Muat Turun Borang MyLesen | 1Rakyat 1Lesen

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dengan konsep Merakyatkan Perkhidmatan Awam (MPA) telah melancarkan program MyLesen pada 15 September 2015.

Tagline program MyLesen ialah 1Rakyat 1 Lesen.

Test motorsikal

Maklamat program MyLesen adalah ringkas, turunkan harga untuk mendapatkan lesen memandu motorsikal.

Dengan kerjasama dengan institut-institut memandu di Malaysia, kini kos untuk mendapatkan lesen motorsikal B2 hanya RM299 sahaja.

Syarat-syarat

Apakah syarat-syarat untuk menyertai program MyLesen?

Berikut adalah syarat-syaratnya:

1) Untuk warganegara ataupun penduduk tetap Malaysia sahaja

2) Berumur 16 tahun ke atas

3) Memiliki MyKad / Polis / Tentera  /MyPR

4) Tidak memiliki lesen memandu kelas lain

5) Tidak di senarai hitamkan oleh mahkamah, JPJ ataupun pihak Polis

Pendaftaran

Untuk mendaftar dengan program, terlebih dahulu, anda harus mengisikan borang pendaftaran MyLesen.

Untuk muat turun borang MyLesen, sila klik link di bawah.

Klik sini untuk muat turun borang

Ads Notice

Borang MyLesen harus di isi dengan lengkap.

Jangan lupa salinan kad pengenalan anda.

Pergi ke institut memandu untuk membuat pendaftaran.

Senarai institut memandu ada di dalam link di bawah.

Klik sini untuk senarai institut memandu

Ads Notice


Pembayaran RM299 boleh di buat di institut dengan cara tunai, kiriman wang, draf bank ataupun cheque bank tempatan.

Jika anda mempunyai soalan mengenai program MyLesen, sila klik link di bawah.

Matriks soalan-soalan lazim

Ads Notice




By | 2017-06-24T17:29:03+00:00 June 24th, 2017|Lesen Memandu|0 Comments

About the Author:

Leave A Comment