Lesen percubaan P

Setelah anda sudah lulus kesemuan ujian memandu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), anda akan di beri lesen memandu percubaan ataupun Probationary Driving License (PDL).

Matlamat lesen percubaan adalah memberi anda lebih masa dan peluang untuk meningkatkan teknik, kemahiran dan pengalaman memandu anda di jalan raya.

Masa percubaan memandu anda adalah 2 tahun.

Ingat, di dalam masa 2 tahun ini, terdapat beberapa syarat ketat yang anda harus ikuti.

Malaysian driving license

Probationary Driving License

Syarat-syarat adalah seperti berikut:

1) Membawa lesen percubaan PDL anda ketika anda memandu

2) Langsung tidak boleh minum alkohol sebelum memandu.

Taraf alkohol di dalam nasaf, darah dan air kencing mesti berada di tahap 0.00%.

3) Mempamerkan tanda pengenalan ataupun sticker P di hadapan dan belakang kenderaan.

Jika anda di dapati melanggar mana-mana satu syarat di atas, anda telah melakukan satu kesalahan di bawah Kaedah 15A Kaedah-kaedah Kenderaan Motor (Lesen Memandu) 1992.

Anda boleh di dakwa di bawah Seksyen 119 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Apakah hukumnan jika anda di sabit kesalahan?

Bagi kesalahan pertama, anda boleh di denda RM2000 atau 6 bulan penjara.

Untuk kesalahan kedua dan seterusnya, anda akan di denda RM4000 atau 12 bulan penjara atau kedua-duanya.

Sistem mata demerit

Selain daripada 3 syarat ketat di atas, pemegang lesen percubaan P juga di kehendaki mematuhi sistem mata demerit KEJARA.

Jika anda mengumpul 15 ataupun lebih mata demerit, lesen memandu percubaan anda akan di batalkan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan Malaysia.

Jika lesen P anda di batalkan, anda di larang memegang ataupun memohon apa-apa lesen termasuk lesen belajar memandu (Learner’s Driving License) untuk tempoh 12 bulan daripada tarikh penyerahan lesen percubaan anda.

Selepas tempoh larangan 12 bulan, anda di kehendaki mengulangi kesemua proses untuk mendapatkan lesen memandu di Malaysia.

Selepas lulus ke semua ujian, anda akan di beri lesen percubaan P dan tentunya anda terpaksa mengulangi tempoh percubaan selama 2 tahun.

Renew lesen P ke lesen kompeten CDL

Setelah tempoh 2 tahun, anda layak untuk renew lesen P anda ke lesen besar Competent Driving License (CDL).

Ingat, anda mesti memenuhi syarat sistem mata demerit KEJARA.

Jika anda tiada mengumpulkan 15 mata demerit, anda boleh renew lesen P anda.

Kebanyakan pemegang lesen P tidak tahu, sebenarnya anda boleh memohon penukaran lesen P anda ke lesen kompeten penuh 7 hari sebelum tamat tempoh percuban.

Jadi, anda boleh renew lesen P ke CDL awal seminggu.

Berapakah tempoh masa untuk renew lesen P?

Tempoh masanya adalah 1 tahun daripada tarikh tamat tempoh percubaan.

Adakah anda akan di denda jika anda lupa, lewat ataupun lambat renew lesen P?

Sebenarnya, anda tidak akan di denda.

Tetapi, tarik tamat lesen memandu akan di selaraskan dengan tarik lahir anda.

Jika anda lewat ataupun lambat renew lesen P, anda di kehendaki membayar lebih sedikit untuk samakan tarik lesen dengan tarik lahir.

Bayarannya tidak banyak, cuma RM15 sahaja dan tarikh lesen tamat tempoh di tambah 1 tahun.

Berapakah harga untuk renew lesen P ke CDL?

Harga pembaruan lesen bergantung kepada tempoh lesen yang anda pilih.

Anda boleh pilih renew lesen kompeten sehingga maksimum 5 tahun.

Berikut adalah harga bayaran rasmi daripada JPJ:

1 tahun – RM30

2 tahun – RM60

3 tahun – RM90

4 tahun – RM120

5 tahun – RM150

Di mana renew lesen P?

Di manakah anda boleh renew lesen percubaan anda?

Lesen P boleh di tukar ke lesen penuh CDL di pejabat-pejabat JPJ dan Urban Transformation Centre (UTC).

Apakah prosedur untuk renew lesen P?

Prosedurnya adalah amat mudah.

Pergi ke pejabat JPJ ataupun UTC yang terdekat.

Ambil nombor dan tunggu giliran anda.

Bila nombor anda di panggil, pergi ke kaunter dan beritahu pegawai bertugas anda ingin tukar lesen P ke lesen kompeten CDL.

Serahkan kad pengenalan dan lesen P anda.

Beritahu pegawai bertugas berapa tahun anda hendak renew lesen.

