Lesen Memandu Archives - The Driving School Blog - By a Seasoned Driving Instructor https://driving-school.com.my/category/lesen-memandu/ Writings By a Driving Instructor With 40+ Years Teaching Experience Thu, 18 Feb 2021 15:48:33 +0000 en-US hourly 1 Yang Mana Satu Nombor Lesen Memandu Malaysia? https://driving-school.com.my/lesen-memandu/nombor/ https://driving-school.com.my/lesen-memandu/nombor/#comments Wed, 17 Feb 2021 03:56:00 +0000 http://driving-school.com.my/?p=8032 Tahukah anda yang mana satu adalah nombor rasmi lesen memandu yang di keluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia?Ada pembaca blog ini yang tanya, di mana nombor lesen memandunya? Probationary Driving License (PDL) ; Lesen percubaan Soalan pembaca blog ini agak menarik. Saya pun ingin tahu di mana nombor rasmi lesen memandu saya. Saya mengeluarkan [...]

The post Yang Mana Satu Nombor Lesen Memandu Malaysia? appeared first on The Driving School Blog - By a Seasoned Driving Instructor.

]]>

Tahukah anda yang mana satu adalah nombor rasmi lesen memandu yang di keluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia?

Ada pembaca blog ini yang tanya, di mana nombor lesen memandunya?

Malaysian driving license

Probationary Driving License (PDL) ; Lesen percubaan

Soalan pembaca blog ini agak menarik.

Saya pun ingin tahu di mana nombor rasmi lesen memandu saya.

Saya mengeluarkan lesen memandu saya dan memerhati dengan teliti.

Nampaknya lesen percubaan ataupun Probationary Driving License dan Competent Driving License (CDL), kedua-dua tiada nombor rasmi yang di cetak pada lesen.

Saya agak hairan.

Saya ingat nombor lesen mungkin di halaman belakang.

Halaman belakang pun tiada.

Cuma ada nombor siri kad di bahagian kanan atas.

Nombor lesen memandu

Kenapa lesen memandu Malaysia tiada nombor rasmi?

Saya membuat hipotesis, nombor lesen memandu Malaysia adalah sama dengan nombor kad pengenalan anda.

Setahu saya, nombor kad pengenalan yang di keluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara adalah unik untuk setiap individu.

Jadi, setiap orang yang mempunyai kad pengenalan tidak mungkin mempunyai nombor yang sama.

Saya ingin menguji hipotesis saya.

Saya pergi ke laman Jabatan Pengangkutan Jalan untuk semak tarikh tamat tempoh lesen memandu saya.

Anda juga boleh buat semakan, sila KLIK SINI.

Di laman JPJ untuk semak lesen memandu, anda di kehendaki pilih kategori ID (ID Category).

Senari kategori adalah:

  • Penduduk Tetap Malaysia (PTM)
  • Orang Awam Malaysia (MyKAD)
  • Anggota Polis (POL)
  • Anggota Tentera (TEN)
  • Syarikat / Pertubuhan
  • Bukan Warga Negara Malaysia (LLN)

Apabila saya memilih kategori “Orang Awam Malaysia”, saya di ke hendaki memasuki nombor kad pengenalan dan nombor perdaftaran kenderaan.

Kemudian, saya masukkan Kod Sekuriti dan klik “Search” untuk buat pencarian.

Portal JPJ mengemukakan hasil carian seperti berikut:

  • Nombor plat kenderaan
  • Tarik mula
  • Tarik tamat
  • Tarikh tamat insurans

Saya membuat kesimpulan, nombor lesen memandu Malaysia adalah sama dengan nombor kad pengenalan anda.

Anda setuju tak?

Walaubagaimanapun, perkara yang saya tulis di atas cuma adalah hipotesis saya.

Janganlah ambil perkongsian saya sebagai satu kebenaran.

Kalau anda masih ragu-ragu di mana letaknya nombor lesen memandu anda, sila buat panggilan ke Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan tanyalah pegawai-pegawai di sana untuk mendapatkan jawapan anda.

Terima kasih kerana membaca artikal ini. Di harapkan perkongsian saya sedikit sebanyak dapat meriangkan hari anda.

Pemegang cukai jalan yang kemas & rapi

Ada tak cara yang lebih baik untuk melekatkan cukai jalan di cermin kereta?

