Ujian Buta Warna Untuk Pelajar Memandu

Posted on August 5th, 2009

Sebelum anda di izinkan menduduki ujian Kod Perjalanan, terlebih dulu anda hendaklah menjalani ujian Buta Warna.

Ini adalah ujian 15 minit.

Jumlah soalan dalam ujian tersebut mengandungi sebanyak 8 soalan saja. Saya di ketahui bahawa kiranya hendak lulus ujian ini, anda haruslah mencapai 8 / 8 soalan betul.

Dengan lulus dalam ujian warna ini, barulah anda di benar terus menduduki ujian Kod Komputer yang berjumlah 50 soalan.

Sekiranya anda tidak berjaya dalam ujian warna ini, maka anda di larang mengambil ujian berkomputer itu. Yang gagal, hendaklah di minta ke pejabat J.P.J. berdekatan untuk berwawancara dengan seorang pegawai jabatan. Kemudian anda di kehendaki ke klinik kerajaan untuk menjalani ujian mata selanjutnya.

Apakah ujian buta warna itu? Sebenarnya, ujian itu mengandungi 3 jenis soalan.

Soalan jenis pertama memerlukan seorang calon itu cuba mencam angka atau lorekan yang ada dalam gambar yang di isi dengan beranika jenis warna. Kiranya anda kurang memahami penjelasan saya ini, sila lihat pada gambarajah di atas.

Soalan jenis kedua itu berkehendakkan seorang calon itu memberi jawapan kepada nombor-nombor kereta yang di tunjuk. Misalnya BBV 9870, CAM 4500 dan sebagainya.

Akhir sekali soalan jenis ketiga ialah calon-calon hendaklah mengenali warna-warna asas, seperti Merah, Kuning, Hijau dan sebagainya.

Seorang pemandu hendaklah sedar apakah warna-warna yang terdapat dalam sesuatu lampu isyarat itu. Sekiranya seorang pemandu tidak tahu atau tidak kenali warna-warna yang ada dalam lampu isyarat, maka suatu hari nanti mungkin akan berlaku kemalangan.

Walaubagaimanapun, terdapat ramai calon yang gagal dalam ujian buta warna ini. Mengapa hal demikian berlaku pula?

Antara sebab-sebab yang membawa kepada kegagalan ialah:
1) Penguasaan Bahasa Inggeris atau Bahasa Malaysia kurang baik.

2) Tidak mahir dalam penguasaan komputer.

3) Perasaan kurang tenteram.

Akhirkata, sebelum mengakhiri artikal singkat ini, para calon di ingatkan supaya belajarlah penggunaan komputer dengan baik. Ini penting, khasnya kepada calon-calon yang telah meningkat umur.

Kebanyakan sekolah-sekolah memandu memiliki komputer di pejabat-pejabat mereka. Ke sana untuk mempelajari komputer. Kalau rajin ke pejabat sekolah memandu mempelajari penggunaan komputer, sudah tentu anda akan menemui kejayaan suatu hari kelak.

Harap moga-moga dapat kelulusan yang anda idamkan. Selamat maju dan jaya!


28 Comments • Posted in Ujian Buta Warna

Comments

  1. anafiza

    Hanya berkongsi pendapat. Saya berasa kasihan dengan individu yang mengalami rabun warna. Tidak layak untuk memiliki lesen memandu. mengapa tidak lampu isyarat diubah suai untuk membantu individu bermasalah ini. Mereka juga perlu bekerja dan ingin memiliki lesen dan memandu. Ubah suai yang dimaksudkan bukanlah mengenai warna. Tapi mengubah dari lampu bulat kepada lampu berbentuk abjad atau huruf yang membawa makna identiti lampu tersebut.

    • admin

      Anafiza,

      Calon yang gagal ujian mata akan di beri peluang uji mata di klinik kerajaan.

      Cadangan Fiza tentang warna / bentuk lampu isyarat adalah baik. Tetapi lampu isyarat adalah standard antarabangsa. Ia tidak dapat di ubahsuai.

      ‘Cikgu Yap

  2. rafiqy

    Saya nak tanya macam mana nak but ujain berkomputer dalam internet. Boleh tak awak bagi tahu?

