Q.T.I. atau Pra Ujian Memandu Di Malaysia

Posted on August 26th, 2009



Seorang penuntut yang mengambil kursus “memandu” seharusnya mempelajari kurang-kurang 16 jam. Penuntut-penuntut yang telah Berjaya dalam ujian undang-undang akan menghadiri kursus Teori 6 Jam.

Bahagian Pertama selama 3 jam itu berlangsung dalam kelas. Baki 3 jam di kendalikan di luar darjah sebagai “praktikal”. Di waktu praktikal inilah, pengajar-pengajar atau “instructor” anda akan mengajar hal-hal penjagaan enjin kepada anda.

Penukaran tayar bocor juga akan di ajar semasa ini. Sama ada anda di beri pengajaran yang baik ataupun tidah terserah kepada pengajar yang awak memilih itu.

Lesen L.D.L. (Learner’s Driver’s License) sah untuk tempoh 3 bulan. Seorang calon berlesen L itu, haruslah belajar memandu di bawah seorang instructor sekolah memandu atau institut memandu.

Biasanya Kancil di guna, memandangkan saiznya. Ia juga lebih kecil serta lebih senang di kawal atau pandu.

Seseorang calon hanya boleh memohon untuk di uji selepas sebulan ia mulai belajar.

Cuma dalam kes-kes istimewa, baru saja izin di beri oleh pihak J.P.J. untuk ujian “special test”. Misalnya, katakanlah seorang calon ingin berlanjutan pelajaran ke luar negeri di institusi atau universiti sana.

Berilah bukti-bukti seperti tiket pesawat dan surat-surat pendaftaran ke institusi-institusi bolehlah di terima sebagai bukti kukuh.

Seorang calon atau pelajar yang sudah tamat antara 6 – 10 jam memandu layak memohon untuk di uji pihak J.P.J.

Tetapi, menurut kurikulum institut-institut memandu, sekolah memandu anda harus terlebih dulu hantarkan anda ke “Ujian Pra” atau Q.T.I.

Ramai menanya saya, apakah itu “ujian pra” atau Q.T.I. itu? Q.T.I dalam Bahasa Inggeris bererti “Qualifying Test at the Institute”.

Umpama di sekolah atau kolej, anda terpaksa menduduki ujian pra sebelum menduduki S.P.M. yang sebenar. Di institut memandu pula, anda hendaklah menghadapi ujian pra. Faham kan?

Ujian Pra di kendalikan oleh pengajar-pengajar institut yang mempunyai kelayakan untuk menguji anda. Setiap institut memandu mengkhaskan dua-tiga hari untuk ujian pra di jalankan.

Sekolah-sekolah memandu hendaklah mendaftarkan murid-murid untuk ujian ini. Kehadiran calon adalah “Wajib”.


Kedua-dua jari si pelajar dan “instructor” itu hendaklah di masukkan ke komputer. Ini untuk mengesahkan bahawa uji itu di langsungkan secara “sah”.

Biasanya, uji pra ini berlangsung ½ jam seorang calon.

Apa yang di buat oleh calon semasa pra-ujian? Calon-calon di uji seperti ujian J.P.J. Instructor Q.T.I. menguji calon seperti di bawah:

1) Bahagian I – Naik bukit.

2) Bahagian II – Meletak kereta dan Pusing 3 Penjuru.

3) Bahagian III – Jalan raya.

Memandangkan ujian-ujian ini adalah di langsungkan oleh para pegawai dalaman (institut sendiri) sudah pasti ianya di jalankan secara longgar sedikit.

Para calon di beri tunjuk ajar dan nasihat mana-mana di perlu.

Tetapi ini tidak bererti taraf-taraf atau “standard” tidak di pentingkan. Setahu saya, calon-calon atau pelajar yang tidak di ajar dengan baik atau memuaskan akan di gagalkan.

Yang tidak Berjaya membuat side parking misalnya atau gagal dalam acara naik bukit, di minta belajar sejam dua lagi oleh instructor di kawasan institut sebelum di kemukakan sekali lagi.

Semasa pra ujian atau “Q.T.I.”, borang-borang tertentu harus di isi. Umpamanya,
1) Borang 4.

2) Borang Q.T.I.

3) Butir-butir lesen L.D.L.

4) Kad pengenalan.

5) Borang peribadi.

Sekiranya mengikut pandangan pegawai Q.T.I., seorang calon layak di uji maka ia akan mengesah bahawa calon berkenaan boleh di uji J.P.J.

Borang-borang kesemuanya termasuk kad J.P.J. L3 kemudian akan di submit ke pejabat institut untuk di semak dan di hantar ke J.P.J. pula.