Bila tiba masa untuk menukar cukai jalan yang baru, adakah anda menghadapi masalah untuk menanggalkannya dari cermin kereta?

Setiap kali tiba masa untuk menukar cukai jalan kereta, saya menghadapi masalah untuk menanggal sticker cukai jalan yang lama.

Sticker cukai jalan yang baru pula agak nipis dan mudah koyak.

Baru-baru ini, saya terjumpa satu penyelesaian untuk menampal dan menanggalkan sticker cukai jalan kereta.

Ianya merupakan sekeping plastik akrilik yang cantik dan kemas. 

Sticker cukai jalan boleh di tampal pada permukaan plastik tersebut.

Plastik tersebut pula boleh di lekat dan di tanggalkan dengan mudah daripada permukaan cermin kereta.

road tax holder

Gambar di atas adalah plastik akrilik yang saya beli untuk melekatkan sticker cukai jalan di cermin kereta.

Jika anda berminat untuk mendapatkan pemegang sticker cukai jalan plastik akrilik tersebut, anda boleh mendapatkannya di Lazada.

Harganya tidaklah mahal sangat.

Klik sini untuk ke Lazada

(Muat turun aplikasi Lazada ke telefon pintar anda untuk melihat senarai harga)

The post Yang Mana Satu Nombor Lesen Memandu Malaysia? appeared first on The Driving School Blog - By a Seasoned Driving Instructor.

]]>
https://driving-school.com.my/lesen-memandu/nombor/feed/ 1
Cara Renew Lesen Memandu Di Pejabat Pos Malaysia https://driving-school.com.my/lesen-memandu/renew-pos/ https://driving-school.com.my/lesen-memandu/renew-pos/#comments Mon, 23 Sep 2019 02:15:45 +0000 http://driving-school.com.my/?p=8025 Bolehkah anda memperbaharui ataupun renew lesen memandu di Pejabat Pos Malaysia? Tentunya boleh. Lesen memandu anda boleh renew secara online, tetapi, renew lesen di Pejabat Pos ada satu kelebihan. Kelebihannya ialah, anda akan mendapat slip renew lesen serta merta. Kalau gunakan portal online seperti MyEG, anda perlu menunggu satu atau dua hari untuk slip lesen [...]

The post Cara Renew Lesen Memandu Di Pejabat Pos Malaysia appeared first on The Driving School Blog - By a Seasoned Driving Instructor.

]]>

Bolehkah anda memperbaharui ataupun renew lesen memandu di Pejabat Pos Malaysia?

Tentunya boleh.

Lesen memandu anda boleh renew secara online, tetapi, renew lesen di Pejabat Pos ada satu kelebihan.

Kelebihannya ialah, anda akan mendapat slip renew lesen serta merta.

Kalau gunakan portal online seperti MyEG, anda perlu menunggu satu atau dua hari untuk slip lesen anda sampai ke rumah.

Jika lesen anda telah luput dan anda hendak memandu ke negeri lain hari ini, cadangan saya ialah memperbarui lesen anda di pejabat Pos.

Pejabat Pos

Pejabat Pos Malaysia

Ingat, memandu dengan lesen yang telah mati atau expired adalah satu kesalahan jalan raya.

Lokasi pejabat Pos

Tahukah di mana lokasi Pejabat Pos yang paling dekat?

Kalau anda tidak pasti, anda boleh gunakan servis Pejabat Pos online untuk buat pencarian.

Untuk mencari lokasi pejabat Pos Malaysia, KLIK SINI.

Cari Pejabat Pos

Cari lokasi Pejabat Pos Malaysia

Pilih negeri, bandar dan jalan yang paling dekat.

Seterusnya, klik “Submit”.

Laman pejabat Pos online akan mengemukkan lokasi cawangan yang paling dekat.

Ia akan menunjukkan lokasi, alamat, nombor telefon dan pegawai yang bertugas di pejabat cawangan.

Info Pejabat Pos

Info Pejabat Pos terdekat

Waktu operasi

Apakah waktu operasi Pejabat Pos Malaysia?

Waktu operasinya adalah berikut:

Isnin – Jumaat : 8.30 pagi – 5.30 petang

Sabtu : 8.30 pagi – 1.00 petang

Ahad : TUTUP

Tutup pada Sabtu minggu pertama dan Ahad

Bolehkah anda pergi ke pejabat Pos Malaysia pada hari Sabtu untuk renew lesen memandu?

