Penggunaan Lampu Depan Xenon Oleh Kereta Di Malaysia

Posted on February 25th, 2010

Adakah Pemandu-pemandu Yang Menggunakan Lampu Depan Xenon Melanggar Peraturan Akta Pengangkutan Jalan 1978?

Saya telah banyak menulis artikal-artikal untuk blog ini tentang hal pemanduan sejak ia di mulakan pada April 2009. Tetapi, artikal hari ini yang saya cuba karya merupakan sesuatu yang tersusah di karang. Kerana dalam usaha mengarang artikal ini, tiada sebarang rujukan yang dapat di perolehi.

Apakah yang saya ingin menulis? Tajuknya berjudul, “Lampu depan kenderaan yang berjenis Xenon”.

Ramai orang sebenarnya mempunyai berbeza pendapat. Ada yang kata salah, ada yang kata tidak pula. Pening kalau hendak mengikut kata-kata orang.

Jadi soalnya ialah salah atau tidak salah!

Telebih dulu, elok saya cuba terangkan istilah lampu xenon. Nanti karang ada yang tidak faham pula.

Lampu depan kenderaan yang berjenis bara, yang sungguh terang-benderang, yang berwarna putih-pelepah sehingga menyakitkan mata kita itu, itulah kononnya lampu xenon.

Katanya, lampu jenis serba moden ini berasal dari Korea. Sudah tentu anda dapat memberi contoh kereta-kereta yang mempunyai lampu depan xenon di pasaran hari ini.

Sebarang akta, sebelum ia di jadikan undang-undang negara harus di luluskan Parlimen terlebih dulu, tahu?

Mengikut pengetahuan saya, tidak ada undang-undang mengenai lampu depan jenis xenon di luluskan sehingga sekarang.

Mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1978, di perintahkan bahawa lampu depan kenderaan hanya boleh menggunakan lampu kuning cerah saja. Ia di katakan lebih sesuai dan tidak menyakitkan mata pemandu.

Lampu depan lain-lain warna tidak di izinkan guna. Lampu belakang pula hendaklah berwarna merah. Lampu signal pula mestilah berwarna oren.

Tetapi malangnya, pemandu-pemandu sekarang main pasang saja. Ada kuning, merah, biru dan apa-apa saja lampu yang mereka minati.

Sebenarnya, kesemua ini salah!

Nanti suatu hari kelak, harap J.P.J. jalankan operasi. Semua pasti di saman, baru padan muka mereka.

Ada satu saja kereta yang di izinkan memasang emblem Proton di depan kenderaan. Kereta Proton!

Mengapa macam ini?

Proton adalah pemasang kereta nasional kita. Itulah sebenarnya. Seperti di nyatakan terlebih dulu, tiada sebarang rang undang-undang yang di luluskan dalam Parlimen begi menggunakan lampu xenon hadapan kereta lagi. Jadi, melanggar pula Akta Pengangkutan Jalan 1978.

Untuk penggetahuan anda, pihak pemasang kereta Proton pernah memasang satu dua jenis model keluaran kilangnya dengan lampu xenon hadapan berjenis xenon. Menurut pegawai-pegawai J.P.J., kenderaan yang di pasang dengan lampu depan xenon di kecualikan daripada tindakan pihak berkuasa.

Tetapi, pemandu-pemandu yang memasang secara sendiri lampu xenon di kedai-kedai aksesori di katakan telah melanggar undang-undang Akta Pengangkutan Jalan 1978 Seksyen 119 (2). Denda untuk kesalahan ini adalah RM150.

Saya pernah menanya seorang pegawai J.P.J. kenapa tidak ada sebarang tindakan tegas terhadap penggunaan lampu depan xenon ini. Katakan beliau, yang menggunakan jenis lampu-lampu ini terdiri daripada anak menteri-menteri dan anak-anak kepada orang yang berada.

Jadi, tindakan tidak dapat di jalankan ke atas meraka. Oleh demikian, kita di Malaysia kini terdapat 2 set rang undang untuk rakyat berhubung dengan masalah ini.

Dalam surat khabar Star keluaran 25 haribulan November 2009, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muyahiddin mengkritik perangai Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai tidak konsiten. Khasnya dalam proses pembikinan keputusan.

