Ujian Komputer Archives - The Driving School Blog - By a Seasoned Driving Instructor https://driving-school.com.my/category/ujian-komputer/ Writings By a Driving Instructor With 40+ Years Teaching Experience Fri, 23 Dec 2022 02:22:00 +0000 en-US hourly 1 Lulus Ujian Komputer Lesen Memandu | Versi Baru 2023 https://driving-school.com.my/ujian-komputer/tips-untuk-lulus-ujian-komputer-jpj/ https://driving-school.com.my/ujian-komputer/tips-untuk-lulus-ujian-komputer-jpj/#comments Wed, 21 Dec 2022 19:06:00 +0000 http://driving-school.com.my/?p=532 Analisis ujian komputer Kod Jalan Raya (Highway Code) & cara-cara untuk Lulusnya Ramai menulis kepada blog Driving School Malaysia ini "bersungut" kononnya mereka rasa sungguh hampa kerana menghadapi ujian komputer "Kod Jalan Raya". Ada yang sudah gagal buat 2 - 3 kali. Siapa yang tidak merasa "hampa" dalam keadaan demikian. Tetapi nasihat saya adalah, jangan [...]

The post Lulus Ujian Komputer Lesen Memandu | Versi Baru 2023 appeared first on The Driving School Blog - By a Seasoned Driving Instructor.

]]>

ujiankomputer

Analisis ujian komputer Kod Jalan Raya (Highway Code) & cara-cara untuk Lulusnya

Ramai menulis kepada blog Driving School Malaysia ini “bersungut” kononnya mereka rasa sungguh hampa kerana menghadapi ujian komputer “Kod Jalan Raya”.

Ada yang sudah gagal buat 2 – 3 kali. Siapa yang tidak merasa “hampa” dalam keadaan demikian.

Tetapi nasihat saya adalah, jangan begitu senang putus asa.

Ingat, kalau anda cuba dan cuba dan cuba lagi, pasti pada akhirnya anda akan menemui “kejayaan”.

Percayalah saya.

Untuk mukluman para pembaca, saya sendiri menduduki Peperiksaan S.T.P.M. atau H.S.C. (Higher School Certificate) sebanyak 7 – 8 kali sebelum mencapai sijil lulus akhirnya.

Kepada yang sudah hampa sebab gagal beberapa kali dah, jangan “give up”.

Teruskan berusaha! Jangan lupa, lesen memandu itu mustahak.

Ia penting. Khasnya kepada seorang wanita.

Saya akan mencuba sedaya-upaya untuk membantu anda lulus dalam Kod Jalan Raya atau “Highway Code” ini.

Sebenarnya, mungkin pengajar anda yang salah.

Dia mungkin tidak bekalkan anda dengan segala buku-buku, risalah-risalah, tape-tape atau C.D. yang ada dalam pasaran.

Tetapi dalam hal ini, mungkin anda juga yang salah.

Tanya pengajar atau instructor anda kalau ia boleh sediakan anda dengan:

i) Buku teks.

ii) Buku Ulangkaji 500 soalan.

iii) C.D. atau disk 500 soalan.

Tetapi, jangan semata-mata cepat tuduh instructor yang salah saja.

Anda bagaimana?

Persediaan anda sebelum ke bilik komputer cukupkah?

Andai anda dah bersedia bersungguh-sungguh dan akhirnya gagal juga, lainlah ceritanya.

Baik.

Ke arah bagaimana hendak membantu calon-calon yang merasa sukar untuk lulus kertas “Highway Code” ini?

Kena ingat, untuk Lulus kertas ini, anda Mesti memperolehi 84%.

Itu sebenarnya adalah A1 tahu.

Section “A” ada 15 soalan.

Baca bahagian ini dengan baik.

Lagipun bahagian ini “Tanda Isyarat”. Penting!

Kalau buat salah banyak-banyak, macam mana boleh?

Biar saya soal awak satu soalan. “No Entry” bolehkah masuk?

Lagipun kiranya “Double Line” anda memotong kereta bolehkah?

Jadi nasihat saya mudah saja.

Baca atau sedia Bahagian A ini bersungguh-sungguh. Jangan, kalaunya boleh, buat salah satupun di bahagian ini.

Section B ada 25 soalan. Soalan-soalan tentang “Panduan Berhemat”.

Tajuk-tajuknya termasuk:

i) Halangan

ii) Kesihatan

iii) Peraturan Jarak

iv) Kecemasan

v) Olah gerak dan banyak lagi.

Daripada 25 soalan, anda jangan buat Salah lebih daripada 3 atau 4 kesalahan maximumnya.

Jadi jangan salah lebih daripada itulah.

Pendikata hendaklah bersedia bersungguh-sungguh!

Akhirnya Section C 10 soalan. Tajuk-tajuk:

i) Jenis lesen

ii) Sistem Demerit

iii) Hal-hal motosikal

iv) Akta Pengagkutan Jalan ’87

Di bahagian ini, anda diizinkan buat 2 – 3 soalan salah saja.

Rumusnya, kita kira balik kesalahan-kesalahan.

Tiada kesalahan di bahagian A, 3 atau 4 soalan di Bahagian B dan maximum 2 -3 soalan salah di Bahagian C.

0 + 4 + 3 = 7 kesalahan keselurahannya.

Markah lulus ialah 42 / 50.

Dengan hanya melakukan 7 kesalahan saja, anda akan Lulus!

Sebenarnya, lulus atau tidak, semuanya di tangan anda!