Tentunya boleh.

Tapi ingat, waktu operasi hari Sabtu adalah sampai 1.00 petang sahaja.

Pejabat Pos akan tutup pada hari Sabtu minggu pertama setiap bulan.

Harga renew lesen

Berapakah harga untuk renew lesen memandu di Pejabat Pos Malaysia?

Berikut adalah harga rasmi pembaharui lesen daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ):

1 tahun – RM30

2 tahun – RM60

3 tahun – RM90

4 tahun – RM120

5 tahun – RM150

Jangan lupa, apabila anda menggunakan servis Pejabat Pos untuk renew lesen, anda kena bayar RM2.00 caj servis.

Langkah renew lesen

Apakah langkah untuk renew lesen memandu di Pejabat Pos?

Langkahnya mudah sahaja.

1) Pergi ke Pejabat Pos Malaysia yang terdekat.

2) Ambil nombor giliran anda. Pilih bahagian lesen, bayaran bil , etc.

3) Tunggu giliran anda.

4) Apabila sampai giliran, pergi ke kaunter.

Bagi tahu pegawai yang bertugas anda ingin renew lesen memandu anda.

5) Bagi kad pengenalan dan lesen anda yang telah tamat tempoh.

6) Tunggu sekejap, buat bayaran dan ambil slip pembaharuan lesen memandu anda.

Slip

Proses renew lesen lebih kurang 5 minit sahaja.

Kalau banyak orang di Pejabat Pos, terpaksalah tunggu giliran anda.

Syarat-syarat

Bolehkah anda renew Goods Driver’s License (GDL) di Pejabat Pos?

Malangnya tidak boleh.

Untuk renew GDL, anda perlu menjalani pemeriksaan doktor dahulu.

Untuk maklumat lanjut bagaimana renew GDL yang tamat tempoh, KLIK SINI.

Bolehkan anda tukar Probationary Driving License (PDL) ke Competent Driving License (CDL) di Pejabat Pos?

Jawapannya ialah tidak boleh.

Untuk menukar PDL ke CDL, sila pergi ke pejabat JPJ.

Kesimpulan

Memandu kenderaan dengan menggunakan lesen yang telah tamat tempoh adalah satu kesalahan jalan raya.

Jika ada di tahan pihak Polis ataupun pihak JPJ, tentunya anda akan di saman.

Kebanyakan orang tidak tahu, tempoh tamat lesen memandu anda kini telah di selaraskan dengan tarikh lahir anda.

Kalau lesen sudah tamat tempoh, jangan tunggu lagi.

Pergi ke Pejabat Pos untuk renew lesen anda.

Slip renew boleh di dapati dengan serta merta.

The post Cara Renew Lesen Memandu Di Pejabat Pos Malaysia appeared first on The Driving School Blog - By a Seasoned Driving Instructor.

]]>
https://driving-school.com.my/lesen-memandu/renew-pos/feed/ 51
Rutin Sebelum Memandu (RSM) – 4 Langkah Mudah https://driving-school.com.my/lesen-memandu/rsm/ https://driving-school.com.my/lesen-memandu/rsm/#respond Thu, 25 Jul 2019 09:31:55 +0000 http://driving-school.com.my/?p=8692 Rutin Sebelum Memandu ataupun RSM, adalah satu-satu aspek calon di ajar dalam Bahagian 02 (5 ½ Jam). R.S.M di buat sebenarnya 2 kali.  Kali pertama, semasa Rutin Pemeriksaan Kenderaan (RPK). Kali kedua, semasa penguji jalan raya tiba membawa calon keluar menguji 03 (jalanraya). Mengikut J.P.J., RSM hendaklah di laksanakan dalam masa 5 ke 7 minit [...]

The post Rutin Sebelum Memandu (RSM) – 4 Langkah Mudah appeared first on The Driving School Blog - By a Seasoned Driving Instructor.

]]>
Driving School

Rutin Sebelum Memandu ataupun RSM, adalah satu-satu aspek calon di ajar dalam Bahagian 02 (5 ½ Jam).

R.S.M di buat sebenarnya 2 kali. 

Kali pertama, semasa Rutin Pemeriksaan Kenderaan (RPK).

Kali kedua, semasa penguji jalan raya tiba membawa calon keluar menguji 03 (jalanraya).