Keputusan di atas membuat saya merasa gelak pula. Saya ingin menanya Timbalan Menteri Datuk, bagaimana pula dengan soal lampu xenon kereta pula? Itu konsistenkah?

Bukankah itu pepatah Melayu kata, “Umpama kuali menggelarkan belangga hitam?”

4 Comments • Posted in Undang-undang

Comments

  1. waksekak

    undang-undang di Malaysia memang ok.Cumanya penguatkuasaannya sahaja terlalu longgar. Sesetengahnya ada yang ” double standard” dan pandang bulu. Contohnya pemilik kereta mewah yang dipasang lampu xenon/HDI dikecualikan. Pasal apa dikecualikan… Bagi saya kalau nak dikecualikan , buat jalanraya sendiri… sebab diaorang dah banyak duit sangat …

    • Cikgu Yap

      Saya memang bersetuju dengan pandangan anda.

  2. Hj.Yahya bin Sari

    Kepada Menteri Pengangkutan dan Ketua Pengarah JPJ
    1. Penggunaan tali pinggang kenderaan yang tidak samasekali menyebabkan kemalangan kepada penguna jalanraya lain kecuali diri sendiri itu telahpun ada PERUNTUKAN SAMAN jika tidak menggunakan nya.
    Soalan?
    Bagaimana dengan LAMPU BIRU yang amat MENYILAUKAN pengguna lain yang boleh menyebabkan kemalangan, semakin berleluasa penggunaannya ketika ini,apakah tindakan JPJ untuk masaalah ini atau ia di istilahkan sebagai “SAYA PUNYA SUKA “. Minta Tolong kepada JPJ bertindak untuk keselamatan semua pengguna jalanraya yang mengikut UNDANG UNDANG SEDIADA.

    • Cikgu Yap

      Pandangan anda memangnya benar. Sudah lama ramai telah membuat aduan terhadap penggunaan lampu xenon. Tetapi, malangnya tiada sebarang tindakan tegas yang di ambil sehingga kini.

Leave a Comment...

Blog Search
Free E-book
Free Ebook
"Driving a Manual Car For Beginners"
>> Click here for instant download!
Recent Comments
  • zul: saya beli kereta atas nama sepupu saya.sekarang ni saya hendak buat tukar hak milik ke atas nama saya.dokumen2...
  • Zehan: Hi, I have a valid driving license but embedded into my new “Smart” NRIC, when I approached the inquiry...
  • tan: hi, i recently planned to sell my car to a second hand car dealer, the dealer wan to do B1 and B5 test in...
  • Bala: Excellent& informative site. Thanks. I have a New Zealand and Indian licence. Can I use either one to drive...
  • tan: hi, i recently planned to sell my car to a second hand car dealer, the dealer wan to do B1 and B5 test in...
  • Calvin: Hi Cikgu Yap, I’m an Australian Citizen i hold an Australian Drivers Licence and i come to Malaysia very...
  • Alvin Lee: dear, master yap Thank you very much…for your advice Looking forward to come home…… have...
  • Malaysian Licence & Australian Licence: Hi, i am malaysian & would like to know If i want to convert my...
  • vithu: Hi, im a srilankan currently working in malaysia. i got my international license but the police was telling...
  • lin: slm 1 mlaysia.. cikgu yap pd 12 may lalu saya telah terlibat dlm kemalangan jalan raya saya dari tempat A menuju...
  • lelaki budiman: seorang lady membuat u-turn lalu dilanggar oleh saya…kereta dia kemek di pintu kanan belakang...
  • Bill Millar: Hi Mr Yap, I am from Australia and live in KL. I have a class D Malaysian Drivers Licence and what to...
  • Pixie: Hi Cikgu Yap. My 2 god children (they are twins) are coming back from Australia for holidays during year end....
  • Geraldine Yeoh: Dear Cikgu Yap, My apartment has no enough parking lots even though we did try to rent from...
  • Raien: Hi I`m Raien from Bangladesh. I am a professional driver. I have valid Bangladeshi Professional Driving...
  • Traveller: Dear Cikgu Yap I will be visiting Thailand for a holiday and thought of renting a car. Can we rent a car...
  • Alvin Lee: Dear,,, Master Yap, A Long Way From Home…IRELAND calling…Malaysia is my roots// My Malaysian license...