4 Peraturan Jarak Kenderaan Semasa Memandu

Posted on November 17th, 2009

Pemandu-pemandu Dan Peraturan Jarak Yang Penting

Sewaktu persekitaran tahun 1969 atau awal tujuh puluhan, perniagaan sekolah memandu agak longgar. Pengajar masa itu tidak mempunyai sijil mengajar seperti sekarang.

Demikian juga, rancangan untuk mengajar calon-calon pun tidak wujud. Maka terserlah kepada pihak sekolah memandu bagaimana hendak uruskan pengajaran seseorang calon itu.

Walaubagaimanapun, ketika itu, sekolah-sekolah memandu mengikuti kaedah ala Inggeris atau British.

Hari ini, saya gemar untuk menyentuh tentang soal “Peraturan Jarak” yang betul yang sepatutnya di amal oleh para pemandu.

Soal di atas amat penting. Sekiranya tidak mengikuti peraturan jarak yang betul, sudah tentu akan berlakunya kemalangan kereta.

Sebelum di ketengahkan, peraturan-peraturan, izinkan di terangkan bahawa, sekolah memandu keseluruhan di Malaysia hari ini mengikuti kaedah memandu Panduan Berhemat, suatu konsep memandu yang berasal di Australia.

Konsep atau kaedah memandu England, yang kita ikuti sebelum Merdeka itu, di anggap sudah tidak sesuai lagi untuk zaman moden ini.

Topik Peraturan Jarak soal penting kepada seorang pemandu. Dengan peraturan-peraturan jarak yang betul, di harapkan dapat kurang kadar kemalangan di jalan raya.

Empat peraturan jarak yang penting yang saya akan ketengahkan kepada tuan-tuan dan puan-puan ialah:

1) Peraturan 2 saat.

Apabila memandu di belakang sesebuah kenderaan, pemandu di syorkan berada 2 saat di belakang kereta depan. Ini di anggap jarak yang paling selamat.

Dua saat, mengikut kajian pakar-pakar, memadai bagi mengelak dan berhenti di belakang kereta depan dalam satu-satu situasi kecemasan.

2) Peraturan 4 saat.

Semasa wakti hari hujan, keadaan jalan basah serta licin. Tidak sesuai lagi di amal peraturan 2 saat lagi. Dalam keadaan sedemikian, pemandu-pemandu di nasihatkan menggunakan kaedah “Peraturan 4 saat”, iaitu 2 kali ganda peraturan 2 saat tadi.

Apa yang di ertikan adalah, gandakanlah jarak antara kereta anda dengan kereta hadapan. Ini akan mengelakkan perlanggaran atau akibatkan anda menyondol belakang kereta depan.

Ingat bahawa melanggar kereta depan, merupakan suatu kesalahan traffik.

Berkait dengan topic ini, saya rasa penting saya ingat para pemandu 2 perkara:

i) Kenderaan tayar sama ada atau tidak berbunga harus di ambil kira juga.

ii) Sekiranya melanggar belakang kenderaan orang lain, mungkin boleh kena saman RM300 (tidak dapat mengawal kenderaan Seksyen 119 (2))

3) Peraturan 3 saat.

Peraturan ini khas untuk mengekori motorsikal. Berbeza dengan kereta, motorsikal di anggap kenderaan bahaya.

Penunggang dan pemboncit tidak terlindung. Ia beroda dua.

Di nasihatkan, jauhi daripadanya sewaktu memandu. Amalkan sekurang-kurang 3 saat sebagai langkah keselamatan.

4) Peraturan 12 saat.

Peraturan ini bagi mengekori kenderaan-kenderaan yang panjang seperti bas, lori and treler. Di sini, pemandu mempelajari kemahiran imbas 12 saat atau 100 meter ke hadapan.

Peraturan ini, membolehkan seseorang memerhatikan “lalu lintas” dari mana-mana arah di dalam masa yang sesuai bagi menyesuaikan kelajuan dan kedudukan kenderaan.

Di atas adalah 4 peraturan jarak yang penting, yang di harapkan dapat membantu anda menjadi seorang pemandu yang lebih cekap.

Driving Made Easy
Want to get a Malaysian driving license?
This book will show you how.
=> Click here to learn more!