Mengikut J.P.J., RSM hendaklah di laksanakan dalam masa 5 ke 7 minit saja .

Calon-calon sebaiknya selesaikan ujian di atas secara ringkas, padat dan lantang .

RSM bagi sesetengah calon boleh menjadi agak susah.

Sebagai pengajar lama berpengalaman , saya telah hasilkan  “teknik” bagi membantu calon-calon yang di ajar mudah memperingati apa yang mereka hendak sampaikan kepada penguji hari ujian.

Langkah 1

Di panggil masuk kenderaan jalan raya, ucapkan “Selamat pagi”.

Kemudian perkenalkan diri anda. Bagi tahu menguji nama anda dengan jelas dan nombor calon anda.

Seterusnya  betulkan kerusi, dan ikat tali pinggang.

Langkah 2

Sudah tentu, sebab cuaca panas, “air-con” kereta memang akan dipasang. 

Minta izin bagi menutupkannya sebab langkah ini di perlu sebab adalah anda di kehendaki uji lampu-lampu dashboard.

Lampu-lampu ini termasuk suhu, keadaan engin sempurna, air-bag, stereng tak jam, hand-brake, dan akhirnya bateri.

Sayugia di ingat, tidak perlu lulus atau berjaya dalam semuanya dengan betul.

5 dari 7 betul akan Luluskan anda.

Langkah 3

Seterusnya , terangkanlah alat-alat penting dalam kereta. Tidak perlu ikut turutan.

Apa yang anda nampak, terangkan saja.

Biasanya, butir-butir yang harusnya di terangkan termasuk.

  • Lampu kecemasan (emergency triangle)
  • 10 dan 3 (cara pegang stereng)
  • Wiper
  • Horn
  • Lampu
  • Signal kanan
  • Signal kiri
  • Cermin pandang kiri (suruh penguji betulkan kiri perlu)
  • Cermin pandang kanan (ini perlu anda betulkan secara diri)
  • Brek tangan
  • Kerana kereta anda pakai manual, terangkan bahawa di bawah stereng, ada kawalan-kawalan clutch, brek dan accelerator.
  • Kereta anda itu ada 6 gear (satu, dua, tiga, empat, lima dan reverse)

Harus di ingat, tidak perlu dapatkan kesemuanya Betul bagi lulus.

7 atau 8 betul daripada 12 benda akan bawakan ada keputusan Lulus.

Langkah 4

Akhirnya, sebelum anda Bergerak, terdapat 3 perkara penting yang anda perlu buat. 3 perkara ini adalah sangat penting kerana ianya adalah pekara G.S.M. (Gagal Serta Merta).

Benda-benda itu adalah penting di laksanakan dengan sempurna.

  • Bubuh signal kanan.
  • Pandang ke kanan
  • Perlulah horn.

Tidak buat, walaupun satu, akan buatkan anda Gagal.

Di dalam artikal ini, saya telah menentukan sedaya-upaya bagi membawa kejayaan kepada anda.

Selamat Maju Jaya!

The post Rutin Sebelum Memandu (RSM) – 4 Langkah Mudah appeared first on The Driving School Blog - By a Seasoned Driving Instructor.

]]>
https://driving-school.com.my/lesen-memandu/rsm/feed/ 0
Muat Turun Borang MyLesen | 1Rakyat 1Lesen https://driving-school.com.my/lesen-memandu/borang-mylesen/ https://driving-school.com.my/lesen-memandu/borang-mylesen/#respond Sat, 24 Jun 2017 09:29:03 +0000 http://driving-school.com.my/?p=8119 Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dengan konsep Merakyatkan Perkhidmatan Awam (MPA) telah melancarkan program MyLesen pada 15 September 2015. Tagline program MyLesen ialah 1Rakyat 1 Lesen. Maklamat program MyLesen adalah ringkas, turunkan harga untuk mendapatkan lesen memandu motorsikal. Dengan kerjasama dengan institut-institut memandu di Malaysia, kini kos untuk mendapatkan lesen motorsikal B2 hanya RM299 sahaja. Syarat-syarat [...]

The post Muat Turun Borang MyLesen | 1Rakyat 1Lesen appeared first on The Driving School Blog - By a Seasoned Driving Instructor.

]]>

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dengan konsep Merakyatkan Perkhidmatan Awam (MPA) telah melancarkan program MyLesen pada 15 September 2015.