The post Lulus Ujian Komputer Lesen Memandu | Versi Baru 2023 appeared first on The Driving School Blog - By a Seasoned Driving Instructor.

]]>
https://driving-school.com.my/ujian-komputer/tips-untuk-lulus-ujian-komputer-jpj/feed/ 139
Etika Pakaian Yang Seharusnya Di Patuhi Oleh Bakal Calon Pemandu https://driving-school.com.my/ujian-komputer/etika-pakaian-yang-seharusnya-di-patuhi-oleh-bakal-calon-pemandu/ https://driving-school.com.my/ujian-komputer/etika-pakaian-yang-seharusnya-di-patuhi-oleh-bakal-calon-pemandu/#comments Thu, 24 Sep 2009 12:18:55 +0000 http://driving-school.com.my/?p=928 Semasa di sekolah, guru-guru sentiasa menasihatkan kami supaya berpakaian kemas dan bersopan. Hari ini, pihak institut memandu yang bertanggungjawab bagi kendalikan kursus K.P.P. (Kursus Pendidikan Pemandu). Mungkin terdapat pihak yang ingin tahu, apa dia itu kursus tersebut di atas itu. K.P.P. merupakan kursus mahupun kuliah 5 Jam yang wajib di hadiri oleh seseorang bakal calon [...]

The post Etika Pakaian Yang Seharusnya Di Patuhi Oleh Bakal Calon Pemandu appeared first on The Driving School Blog - By a Seasoned Driving Instructor.

]]>

Semasa di sekolah, guru-guru sentiasa menasihatkan kami supaya berpakaian kemas dan bersopan. Hari ini, pihak institut memandu yang bertanggungjawab bagi kendalikan kursus K.P.P. (Kursus Pendidikan Pemandu).

Mungkin terdapat pihak yang ingin tahu, apa dia itu kursus tersebut di atas itu.

K.P.P. merupakan kursus mahupun kuliah 5 Jam yang wajib di hadiri oleh seseorang bakal calon pemandu sebelum beliau menduduki peperiksaan atau ujian Kod Perjalanan Jalanraya atau “undang-undang”.

Selepas inilah Lesen “L” atau L.D.L. (Lerner Driver’s License) baru di keluarkan.

Dengan ini, barulah seseorang itu boleh mula belajar memandu.

J.P.J. atau pihak yang bertanggungjawab, seringkali membuat lawatan ke pusat institut memandu bagi merinyu atau mengawasi bagaimana kursus-kursus K.P.P. di kendalikan oleh pihak institut memandu.

Kepada para penceramah, ini di anggap sebagi spot check.

Semasa menjalani “spot check”, di antara perkara yang biasanya di lihat atau di semak pegawai-pegawai adalah pendaftaran calon, kehadiran dan paling di utamakan ialah “etika berpakaian” calon-calon sekalian.

Untuk tujuan tersebut di atas, pihak J.P.J. sebenarnya telah keluarkan sebuah “circular” atau surat pekeliling tentang pakaian yang hendaklah di ikuti oleh para calon kursus.

Jadi, sekiranya pihak institut tidak hendak di persalahkan, mereka haruslah mematuhi kepada syarat-syarat yang termaktub di circular tersebut.

Calon-calon yang bertujuan menghadiri sebarang kursus atau ceramah, hendaklah menentukan “penampilan” dan cara berpakaian kemas, sopan dan tidak berunsur negatif.

Di bawah adalah “cara pakaian” bagi kedua-dua jantina yang ingin menghadiri kuliah-kuliah.

Lelaki

1) “Shirt” atau baju berkolar.

Kemeja berlengan T- shirt / kemeja tanpa kolar dan lengan dengan motif yang beransurkan negatif tidak di benarkan.

2) Seluar panjang.

Seluar pendik yang berunsurkan negatif tidak di benarkan.

3) Kasut penuh.
Sandal dan selipar tidak di benarkan.

4) Rambut.

Kelihatan kemas.

5) Aksesori.

Topi, barangan perhiasan seperti “subang” dan rantai tidak di benarkan.

6) Barangan larangan.

Bahan rujuk, telefon bimbit dan beg tangan tidak di benarkan di bawa masuk be bilik ujian.

Perempuan

1) Shirt berkolar atau lengan.

T-shirt kemeja tanpa kolar atau lengan dengan motif yang beransur negatif atau tidak sopan tidak di benarkan.

2) Skirt – Di bawa paras lutut.

Belah kain yang keterlaluan di bahagian tepi dan depan serta skirt pendik tidak di benarkan.

3) Seluar.

Di cadangkan seluar panjang.

Seluar pendik beransur negatif atau tidak bersopan tidak di benarkan.

4) Kasut penuh.

Selipar tidak di benarkan.

5) Aksesori.

Topi / aksesori yang keterlaluan tidak di benarkan.

6) Barangan larangan.

Bahan rujukan, telefon bimbit dan beg tangan di larang bawa masuk ke dalam bilik ujian.

Dengan artikal ini, maka di harapkan calon-calon yang ingin menghadiri kursus K.P.P. kemudian kelak akan tahulah etika berpakaian yang perlu di amalkan.


The post Etika Pakaian Yang Seharusnya Di Patuhi Oleh Bakal Calon Pemandu appeared first on The Driving School Blog - By a Seasoned Driving Instructor.

]]>
https://driving-school.com.my/ujian-komputer/etika-pakaian-yang-seharusnya-di-patuhi-oleh-bakal-calon-pemandu/feed/ 11