Jika anda telah di senarai hitamkan ataupun blacklist oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kerana gagal membuat bayaran balik bulanan, anda boleh menghantar surat rayuan untuk pembatalan nama anda dari senarai tersebut.

Surat rayuan boleh di hantar sebelum penghakiman di rekod.

Di dalam surat rayuan, anda perlu besertakan dokumen-dokumen yang telah di tetapkan seperti berikut:

1) Salinan Slip Gaji terkini sekiranya bekerja; atau

2) Penyata pendapatan bagi peminjam yang bekerja sendiri; atau

3) Surat Akuan daripada Pesuruhjaya Sumpah diperlukan sekiranya peminjam tidak bekerja; atau

4) Penyata KWSP yang terkini sekiranya ada; atau

5) Surat Tawaran Belajar jika masih belajar; atau/dan

6) Pengesahan pindaan tarikh tamat pengajian dari IPT jika masih belum menamatkan pengajian.

Ads Notice

Untuk muat turun contoh surat rayuan untuk PTPTN, sila klik link di bawah.

Klik sini untuk muat turun

Ads Notice

Berapa lamakah anda perlu tunggu untuk keputusan rayuan anda?

Keputusan rayuan terpulang kepada pentadbiran PTPTN.

Walau bagaimanapun, keputusan rayuan akan di maklumkan kepada meminjam melalui email ataupun telefon.

Anda juga boleh menyemak keputusan rayuan dengan menghubungi Hotline PTPTN di talian 03-2080 4455.

By | 2017-12-28T16:36:57+08:00 December 28th, 2017|Online Services|0 Comments

About the Author:

Leave A Comment