Ada kalanya terdapat kesilapan-kesilapan di borang pemohonan. Dengan demikian, pemohonan itu di tolak. Calon itu tidak dapat di uji pada hari yang ia hendak.

Biasa, calon akan merasa marah. Para pengajar pula lebih marah! Inilah Q.T.I. Maksud Q.T.I. boleh di ubah jadi “Qualified to be Impatient”.

Ingin Mendapatkan Lesen Memandu Kereta?


Adakah anda ingin mendapatkan lesen memandu kereta? Jika ya, kunjungilah laman web e-buku Jom Belajar Memandu yang di karang oleh Cikgu Yap. Dengan lebih 40 tahun pengalaman beliau di dalam industri sekolah memandu Malaysia, Cikgu telah mengemukakan tips-tips serta petua-petua yang terbukti berkesan untuk mendapatkan lesen memandu kereta dalam masa yang tersingkat.

Jika anda khuatir dengan ujian berkomputer undang-undang jalan raya serta ujian praktikal JPJ, Jom Belajar Memandu akan membekalkan teknik-teknik untuk lulus kesemua ujian buat kali pertama. E-buku ini di tulis dalam Bahasa Malaysia khas untuk semua masyarakat Malaysia. Klik link di bawah untuk maklumat lanjut.

==> Kunjungi laman Jom Belajar Memandu




21 Comments • Posted in Sekolah Memandu

Comments

  1. Asyr

    Assalamualaikum,

    Hi boleh tolong berikan saya maklumat tentang prosedur untuk mengambil lesen memandu bagi orang kurang upaya?

    Terima kasih

    Wslm,
    Asyr

    • Cikgu Yap

      Sila baca beberapa artikal khas untuk OKU. Saya percaya langkah sudahpun di terangkang lanjut. ==> Pemandu Kurang Upaya

  2. henry

    Hi Cikgu Yap,

    I did the QTI with my instructor ( he told me he is QTI tester though) but i felt that something was wrong. No form to be signed and to be filled, before and after the test. And the whole procedure is super informal which more like a training session.

    I was told it that i can sign the sm4 later and the school(or he) can help me arrange jpj test date before that. Am i being dragged around? The problem is that the school is so packed with too many student. And i quite worry my instructor will forget me and drag me months and month without any response.

    i got back my LDL recently. Is that possible to change institute and arrange for JPJ test there ( without SM4 and surat pelepasan)? i really hate to deal with the institute and the instructor IF possible.

    Can i take JPJ test from institute in other Daerah but the same state? ( around 50km from my home address.. I am asking this becoz i think most institute in my near vicinity is full for the coming 1month+

    Btw, the chip on my ic (mykad) cannot be read atm. Is it wise to replace the ic with JPN at this stage and ask the institute to load all info back to the new ic again?

    thank advance for your valuable advice.

    • Cikgu Yap

      Each institutes passes has its own ways and manner of things. I’m not able to comment on what others do.

      Changing institutes would be a hassle. Tro to stick to your present institute and try to finish your practical test therein.

      If your IC cannot be read, use your computer card to thumbprint.

  3. Harith

    Hi Cikgu Yap,

    Saya ingin tanya,apa itu borang SM4?diharap cikgu dapat beri penjelasan lanjut berkenaan SM4 tersebut kerana saya betul-betul tidak faham berkenaannya.
    Terima kasih

    • Cikgu Yap

      Boring 4 berikan butir-butir theory 6 jam, butir-butir pelajar dan butir lesen L. Ia berikan jadual belajar calon. Jadual ini akan di sahkan pegawai QTI. Borang 4 juga perlu di guna semasa ujian QTI.

  4. eekim

    hi cikgu Yap..hr khamis ni sy akan ada jalani QTI kereta.. sy rasa takut sangat nk hadapi nye.. pgajar sy ckp, QTI ni kt dlm litar je,xda kt jln raya, betul ke? dan utk QTI ni perlu ke sy kena buat benda asas sperti utk test JPJ tu? contoh nya btl kan posisi tmpat duduk,cermin sisi&pndg belakg dan sbg nya.

    tq,,
    eekim

    • Cikgu Yap

      QTI ujian dalaman saja. Bagaimana ia di jalanakan berbeza dari satu institut ke insitut lain. Elok juga kiranya anda betulkan perkara-perkara seperti tempat duduk, wiper dan lain-lain.

  5. Nurhidayah

    salam…

    sy OKU… tp dlm kad pengenalan OKU, sy telah dikategorikan sbg OKU kecacatan akal…

    ini telah menyebabkan sy sukar mengambil lesen memandu…

    ader aper2 cadangan x utk sy???