    • admin

      Saudara Rafiqy,

      Maaf, tiada test computer melalui internet.

      ‘Cikgu Yap

  3. sharil

    saya ini nak katakan rabun warna tidak, tapi warna-warna asas saya tahu lah. Dan saya buat ujian buta warna 2 betol banyak dari salah…tetapi ada sesetengah nombor saya nampak, sesetengah lagi tidak, kenapa???

    • admin

      Saudara Sharil,

      Ujian buta warna tidak lulus tidak mengapa. Anda akan di minta J.P.J. pergi klinik kerajaan untuk jalankan uji warna biasa.

      Dengan keputusan di atas, anda di benarkan duduki ujian komputer.

      ‘Cikgu Yap

    • paiz

      masalah aku samer macam ko la sharil.. aku tak nampak semua nombor, aku jawab 2-3 jer yg betul, yg lain sumer salah.. tp warna2 asas aku dapat cam.. yg warna2 hampir2 tu aku tak dapat cam.. camner nih.. aku kena wat medical check up utk kerja baru aku.. klu tak lulus, tak dapat la aku kerja tu…

      • Cikgu Yap

        Kira gagal ujian buta warna kena pergi ke JPJ jumpa pegawai sana.

  4. Shaiful

    Jadi jika seseorang yang buta warna itu gagal dalam ujian buta warna adakah dia mempunyai peluang untuk mendapatkan lesen kereta?maksud saya selepas membuat uji mata di klinik kerajaan?

    • admin

      Saudara Shaiful,

      Selepas menjalani ujian mata (biasa) di klinik kerajaan, di dapati Lulus, anda boleh jalankan ujian berkomputer 50 soalan.

      ‘Cikgu Yap

  5. Am

    Jadi, seseorang yang buta warna harus mengambil ujian berkomputer dahulu sebelum ke klinik kerajaan?

    • admin

      Saudara Am,

      Sebelum hadapi ujian objektif 50 soalan, anda terpaksa melepasi ujian buta warna 8 soalan. Kalaunya gagal, anda hendaklah ke pejabat menjumpai pegawai.

      Anda akan di minta ke klinik kerajan untuk menjalani ujian warna biasa.

      ‘Cikgu Yap

      • AKu

        Kalau da tau memang buta warna, boleh ke pergi JPJ & klinik kerajaan dulu buat pemeriksaan?

        so tak perlu la amik test warna sedangkan da tau tak lepas..

        • Cikgu Yap

          Harus ke pusat komputer ambil test komputer dulu.

  6. Ahmad Zairi Zaidi

    Salam sejahtera

    Saya mempunyai masalah penglihatan di mana saya tidak
    dapat melihat jarak jauh walaupun memakai cermin mata.

    Walaupun saya tidak dapat lihat jauh, saya masih boleh melihat
    sesuatu di hadapan seperti warna lamupu isyarat ketika saya
    berada dalam kereta.

    Saya juga telah cuba tengok pada gambar di internet untuk test
    buta warna. Saya rasa saya tiada masalah buta warna.

    Cuma saya tidak pasti nombor yang terdapat pada gambar tersebut.
    Saya memerlukan masa untuk mengecam nombor-nombor itu.
    Mungkin kerana titik-titik warna yang kecil.

    So, boleh ke saya mabil lesen memandu?

    • admin

      Saudara Ahmad Zairi,

      Jangan khuatir. Hadiri ke ujian barulah tahu.

      Bila dah dapat keputusan, barulah boleh bertindak.

      ‘Cikgu Yap

  7. Habisaku

    I think that i will pass the Bahagian i test! I can and i will pass it!

  8. Habisaku

    Saya ada 1 permintaan kepada Cikgu Yap.Bolehkah anda tolong senaraikan proses untuk mendapatkan Lesen L hingga P bermula daripada tarikh pendaftaran.Selain itu,apakah pakaian yang sesuai untuk menghadiri setiap ujian yang diadakan.Terima kasih.

    • admin

      Saudara Habisaku,

      Dengan keyakian begitu ketara, saya rasa konfiden anda akan berjaya.

      Tentang pakaian sempuna, sila baca article ==> Correct Attire To Wear When Taking Driving Lessons

      Saya akan menulis rencana khas tentang proces mendapatkan lesen dar “L” hingga “P” kemudian kelak.

