Penggunaan Dadah Oleh Pemandu-Pemandu Di Malaysia

Pemandu-pemandu Malaysia yang menyalahgunakan sama ada “arak” dan “dadah” akan di dakwa di bawah Seksyen 44 dan 45 (i) A.P.J. ’87 (Akta Pengangkutan Jalan ’87).

Walau bagaimanapun, hasrat hendak mendakwa seseorang pemandu untuk kesalahan-kesalahan tertera di atas itu bukannya mudah.

Sebenarnya, ianya boleh di katakan agak rumit sekali. Terdapat 3 sebab mengapa perkara ini berlaku. Antaranya ialah:

1) Berbeza dengan minum arak, di mana pihak berkenaan, umpamanya Polis atau J.P.J. mempunyai mesin-mesin breathalyzer untuk membantu mereka.

2) Pemandu-pemandu yang di syaki menggunakan “arak” boleh di tahan dan di bawa ke klinik atau hospital untuk siasatan.

3) “Dadah” atau “drugs”, yang juga merupakan sebagai sejenis “ubat-ubatan”, terdapat dalam kebanyakan pil-pil, ubat batuk dan sebagainya.

Terlebih dulu, para pemandu hendaklah menyedari bahawa kebanyakan ubat-ubatan boleh akibatkan keletihan, seseorang itu merasa seakan-akan mengantuk, kehilangan kensentrasi dan ada kalangan juga boleh menghayalkan.

Oleh yang demikian, seseorang pemandu yang berhasrat berpandu, harusnya terlebih dahulu mendapatkan keizinan doktor sebelum mengambil sebarang ubat-ubatan.

Sepertimana di nyatakan lebih-lebih awal lagi, menuduh seseorang pemandu itu terkait hubung dengan penggunaan dadah memang merupakan suatu tuduhan yang sukar di sangkut-pautkan. Oleh demikian, bagaimana pula seseorang pemandu hendaklah di dakwa?

Biasanya, kebanyakan pemandu, khasnya yang membawa atau memandu bas ekspress, yang terlibat dalam nahas kemalangan, akan di syaki terlibat dalam penggunaan “dadah”.

Maka dalam kes-kes seumpama ini, pemandu-pemandu ini akan di hantar untuk siasatan lanjut demi membuktikan sama ada terlibat atau tidak dalam salah gunaan dadah.

Seperti juga kepada para pemandu kenderaan. Di sekatan jalan atau “road blocks” pihak Polis dan J.P.J. senantiasa mengambil langkah bagi mencari-cari para pemandu yang salahgunakan bahan-bahan yang di anggap salah itu.

Pemandu-pemandu yang menpunyai kesan atau tanda-tanda penyalahgunaan dadah, sudah tentu akan di tahan.

Di sekatan jalan, Polis serta pihak-pihak umpamanya J.P.J. menjalankan tugas mencari pemandu-pemandu yang salah. Rupa, pakaian, tingkah-laku seseorang, rambut panjang dan rupa selekeh membantu pihak berkenaan memberkas mereka-mereka yang bersalah.

Kemungkinan ada yang tidak berapa setuju dengan cara-cara kita gunakan untuk mensyaki seseorang. Tetapi demi keselamatan pemandu-pemandu lain haruslah di jaga.

Memandangkan pemandu-pemandu yang salah gunakan dadah itu besar kemungkinan boleh mengakibatkan kemalangan, maka mereka haruslah di berkas.

Undang-undang merupakan undang-undang. Mereka yang menyalahgunakan dadah, hendaklah di berkas. Yang salah, hendaklah di dakwa. Tindakan sepatutnya di jatuhkan ke atas mereka. Tiada pilihan lain.

By | 2012-09-22T10:48:55+08:00 August 24th, 2009|Undang-undang|0 Comments

About the Author:

Leave A Comment