Tayar baru untuk kereta Honda City
Adakah masanya untuk mendapatkan tayar baru untuk kereta Honda City anda?
Jika ya, saya akan berkongsi satu teknik di mana anda boleh mencari kedai tayar yang menawarkan harga yang paling mudah.
Sebelum itu, anda kena tahu saiz tayar untuk kereta City anda.
Mengikut laman web Honda, di Malaysia mempunyai 4 jenis model City.
Model-model di Malaysia dan size tayar standard adalah seperti berikut:
- Honda City 1.5L S (175/65R15)
- Honda City 1.5L E (175/65R15)
- Honda City 1.5L V (185/55R16)
- Honda City 1.5L Hybrid (185/55R16)
Pastikan size tayar kereta anda.
Mencari tawaran tayar baru dengan MyTayar.com
Di sini, saya akan memperkenalkan laman www.mytayar.com.
Mytayar.com mempunyai sistem pencarian yang akan mengesorkan tawaran harga tayar baru daripada kedai-kedai tayar yang berdekatan dengan lokasi anda.
Cara untuk menggunakan sistem mereka adalah agak mudah. Anda hanya perlu mengikuti langkah-langkah di bawah:
1) Pergi ke laman www.mytayar.com
2) Klik butang hijau “Find By Tyre Size”
3) Untuk bahagian Find for Me (Product Category), pilih Car Tyre (All Inclusive Pricing)
4) Di bahagian Within the Distance Radius Of: pilih Up to 50 km
5) Untuk lokasi, pilih bandar tempat kediaman anda. Di dalam contoh di bawah, saya telah memilih Petaling Jaya
6) Untuk Car Tyre Width, pilih size tayar model Honda City anda. Saya memilh 175
7) Car Tyre Aspect, pilih 65
8) Car Tyre Diameter, pilih 15
9) Tekan butang “Get Your Search Result”
Hasil pencarian dengan MyTayar.com
Hasil pencarian MyTayar.com adalah agak besar.
Di sini, ada boleh memilih jenama tayar yang anda gemari.
Anda boleh memilih jenama seperti Bridgestone, Continental, Dunlop, Goodyear, Hankook, Michelin dan Toyo.
Harga yang di paparkan adakan harga bersih sebijik tayar baru yang di tawarkan oleh kedai tayar.
Pilih harga tayar yang di dalam bajet anda dan klik butang “Add To Cart”.
Sekiranya anda ingin mendapatkan 4 biji tayar baru, tukar bahagian quantiy ke 4.
Sistem laman akan membuat pengiraan dan mengemukakan harga untuk 4 biji tayar baru.
Apabila anda telah membuat bayar, anda akan menerima email dengan semua butiran pembelian anda.
Anda juga akan dapat melihat alamat kedai tayar.
Langkah terakhir ialah membuat appoinment untuk memasang tayar baru anda.
Kesimpulan
Jika anda bercadang untuk membeli tayar baru untuk kereta Honda City anda, gunakanlah servis daripada mytayar.com.
Ia akan membantu anda menjimat wang dan juga masa.
Info yang sangat menarik dan berguna untuk saya.. Terima kasih.
good info bro…thnx