      Harap sabar dan tunggu artikal di siarkan.

      ‘Cikgu Yap

  9. LADI PINI

    baru lepas computer test dan akhir gagal dipermulaan jalan..gagal ujian warna 7/8 dimana kita perlu lulus 8/8. Rasa nak mengamuk pun ada.

    • Cikgu Yap

      Terpaksa pergi ujian mata dekat klinik kerajaan.

  10. sidi

    kalau dah ada lesen D, nak mndapat kan lsen p.s.v perlukah menjalani ujian buta warna sekali lg

    • Cikgu Yap

      Doktor klinik biasanya jalani ujian mata ringkas untuk calon P.S.V.

  11. Habisaku

    Haha saya dah dapat lesen P untuk kelas B2.Mekaseh Cikgu Yap.

    • Cikgu Yap

      Kami bangga dengan kejayan anda. Syabas!

  12. fohz

    kepada pihak yg b’kenaan,
    saya telah gagal dlm ujian rabun warna, apa yg saya perlu tahu ialah..apa akan dilakukan oleh pihak JPJ kpd saya dan selepas didapati telah selasai dlm urusan JPJ, adakah saya perlu mengambil lagi ujian komputer yg sama formatnya dgn yg sebelumnya iaitu kena lulus 8 soalan ujian rabun warna baru dibenarkan utk teruskan soalan yg seterusnya?

    • Cikgu Yap

      Yang gagal ujian warna komputer perlu jumpa pihak JPJ. JPJ akan arahkan anda pergi ke klinik kerajaan untuk ujian mata. Selepas itu, JPJ akan memberi arahan kepada seseorang calon.

Leave a Comment...

Blog Search
Free E-book
Free Ebook
"Driving a Manual Car For Beginners"
>> Click here for instant download!
Recent Comments
  • Worry Rock: Dear Cikgu Yap, first of all, I’m a P holder and I almost got involved with a major accident today....
  • Daniel: Hi, I currently hold a Malaysian P License and i’m going to Bali on holiday next month. Can I use my...
  • Harald: hi cikgu yap, i m harald and i m studying in perth, i just got my western aussie driver’s license...
  • Johnson: Greeting, My wife is a Malaysian and she need to convert her Malaysia Driving Licence to Singapore Driving...
  • Cheah Keng Woo: Hi Cikgu Yap, I took my license in 1999 and I have renew my license ever since 5 years. However, the...
  • yk: Hi, I am working in singapore and my Malaysia driving licence has expired for 2 years. Can i still renew it??...
  • Anne: Hi, I wish to apply for an internation license in Malaysia. I am a Malaysian and hold a valid driver’s...
  • wan: thanks cikgu sbb sudi menjawab pertanyaan saya. sebelum ini sy menetap d Johor, kini sy telah berpindah ke...
  • hairi: sekarang ncd saya 40%. macam mana kalau sya jual kereta saya sekarang dan beli kereta lain.. adakah blh saya...
  • tgk: Dear Sir, i am looking for a 2nd hand car and recently test drive one which i am very comfortable with. The...
  • amar: the retest fee is very high.mine was RM 170.the is school offering “pakej sampai lulus” but for me...
  • Andy: Hi Cikgu Yap Today I tried to renew my road tax and found that it was blocked. After some investigation I...
  • sabrina: saya ni pemegang lesen L kelas b2. saya dapat surat mahkamah kerana kesalahan membonceng seorang lagi. saya...
  • mamat: cikgu,my GDL expired almost 1 year.How can I renew my GDL as I now at oversea? Need your help…
  • Brendy: Hi there Cikgu Yap. I am a Malaysian but holds an Australian Driving License. I am back in Malaysia for...
  • eekim: hi cikgu Yap..hr khamis ni sy akan ada jalani QTI kereta.. sy rasa takut sangat nk hadapi nye.. pgajar sy ckp,...
  • chelsea: cikgu,lesen p motor saya telah hilang …apa yang hendak saya buat ?
Recent Readers
Add to Technorati 

FavoritesEducation and 

Training Blogs - BlogCatalog Blog 

Directory