    • Cikgu Yap

      Walaupun saya pengajar lebih 35 tahun, minta maaf, saya sendiri tidak tahu samada OKU cacat akal boleh di izinkan memohon lesen memandu. Pada pendapat saya, anda harus berjumpa pihak JPJ untuk mendapat ketetapan mereka dalam hal ini. Anda juga boleh ke doktor pakar untuk mendapat pendapat mereka mengenai isu anda.

  6. mara

    Hi, Cikgu

    Saya dah lulus dalam pra- ujian utk motosikal.Adakah borong penilaian ujian kelayakan motosikal itu kena serah balik kepada institut memandu dengan bayaran tertentu ?

    terima kasih

    • Cikgu Yap

      Serah balik Borang QTI (pra) kepada sekolah / institut memandu. Sertakan juga bayaran ujian practikal JPJ.

  7. Along

    Hi Cikgu Yap,

    Sy akan menjalani ujian JPJ hari khamis nie tetapi sy tidak menjalani QTI sepertimana calon2 lain…adakah sy layak menjalani ujian JPJ?

    • Cikgu Yap

      Tiap institute ada caranya tersendiri demi mengendalikan ujuan pra-ujian atau QTI.

  8. fatimah

    cikgu yap, saya masih menunggu lesen ‘L’ motor dan kereta saya siap. dalam 2, 3 hari lagii. tapi saye akan sambung belajar hujung bulan ni, so saye tak sempat nak test. so saye kena renew lesen setiap 3 bulan sekali ke utk pastikan lesen tu tak mati.. kalau saye nak buat latihan atau Q.T.I tu, saye kena pastikan lesen saye hidup kan.

    • Cikgu Yap

      Betul, lesen mesti hidup kalau hendak buat QTI.

  9. nana

    hi cikgu yap, saya rasa tertekan kerana telah gagal ujian QTI sebanyak 2 kali. saya rasa takut sangat bila fikirkan akan mengambil ujian semula..ini kerana saya selalu lemah di bahagian bukit. lebih-lebih lagi kenderaan yang digunakan semasa belajar & ujian adalah tidak sama..ini selalu membuat saya risau sekiranya gagal sekali lagi. apa yang perlu saya lakukan sekarang untuk mengelakkan dari berasa cemas semasa ujian??

    • Cikgu Yap

      Pra ujian sebanarnya memberi keyakinan kepada anda. Bahawa anda rasa takut dan kurang yakin menunjukkan anda belum bertahap untuk di uji penguji JPJ. Ambil lebih kelas-kelas lagi.

Leave a Comment...

Blog Search
Recent Comments
  • jasni06: bermaksud 7500kgs dan keatas?
  • jue: Cg Yap, suami sy bawa mpv alza terlibat kemalangan dengan motosikal. suami sy dari jalan lurus nak belok kekanan...
  • Lonna: saya nak tahu. adakah kereta saya akan disaman kerana semasa saya sakit kakak saya yang menggantikan saya...
  • Ralph: Hi Cikgu, Can you email me all details on how to enroll at ur school? If you can also send me the pricing...
  • Precilla Tan: i am from Bandar Bukit Raja, my son would like to attend for driving class and some how i heard some...
  • Coco Tan: Hi cikgu Yap, I had stopped by JPJ and get a saman for “tiada CDL”, they check my IC and said...
  • Chloe: Dear cikgu yap, My case is quite complicated.. Currently I’m a pr in Singapore .. I would like to...
  • jasni06: tumpang tanya, utk lwsen GDL ada tiga ketegori kn? 1. utk 3000kgs, 2 utk 7500kgs dan 3. utk bersendi’...
  • YWL: Hi Cikgu Yap, I need a driving refresher course. A little bit about my background here. I’ve not been...
  • aom: Is there any driving school that has auto driving licence in klang?
  • Karena: Hi Cikgu Yap, My Malaysian driving licence has expired many many years ago. Can my Singapore driving licence...
  • Lav: Hi, When submitting my IDP application to JPJ, will my Malaysian driving license get taken away by JPJ? I am...
  • mariani: hi Cikgu Yap… suami sy terlibat kemalangan kereta dgn waja tp melibatkan kes langgar lari…no...
  • Chua: Hi, am looking for instructor to motorcycle class b2 lesson. Kindly advise the course details.
  • Melvin: I have a friend looking for Chinese instructor at Puchong area. Can you pls refer me a name and number? Thanks
  • Jo: Dear Cikgu Yap, I own a D license, and now would like to get a B2 license. Do I still have to take the...
  • nicky yong: Hi, my case i had attended the car license kursus few years ago, and can i continue to take the exam for...