Tagline program MyLesen ialah 1Rakyat 1 Lesen.

Test motorsikal

Maklamat program MyLesen adalah ringkas, turunkan harga untuk mendapatkan lesen memandu motorsikal.

Dengan kerjasama dengan institut-institut memandu di Malaysia, kini kos untuk mendapatkan lesen motorsikal B2 hanya RM299 sahaja.

Syarat-syarat

Apakah syarat-syarat untuk menyertai program MyLesen?

Berikut adalah syarat-syaratnya:

1) Untuk warganegara ataupun penduduk tetap Malaysia sahaja

2) Berumur 16 tahun ke atas

3) Memiliki MyKad / Polis / Tentera  /MyPR

4) Tidak memiliki lesen memandu kelas lain

5) Tidak di senarai hitamkan oleh mahkamah, JPJ ataupun pihak Polis

Pendaftaran

Untuk mendaftar dengan program, terlebih dahulu, anda harus mengisikan borang pendaftaran MyLesen.

Untuk muat turun borang MyLesen, sila klik link di bawah.

Klik sini untuk muat turun borang

Ads Notice

Borang MyLesen harus di isi dengan lengkap.

Jangan lupa salinan kad pengenalan anda.

Pergi ke institut memandu untuk membuat pendaftaran.

Senarai institut memandu ada di dalam link di bawah.

Klik sini untuk senarai institut memandu

Ads Notice

Pembayaran RM299 boleh di buat di institut dengan cara tunai, kiriman wang, draf bank ataupun cheque bank tempatan.

Jika anda mempunyai soalan mengenai program MyLesen, sila klik link di bawah.

Matriks soalan-soalan lazim

Ads Notice



The post Muat Turun Borang MyLesen | 1Rakyat 1Lesen appeared first on The Driving School Blog - By a Seasoned Driving Instructor.

]]>
https://driving-school.com.my/lesen-memandu/borang-mylesen/feed/ 0
Cara Semakan Tarikh Luput Lesen Memandu Secara Online https://driving-school.com.my/lesen-memandu/tarikh-luput/ https://driving-school.com.my/lesen-memandu/tarikh-luput/#respond Sat, 10 Jun 2017 06:59:14 +0000 http://driving-school.com.my/?p=8068 Tarikh luput lesen Apakah cara terbaik untuk semak tarikh luput lesen memandu anda? Cara terbaik untuk periksa tarikh tamat tempoh lesen anda ialah dengan menggunakan laman rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Tidak kira samada anda menggunakan Learner's Driving License (LDL), Probationary Driving License (PDL) mahupun Competent Driving Licence (CDL), lesen anda ada satu tempoh sah [...]

The post Cara Semakan Tarikh Luput Lesen Memandu Secara Online appeared first on The Driving School Blog - By a Seasoned Driving Instructor.

]]>

Tarikh luput lesen

Apakah cara terbaik untuk semak tarikh luput lesen memandu anda?

Cara terbaik untuk periksa tarikh tamat tempoh lesen anda ialah dengan menggunakan laman rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Tidak kira samada anda menggunakan Learner’s Driving License (LDL), Probationary Driving License (PDL) mahupun Competent Driving Licence (CDL), lesen anda ada satu tempoh sah sebelum ianya luput.

Tahukah tarikh luput lesen memandu anda?

Kebanyakan orang tidak tahu.

Ingat, memandu kenderaan dengan lesen yang tamat tempoh adalah satu kesalahan jalan raya.

Jika sabit kesalahan, anda boleh di denda sebanyak RM300.

Di mana nombor lesen?

Tahukah di mana nombor rasmi lesen memandu anda?

Kebanyakan pemilik lesen memandu Malaysia tidak tahu, sebenarnya lesen yang di keluarkan JPJ tiada nombor rasmi.

Nombor lesen anda telah di selaraskan dengan nombor kad pengenalan anda.

Setahu saya, nombor kad pengenalan yang di keluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara adalah unik.

Ia adalah tidak mungkin untuk dua orang yang mempunyai nombor kad pengenalan yang sama kecuali ada kesilapan teknikal semasa pemprosesan.

Cara semakan

JPJ portal

Portal JPJ

Untuk semak tarikh lumput lesen memandu anda di laman JPJ, sila klik sini.