2 Comments • Posted in Undang-undang

Comments

  1. mohd noor

    Cikgu Yap. Saya nak tanya. Begini, sebuah motosikal ditunggang oleh pelajar tingkatan 3 keluar dari simpang tanpa berhenti. Motor tersebut telah telah melanggar bahagian depan kanan kereta saya. Bumper tercabut, cermin berkecai akibat mangsa melambung. Sekarang kereta saya ditahan dibalai polis. Motosikal hancur. Pelajar tersebut koma dan parah. Kereta saya kereta second hand tapi nilai insurannya RM54000. Soalannya adakah pihak insuran akan membaiki kereta saya melalui panel workshop mereka kerana yang melanggar tu tiada lesen, bawah umur, tak pakai topi dan motor pinjam yang baru tamat roadtaxnya. Laporan polis telah dibuat tapi polistunggu mangsa sdar untuk rakam keterangan darinya. Tq

    • Cikgu Yap

      Bahawa pelajar tidak berlesen, tidak pakai topi keledar adalah soalan lain.

      Kemalangan yang serius itu di mana mangsa koma / parah, yang mengakibatkan kemalangan, besar kemungkinan akan di dakwa di bawah Seksyen 41 (1) kalau mangsa itu meninggal. Seksyen 41 (1) adalah mengakibatkan kematian dengan pemanduan cuai atau merbahaya.

      Kalau di dakwa bersalah di mahkamah, yang bersalah boleh di denda sebanyak tidak melebihi RM10,000. Selain itu, yang bersalah boleh juga di penjara tidak melebihi 5 tahun dataupun kedua-duanya.

      Lesen pemandu juga boleh di gantung, sekurang-kurangnya 1 tahun. Mahkamah juga boleh mendakwa seorang yang bersalah itu di bawah Seksyen 42 ataupun 43, Akta Pengangkutan Jalan 1987.

      Tentang soalan insurans pula, anda boleh membuat tuntutan insurans kereta anda daripada pihak insurans. Seperti kata anda, seelok-eloknya panel PIAM yang sesuai menguruskan tuntuan kenderaan anda.

Leave a Comment...

Blog Search
Free E-book
Free Ebook
"Driving a Manual Car For Beginners"
>> Click here for instant download!
Recent Comments
  • Julian: Hello Cikgu Yap, I read with great interest how you felt appalled when students who have just obtained their...
  • alif: sebelum ni pon saya ada test kat jpj banyak kali asik gagal jer…sekarang ni tengah tunggu special contact...
  • Windson: Hi, Can I know is the NCD transferable between spouse, parents and children or siblings? For example, if I...
  • tiara zaharen: Cikgu Yap, saya bermasalah dalam sesi pembelajaran mendaki bukit. Saya dapati handbrake kereta tu...
  • nick: Hi, Having a question here, my girlfriend got her L license for car 4 years ago, but she didnt manage to...
  • Ted: Yes I have. Thank you. My father managed to teach me how to slow down steadily and overcome the huge roundabout.
  • John: Thanks for the response. My questions are…. 1. How do I check with JPJ if the car that I traded in with the new...
  • Dan: Hey guys :) …am a 6’2 ft and am having major problems getting my license here in malaysia. Next week i’ll be...
  • city teercy: 1feb 2012 test computer dan lulus 48/50…
  • jojo: that mean that we will stick to the right lane wait until it safe only we make a U turn??
  • tiara zaharen: Mr.Yap. I got serious problem when it comes to climbing hill. I cannot control my left foot on clutch...
  • Why Me?: I recently hit a car in front. The damage was minor. As much as I wanted to settle the case amicably, the...
  • Kah Mun: Mr.Yap, I’m in Form 4 this year and my birthday is on August 25th. Is it true that the Undang exam...
  • Haziq: Cikgu Yap, Kereta saya telah dilanggar,jadi pesalah patut tanggung.Tetapi saya terpaksa guna insurance kereta...
  • Aaron Basedow: Great experience you have shared. Keep posting such an interesting stuff in future, too.
  • amir: thanks a lot for that infomation cikgu yap……
  • Ng: Dear Cikgu Yap, Isn’t there a Union or some association limiting the number of school buses around the...