Komen Terhadap Manual Prosedur Kerja Pengurusan Pengujian

Sistem Manual Prosedur Kerja Pengurusan Pengujian di laksanakan baru-baru ini. Selepas di jalankan hampir-hampir 3 bulan, maka komen boleh di berilah kepada sistem tersebut.

Kini, sistem ini buat kali ulung-ulung berkehendakkan calon-calon menandatangani borang-borang seperti Borang 4 dan kad ujian JPJ L3 secara sendiri.

Langkah di atas memang baik dan di alu-alukan.

Calon-calon sekarang di uji berperingkat-peringkat. Memecahkan calon kepada sessi-sessi tertentu, pada pendapat saya memang baik.

Kalau di bandingkan dahulu, calon-calon tidak perlu datang awal-awal dan menunggu berjam-jam, tetapi tidak di uji pula. Ini membuang masa saja. Suatu sessi biasanya 2 – 2 1/2 jam.

Sekiranya tiada apa-apa halangan, seperti umpamanya “hujan” ataupun “kesesakan di jalan raya”, sudah tentu ujian calon dalam sesuatu sessi itu akan selesai di uji semua.

Seperkara lagi yang di perkenalkan baru-baru ini di dalam sistem “Manual Prosedur Kerja Pengurusan Pengujian” ini adalah peraturan memakai “tali pinggang” ataupun “seat belt”.

Ini memandangkan, sewaktu ujian, biasa berlaku kemalangan. Cerita mengenai kemalangan berlaku sewaktu ujian di institut-institut tertentu sentiasa di dengar.

Jadi peraturan demi keselamatan para calon adalah satu yang bijaksana dan baik yang di buat pihak penguji.

Walaupun peraturan ini menyusahkan calon-calon semasa mereka buat side parking atau menaiki bukit, peraturan ini memang dapat menjamin keselamatan calon secara keseluruhan.

Kiranya pada masa-masa yang lampau, pihak institut memandu di minta sediakan makan-minum bagi para penguji, kini pula arahan di beri memperhentikan amalan ini.

Sebagaimana kita sedia maklum, kaki-tangan J.P.J. hendaklah mematuhi kepada General Orders (G.O.). Saya berpendapat tidak perlu saya terangkan tentang hal ini secara panjang lebar.

Sebelum satu-satu sessi bermula ujiannya, setengah jam di khaskan bagi memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada para calon hari tersebut. Apa-apa kemuskilan yang ada pada calon-calon dapat di soal pada masa singkat ini.

Ada di antara “pengajar-pengajar” berpendapat langkah di atas ini leceh dan menyusahkan. Tetapi sekiranya di tinjau dengan secara baik-baik, kita di dapati bahawa keuntungan lebih daripada keburukannya.

Satu lagi perkara yang di perkenalkan di bawah sistem baru-baru ini adalah ketetapan bahawa calon-calon yang datang lewat akan di larang daripada mengambil ujian hari tersebut.

Walaupun pada mulanya ini memang membangkitkan perasaan marah seorang-dua “instructor” yang kurang setuju dengan procedur ini, saya yakin lama-kelamaan mereka akan menerima keputusan ini secara terbuka.

Kalau “disiplin” tidak di semaikan ke dalam sanubari calon, macam-mana pula mereka boleh di latih menjadi seorang pemandu baik.

Memang ada lagi komen-komen yang saya hendak buat mengenai sistem ini, tetapi oleh kerana ia akan mengambil masa yang agak panjang, maka di sini saja artikal ini berhenti.

By | 2012-09-22T10:51:14+08:00 August 11th, 2009|Sekolah Memandu|2 Comments

About the Author:

2 Comments

  1. Fadhil March 12, 2012 at 1:04 pm - Reply

    Hi, saya ada beberapa soalan mahu ditanya..

    1. katakanlah saya sedang memandu laju dalam gear 4…di hadapan ada simpang kecil ke kanan..maknanya saya perlu berhenti di tengah jalan dan tunggu sehingga kereta dari arah hadapan tiada..baru saya boleh membelok ke kanan…soalan saya,ketika hendak sampai dia simpang ke kanan itu..kereta saya dalam keadaan laju iaitu di dalam gear 4..maka saya perlulah perlahankan kenderaan saya..bagaimana pula dengan gear?adakah saya perlu tukar gear dari 4 – 3 – 2 ?ataupun dari 4 terus pergi ke 2?

    2. Berbalik pada soalan tadi..di simpang itu,perlukah saya mulakan membelok menggunakan gear 1?

    • Cikgu Yap March 16, 2012 at 9:35 am - Reply

      Blia sampai ke tempat belok, perlahan-lahan turn gear dar 4 ke 3, kemudian ke 2. Sekiranya kekurangan masa, maka tukar dari 4 ke 2. Guna gear 1 hanya semasa kenderaan berhenti habis.

Leave A Comment