Australia and live in KL. I have a class D Malaysian Drivers Licence and what to...
  • Pixie: Hi Cikgu Yap. My 2 god children (they are twins) are coming back from Australia for holidays during year end....
  • Geraldine Yeoh: Dear Cikgu Yap, My apartment has no enough parking lots even though we did try to rent from...
  • Raien: Hi I`m Raien from Bangladesh. I am a professional driver. I have valid Bangladeshi Professional Driving...
  • Traveller: Dear Cikgu Yap I will be visiting Thailand for a holiday and thought of renting a car. Can we rent a car...
  • Alvin Lee: Dear,,, Master Yap, A Long Way From Home…IRELAND calling…Malaysia is my roots// My Malaysian license...