Di laman JPJ, anda akan di kehendaki memilih kategori ID.

Senari kategori adalah:

  • Temporary resident (MYKAS) ; Permastautin sementara
  • Permanent resident (PTM) ; Permastautin tetap
  • Malaysian public (MYKAD) ; Orang awam Malaysia
  • Police (POL) ; Polis
  • Military (TEN) ; Pihak tentera
  • Non Malaysian (LLN) ; Bukan warganegara Malaysia

Jika anda adalah pemegang MYKAD, pilih kategori “Orang awam Malaysia”.

Kemudian, masukkan nombor kad pengenalan anda.

Klik butang “Search” untuk membuat pencarian.

Portal JPJ anda menunjukkan Kelas ataupun Jenis Lesen Memandu anda dan juga tempoh sah lesen memandu anda.

Semakan JPJ

Semakan dengan portal JPJ

Kesimpulan

Jika lesen memandu anda telah mendekati tarikh tamat tempoh, adalah di nasihatkan supaya anda memperbaruinya dengan segara.

Terdapat beberapa cara untuk membarui lesen anda.

Anda boleh memperbarui lesen anda di Pejabat Pos ataupun di Urban Transformation Center (UTC).

Kaedah alternatif ialah dengan menggunakan servis online MyEG.

Kini anda telah tahu cara untuk semak tarikh luput lesen anda, jadi jangan buang masa lagi.

Kalau lesen sudah luput, renew secara juga.

The post Cara Semakan Tarikh Luput Lesen Memandu Secara Online appeared first on The Driving School Blog - By a Seasoned Driving Instructor.

]]>
https://driving-school.com.my/lesen-memandu/tarikh-luput/feed/ 0
Renew Lesen P Ke CDL Full Di Pejabat JPJ & UTC https://driving-school.com.my/lesen-memandu/p-ke-cdl/ https://driving-school.com.my/lesen-memandu/p-ke-cdl/#comments Thu, 08 Jun 2017 05:11:23 +0000 http://driving-school.com.my/?p=8056 Lesen percubaan P Setelah anda sudah lulus kesemuan ujian memandu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), anda akan di beri lesen memandu percubaan ataupun Probationary Driving License (PDL). Matlamat lesen percubaan adalah memberi anda lebih masa dan peluang untuk meningkatkan teknik, kemahiran dan pengalaman memandu anda di jalan raya. Masa percubaan memandu anda adalah 2 tahun. Ingat, [...]

The post Renew Lesen P Ke CDL Full Di Pejabat JPJ & UTC appeared first on The Driving School Blog - By a Seasoned Driving Instructor.

]]>

Lesen percubaan P

Setelah anda sudah lulus kesemuan ujian memandu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), anda akan di beri lesen memandu percubaan ataupun Probationary Driving License (PDL).

Matlamat lesen percubaan adalah memberi anda lebih masa dan peluang untuk meningkatkan teknik, kemahiran dan pengalaman memandu anda di jalan raya.

Masa percubaan memandu anda adalah 2 tahun.

Ingat, di dalam masa 2 tahun ini, terdapat beberapa syarat ketat yang anda harus ikuti.

Malaysian driving license

Probationary Driving License

Syarat-syarat adalah seperti berikut:

1) Membawa lesen percubaan PDL anda ketika anda memandu

2) Langsung tidak boleh minum alkohol sebelum memandu.

Taraf alkohol di dalam nasaf, darah dan air kencing mesti berada di tahap 0.00%.

3) Mempamerkan tanda pengenalan ataupun sticker P di hadapan dan belakang kenderaan.

Jika anda di dapati melanggar mana-mana satu syarat di atas, anda telah melakukan satu kesalahan di bawah Kaedah 15A Kaedah-kaedah Kenderaan Motor (Lesen Memandu) 1992.

Anda boleh di dakwa di bawah Seksyen 119 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Apakah hukumnan jika anda di sabit kesalahan?

Bagi kesalahan pertama, anda boleh di denda RM2000 atau 6 bulan penjara.

Untuk kesalahan kedua dan seterusnya, anda akan di denda RM4000 atau 12 bulan penjara atau kedua-duanya.

Sistem mata demerit

Selain daripada 3 syarat ketat di atas, pemegang lesen percubaan P juga di kehendaki mematuhi sistem mata demerit KEJARA.