Jika anda ingin tukar gambar di lesen, bawa bersama gambar sendiri berlatar belakang putih berukuran 25 mm x 32 mm.

Anda juga boleh kekalkan gambar lesen P ke lesen CDL, cuma beritahu pegawai bertugas.

Buat bayaran dan tunggu.

Lesen CDL anda akan di cetak dalam beberapa minit sahaja.

Bolehkah anda renew lesen P di Pejabat Pos Malaysia?

Malangnya tidak boleh.

Apabila anda tukar lesen percubaan ke lesen kompeten, anda akan di beri kad lesen yang baru tanpa tanda “P”.

Di Pejabat Pos, anda boleh renew lesen kompeten anda dan anda akan di beri slip pembaruan lesen.

Slip

Slip pembaruan lesen memandu

Bolehkah anda renew lesen P di laman MyEG online?

Tidak boleh.

Servis di laman MyEG adalah sama dengan servis di Pejabat Pos.

Anda hanya boleh menggunakan MyEG and renew lesen CDL anda yang tamat tempoh.

Kesimpulan

Sebagai pemegang lesen P, anda di kehendaki melalui tempoh percubaan memandu selama 2 tahun.

Jika anda tidak mengumpul 15 mata demerit dalam tempoh 2 tahun, anda layak untuk renew lesen P ke lesen full kompeten ataupun Competent Driving License (CDL).

Masa yang di beri untuk menukar P and CDL adalah 1 tahun.

Tiada denda yang akan di kenakan jika anda lewat renew P ke CDL.

Anda cuma perlu membayar RM15 untuk menyelaraskan tarikh tamat tempoh lesen dengan tarikh lahir anda.

Tapi, masalahnya ialah jika anda tidak renew lesen percubaan ke CDL melebihi 1 tahun daripada tarikh tamat tempoh percubaan.

Jika insiden ini berlaku, anda akan di kehendaki melalui semula prosedur untuk mendapatkan lesen memandu di Malaysia.

Jangan biarkan ini berlaku kerana anda akan membazir wang dan masa.

Adakah lesen P anda sudah tamat tempoh?

Keluarkan lesen daripada beg ataupun dompet dan periksaan tarikh tamat tempoh sekarang juga.

By | 2017-10-04T22:04:37+08:00 June 8th, 2017|Lesen Memandu|12 Comments

About the Author:

12 Comments

  1. Hoi June 1, 2018 at 8:22 am - Reply

    Terima kasih

  2. K June 18, 2018 at 1:25 am - Reply

    Terima Kasih atas penjelasan.

  3. Kam August 8, 2018 at 4:23 pm - Reply

    Tolong beri information undi yang lebih tepat, Leiden P ke Leiden penuh hanya boleh di boleh 3 hari sebelun Tamat tempoh. Hanya boleh di lakukan di JPJ tidak boleh di UTC JPJ juga. Semua informasi dari Kata pegawai in kaunter.

  4. Tan August 10, 2018 at 2:41 am - Reply

    Helo cikgu, lesen p dah tamat nak renew kene kos berapa?

  5. wan jinjang August 27, 2018 at 3:08 pm - Reply

    info yang sangat berguna. terima kasih

  6. Wan October 15, 2018 at 11:30 pm - Reply

    Kalau P ke CDL utk b2 dan D sama harga atau pon ada tambahan lain? Sbb buat skali b2 dan D.

    • ayu September 7, 2019 at 4:57 pm - Reply

      lesen p sy dah tamat tempoh pada 19/10/2018 sempat lagi ke sy renew lesen p ke cdl.. berpakah denda

  7. Nguyenhuyhongyen April 23, 2019 at 1:27 pm - Reply

    Lesen P bulan 8 tahun2019 baru tamat….skrg saya bokeh ke mintak tukar lesen C awal 3 bulan boleh ke cikgu

  8. A August 19, 2019 at 10:13 pm - Reply

    Salam, lesen P saya telah tamat pada 5/5/2018, saya masih belum tukar ke cdl, tapi tarikh lahir saya adalah 24/10, jadi adakah lesen P saya masih valid untuk ditukar mengikut tarikh lahir atau kena ulang semula?

  9. Intan September 27, 2019 at 10:40 pm - Reply

    Hai. Saya telah melakukan satu kesalahan (tanpa sengaja iaitu tidak mempamerkan stiker P pada motor), kerana saya baru sahaja beli motor dan tidak sempat untuk membeli stiker tersebut. Haritu saya kena saman, esok nya juga saya terus bayar denda kompaun. Ini adalah kesalahan pertama saya. Adakah saya masih layak renew ke Lesen CDL? Tarikh expired Lesen P saya adalah pada bulan 3 tahun hadapan.

    • Cikgu Yap September 28, 2019 at 2:43 pm - Reply

      Saya rasa kesalahan anda remeh saja. Anda boleh membarui lesen P anda tahun depan.

Leave A Comment