Tarikh luput lesen

Apakah cara terbaik untuk semak tarikh luput lesen memandu anda?

Cara terbaik untuk periksa tarikh tamat tempoh lesen anda ialah dengan menggunakan laman rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Tidak kira samada anda menggunakan Learner’s Driving License (LDL), Probationary Driving License (PDL) mahupun Competent Driving Licence (CDL), lesen anda ada satu tempoh sah sebelum ianya luput.

Tahukah tarikh luput lesen memandu anda?

Kebanyakan orang tidak tahu.

Ingat, memandu kenderaan dengan lesen yang tamat tempoh adalah satu kesalahan jalan raya.

Jika sabit kesalahan, anda boleh di denda sebanyak RM300.

Di mana nombor lesen?

Tahukah di mana nombor rasmi lesen memandu anda?

Kebanyakan pemilik lesen memandu Malaysia tidak tahu, sebenarnya lesen yang di keluarkan JPJ tiada nombor rasmi.

Nombor lesen anda telah di selaraskan dengan nombor kad pengenalan anda.

Setahu saya, nombor kad pengenalan yang di keluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara adalah unik.

Ia adalah tidak mungkin untuk dua orang yang mempunyai nombor kad pengenalan yang sama kecuali ada kesilapan teknikal semasa pemprosesan.

Cara semakan

JPJ portal

Portal JPJ

Untuk semak tarikh lumput lesen memandu anda di laman JPJ, sila klik sini.

Di laman JPJ, anda akan di kehendaki memilih kategori ID.

Senari kategori adalah:

  • Temporary resident (MYKAS) ; Permastautin sementara
  • Permanent resident (PTM) ; Permastautin tetap
  • Malaysian public (MYKAD) ; Orang awam Malaysia
  • Police (POL) ; Polis
  • Military (TEN) ; Pihak tentera
  • Non Malaysian (LLN) ; Bukan warganegara Malaysia

Jika anda adalah pemegang MYKAD, pilih kategori “Orang awam Malaysia”.

Kemudian, masukkan nombor kad pengenalan anda.

Klik butang “Search” untuk membuat pencarian.

Portal JPJ anda menunjukkan Kelas ataupun Jenis Lesen Memandu anda dan juga tempoh sah lesen memandu anda.

Semakan JPJ

Semakan dengan portal JPJ

Kesimpulan

Jika lesen memandu anda telah mendekati tarikh tamat tempoh, adalah di nasihatkan supaya anda memperbaruinya dengan segara.

Terdapat beberapa cara untuk membarui lesen anda.

Anda boleh memperbarui lesen anda di Pejabat Pos ataupun di Urban Transformation Center (UTC).

Kaedah alternatif ialah dengan menggunakan servis online MyEG.

Kini anda telah tahu cara untuk semak tarikh luput lesen anda, jadi jangan buang masa lagi.

Kalau lesen sudah luput, renew secara juga.

By | 2017-10-18T13:03:14+08:00 June 10th, 2017|Lesen Memandu|0 Comments

About the Author:

Leave A Comment