Pemberian Topi Keledar Percuma Kepada Penunggang Motorsikal Malaysia

Posted on November 15th, 2009

Jangan Sehingga Kempen Memberi 135,000 Topi Keledar Kepada Penunggang Motor Menjadi Sia-sia Saja

Sudah tentu topi keledar kita mempunyai kebolehan hanya bertahan buat beberapa tahun saja. Tidak kira samada ianya baik ataupun tidak, topi keledar itu terpaksa di ganti pada suatu hari kelak.

Sama ada percaya ataupun tidak, untuk menggantikan sesuatu topi keledar itu, bukannya satu tindakan yang senang. Khasnya, kepada seseorang penunggang motorsikal. Kebanyakan mereka terdiri dari golongan yang berpendapatan rendah.

Jadi pengikat topi keledar boleh pudar dan lapuk. Pengikat-pengikat topi boleh jadi rosak. Tempurung keledar sendiri boleh menjadi lapuk dan tidak dapat melindung kepala penunggang.

Oleh yang demikian, sudah tentu akan sampai ke suatu hari di mana terdapat perlu untuk menukar suatu topi yang agak lama usianya, bererti sama dengan tidak memakai keledar langsung.

Kempen kerajaan baru-baru ini, Kempen Keselamatan Jalanraya demi keselamatan penunggang-penunggang motorsikal, di mana ternampak sebanyak 135,000 pasang topi keledar bermutu “standard” atau taraf  SIRIM di beri percuma dalam tempoh 18 bulan baru-baru ini.

Sama ada anda bersetuju dengan kempen ini, ataupun tidak, kurang penting. Adakah kerajaan telahpun bertindak wajar dalam hal ini juga tidak perlu di soal.

Sekiranya di tanya, saya perpendapat bahawa sudah tentu kerajaan itu telahpun bertindak wajar. Sudah tentu kempen itu telahpun memakan belanja yang tinggi.

Topi keledar SIRIM berharga antara RM50 – RM75 sesuatu. 135,000 pasang topi keledar sedemikian bernilai banyak juga.

Tetapi, harus di ingat bahawa kerajaan sedar para penunggang motor ramai yang terlibat dalam kemalangan. Ia terpaksa buat sesuatu.

Dengan itu, adalah di harapkan dengan pemberian percuma 135,000 topi keledar itu, dapat di selamatkan satu-dua orang penunggang dalam prosesnya.

Walaupun berjaya menyelamatkan nyawa hanya serong saja, di anggap sebagai telah Berjaya.

Walaupun demikian, ramai pembaca dan golongan masyarakat itu sendiri keseluruhannya, berpendapat itu tidak mencukupi.

Mereka merasa bahawa keselamatan penunggang-penunggang motor itu seharusnya di pentingkan.

Topi keledar hendaklah di ikat dengan cara yang Betul katakan mereka.

Kempen-kempen harus di jalankan bagi maksud menggunakan topi keledar dengan betul, kalau tidak, tidak akan menyelamatkan nyawa anda.

Dengan demikian, membawa motor dengan lajuan 150 km/j atau lebih tidak juga akan menyelamatkan anda.

Seperti di cadangkan ramai, pihak J.P.J. dan Polis harus menentukan bahawa topi keledar itu di pakai atau di guna cara yang betul. Mereka yang bersalah, harus di ambil tindakan yang keras.

Pada masa yang sama, sudah tibalah masa untuk pihak Polis dan J.P.J., untuk saman mereka-mereka yang bersalah. Kiranya tidak, pembirian sebanyak 135,000 dalam kempen baru-baru ini, akan menjadi sia-sia saja.

Umpama berkata peribahasa, “Seperti membuang garam ke laut”.

Driving Made Easy
Want to get a Malaysian driving license?
This book will show you how.
=> Click here to learn more!


No Comments • Posted in Undang-undang

Comments

Leave a Comment...

Blog Search
Free E-book
Free Ebook
"Driving a Manual Car For Beginners"
>> Click here for instant download!
Recent Comments
  • Julian: Hello Cikgu Yap, I read with great interest how you felt appalled when students who have just obtained their...
  • alif: sebelum ni pon saya ada test kat jpj banyak kali asik gagal jer…sekarang ni tengah tunggu special contact...
  • Windson: Hi, Can I know is the NCD transferable between spouse, parents and children or siblings? For example, if I...
  • tiara zaharen: Cikgu Yap, saya bermasalah dalam sesi pembelajaran mendaki bukit. Saya dapati handbrake kereta tu...
  • nick: Hi, Having a question here, my girlfriend got her L license for car 4 years ago, but she didnt manage to...
  • Ted: Yes I have. Thank you. My father managed to teach me how to slow down steadily and overcome the huge roundabout.
  • John: Thanks for the response. My questions are…. 1. How do I check with JPJ if the car that I traded in with the new...
  • Dan: Hey guys :) …am a 6’2 ft and am having major problems getting my license here in malaysia. Next week i’ll be...
  • city teercy: 1feb 2012 test computer dan lulus 48/50…
  • jojo: that mean that we will stick to the right lane wait until it safe only we make a U turn??
  • tiara zaharen: Mr.Yap. I got serious problem when it comes to climbing hill. I cannot control my left foot on clutch...
  • Why Me?: I recently hit a car in front. The damage was minor. As much as I wanted to settle the case amicably, the...
  • Kah Mun: Mr.Yap, I’m in Form 4 this year and my birthday is on August 25th. Is it true that the Undang exam...
  • Haziq: Cikgu Yap, Kereta saya telah dilanggar,jadi pesalah patut tanggung.Tetapi saya terpaksa guna insurance kereta...
  • Aaron Basedow: Great experience you have shared. Keep posting such an interesting stuff in future, too.
  • amir: thanks a lot for that infomation cikgu yap……
  • Ng: Dear Cikgu Yap, Isn’t there a Union or some association limiting the number of school buses around the...