Bayangkanlah senario ini.

Anda mempunyai lesen memandu Competent Driving License (CDL) Malaysia.

Anda sangat sibuk dengan kerja di pejabat.

Pada satu hari, anda mengeluarkan lesen memandu anda dan di dapati ianya akan luput (expired) berapa hari nanti.

Masa untuk renew lesen memandu anda.

Apakah cara yang paling baik?

Adakah anda perlu mengambil cuti daripada kerja untuk pergi ke pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Urban Transformation Center (UTC) ataupun ke pejabat Pos?

Adakah anda perlu mendapatkan bantuan daripada seorang kawan karib ataupun runner untuk memperbarui lesen anda?

Ini bukan penyelesaian yang terbaik.

Lesen memandu anda sebenarnya boleh di perbarui secara online.

Malaysia kian hari semakin menukar ke proses digital.

Banyak cawangan servis kerajaan Malaysia kini boleh di lakukan secara online.

Sebenarnya, terdapat banyak portal online yang boleh renew lesen memandu anda.

Tetapi, untuk artikal ini, saya cuma akan mengesyorkan satu portal sahaja…iaitu MyEG.

Portal MyEG

Portal online MyEG

MyEG Official Web site

Anda boleh mengunjungi portal rasmi MyEG di www.myeg.com.my.

Di portal MyEG, anda bukan sahaja hanya boleh renew lesen memandu, terdapat juga servis lain yang anda boleh gunakan.

Servis-servis lain termasuk:

1) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Membayar cukai taksiran dan saman DBKL.

2) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)

Semak markah Sistem Kejara dan memperbarui lesen memandu.

Anda juga boleh membayar cukai jalan, memperbarui Learner’s Driving License (LDL) ataupun Lesen L dan tukar empunya sesebuah kenderaan.

3) Jabatan Imigresen Malaysia

Memperbarui permit pekerja asing dan permit kerja pembantu rumah.

4) Polis Di Raja Malaysia (PDRM)

Semak dan membayar saman daripada pihak Polis.

5) Jabatan Pendaftaran Malaysia (JPN)

Untuk JPN, anda boleh menghantar permintaan untuk menggantikan MyKad yang telah hilang, pergantian MyKad biasa dan pergantikan untuk memory chip kad yang telah rosak.

Untuk servis JPN, MyEG tidak akan menghantar MyKad.

Sebaliknya, anda perlu pergi ke pejabat JPN untuk mengambil MyKad anda yang telah siap.

6) Zakat

Di MyEG, anda juga boleh membuat taksiran dan membayar zakat untuk individu.

7) Jabatan Insolvensi Malaysia

Semak status muflis individu ataupun syarikat di dalam pengkalan data “E-Insolvency”.

FAQ – Soalan-soalan

Ada banyak pemandu di Malaysia yang masih tidak tahu lesen mereka boleh di perbarui dengan menggunakan portal MyEG.

Berikut adalah soalan-soalan yang biasa di tanya.

1) Adalah anda perlu berdaftar dengan MyEG sebelum dapat memperbarui lesen memandu?

Ya, anda perlu berdaftar dahulu dengan MyEG untuk menggunakan servis mereka.

Pendaftaran adalah percuma.

2) Bilakah tarik effektif selepas lesen memandu di perbarui secara online?

Tarikh effektif lesen memandu anda akan bertukar kepada tarikh lahir anda.

3) Apakah kelas lesen mamandu Malaysia yang boleh di perbarui di portal MyEG?

Anda boleh memperbarui lesen Kelas D (kereta) dan Kelas B (motosikal).

Anda juga boleh memperbarui semua kelas lesen yang di iktiraf JPJ.

4) Jika anda mempunyai Probationary Driving License (PDL), bolehkah anda memperbarui lesen anda di MyEG?

Untuk memegang lesen PDL, anda perlu merujuk ke pejabat JPJ.

MyEG hanya boleh memperbarui Competent Driving License (CDL).

5) Bolehkah anda memohon International Driving Permit (IDP) di MyEG?

Pada masa kini, anda tidak boleh memohon International Driving Permit melalui MyEG.

Untuk maklumat lanjut bagaimana momohon IDP, click sini.

6) Bagaimanakah anda boleh mendapatkan slip pembaruan lesen?

Terdapat 3 cara untuk mendapatkan slip:

  • Penghantaran terus ke alamat rumah anda
  • Dapatkan slip di pejabat e-servis MyEG
  • Informasi di masukkan ke dalam MyKad anda

7) Berapa lamakah slip pembaruan lesen akan sampai ke alamat rumah?

Paling lama, 5 hari.

8) Apakah cara pembayaran untuk pembaruan lesen memandu?

  • Dengan kad kredit
  • Melalui perbankan internet
  • E-cash (Di institut memandu sahaja)

9) Berapa lamakah lesen memandu boleh di perbarui?

Maksimum adalah 5 tahun.

10) Berapakah kos pembaruan lesen memandu?

  • 1 tahun – RM30
  • 2 tahun – RM60
  • 3 tahun – RM90
  • 4 tahun – RM120
  • 5 tahun – RM150

11) Adakah anda perlu hantar gambar anda?

Tidak perlu.

Slip pembaruan lesen adalah sama dengan slip yang di jana di pejabat Pos dan JPJ.

Slip Lesen

Slip pembaruan lesen memandu

12) Bolehkah anda memperbarui lesen memandu yang luput hari ini?

Anda hanya boleh memperbarui lesen sebelum ataupun selepas tarikh luput.

Jika tarikh luput adalah hari ini, anda di nasihatkan untuk pergi ke pejabat JPJ.

13) Lesen memandu anda telah luput melebihi 4 tahun. Bolehkah and memperbarui lesen anda di MyEG?

Anda tidak boleh memperbarui lesen memandu Malaysia yang telah luput melebihi 3 tahun.

Anda perlu mendapatkan lesen memandu yang baru.

Anda di nasihatkan untuk pergi ke pejabat JPJ.

Kesimpulan

Jika anda mempunyai CDL dan lesen anda akan luput tidak lama lagi, anda tidak perlu mengambil cuti untuk pergi ke pejabat Pos ataupun pejabat JPJ untuk memperbarui lesen anda.

Cara yang lebih mudah ialah memperbarui lesen anda secara online.

Anda boleh menggunakan portal MyEG.

Memperbarui lesen yang sudah luput adalah cepat dan mudah.

Ingat, memandu dengan lesen yang sudah luput adalah satu kesalahan yang serius.

Jangan tunggu lagi!
Portal MyEG

By | 2022-12-23T10:25:15+08:00 December 22nd, 2022|Renew License|0 Comments

About the Author:

Leave A Comment