Jika anda mengumpul 15 ataupun lebih mata demerit, lesen memandu percubaan anda akan di batalkan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan Malaysia.

Jika lesen P anda di batalkan, anda di larang memegang ataupun memohon apa-apa lesen termasuk lesen belajar memandu (Learner’s Driving License) untuk tempoh 12 bulan daripada tarikh penyerahan lesen percubaan anda.

Selepas tempoh larangan 12 bulan, anda di kehendaki mengulangi kesemua proses untuk mendapatkan lesen memandu di Malaysia.

Selepas lulus ke semua ujian, anda akan di beri lesen percubaan P dan tentunya anda terpaksa mengulangi tempoh percubaan selama 2 tahun.

Renew lesen P ke lesen kompeten CDL

Setelah tempoh 2 tahun, anda layak untuk renew lesen P anda ke lesen besar Competent Driving License (CDL).

Ingat, anda mesti memenuhi syarat sistem mata demerit KEJARA.

Jika anda tiada mengumpulkan 15 mata demerit, anda boleh renew lesen P anda.

Kebanyakan pemegang lesen P tidak tahu, sebenarnya anda boleh memohon penukaran lesen P anda ke lesen kompeten penuh 7 hari sebelum tamat tempoh percuban.

Jadi, anda boleh renew lesen P ke CDL awal seminggu.

Berapakah tempoh masa untuk renew lesen P?

Tempoh masanya adalah 1 tahun daripada tarikh tamat tempoh percubaan.

Adakah anda akan di denda jika anda lupa, lewat ataupun lambat renew lesen P?

Sebenarnya, anda tidak akan di denda.

Tetapi, tarik tamat lesen memandu akan di selaraskan dengan tarik lahir anda.

Jika anda lewat ataupun lambat renew lesen P, anda di kehendaki membayar lebih sedikit untuk samakan tarik lesen dengan tarik lahir.

Bayarannya tidak banyak, cuma RM15 sahaja dan tarikh lesen tamat tempoh di tambah 1 tahun.

Berapakah harga untuk renew lesen P ke CDL?

Harga pembaruan lesen bergantung kepada tempoh lesen yang anda pilih.

Anda boleh pilih renew lesen kompeten sehingga maksimum 5 tahun.

Berikut adalah harga bayaran rasmi daripada JPJ:

1 tahun – RM30

2 tahun – RM60

3 tahun – RM90

4 tahun – RM120

5 tahun – RM150

Di mana renew lesen P?

Di manakah anda boleh renew lesen percubaan anda?

Lesen P boleh di tukar ke lesen penuh CDL di pejabat-pejabat JPJ dan Urban Transformation Centre (UTC).

Apakah prosedur untuk renew lesen P?

Prosedurnya adalah amat mudah.

Pergi ke pejabat JPJ ataupun UTC yang terdekat.

Ambil nombor dan tunggu giliran anda.

Bila nombor anda di panggil, pergi ke kaunter dan beritahu pegawai bertugas anda ingin tukar lesen P ke lesen kompeten CDL.

Serahkan kad pengenalan dan lesen P anda.

Beritahu pegawai bertugas berapa tahun anda hendak renew lesen.

Jika anda ingin tukar gambar di lesen, bawa bersama gambar sendiri berlatar belakang putih berukuran 25 mm x 32 mm.

Anda juga boleh kekalkan gambar lesen P ke lesen CDL, cuma beritahu pegawai bertugas.

Buat bayaran dan tunggu.

Lesen CDL anda akan di cetak dalam beberapa minit sahaja.

Bolehkah anda renew lesen P di Pejabat Pos Malaysia?

Malangnya tidak boleh.

Apabila anda tukar lesen percubaan ke lesen kompeten, anda akan di beri kad lesen yang baru tanpa tanda “P”.

Di Pejabat Pos, anda boleh renew lesen kompeten anda dan anda akan di beri slip pembaruan lesen.

Slip

Slip pembaruan lesen memandu

Bolehkah anda renew lesen P di laman MyEG online?

Tidak boleh.

Servis di laman MyEG adalah sama dengan servis di Pejabat Pos.

Anda hanya boleh menggunakan MyEG and renew lesen CDL anda yang tamat tempoh.

Kesimpulan

Sebagai pemegang lesen P, anda di kehendaki melalui tempoh percubaan memandu selama 2 tahun.

Jika anda tidak mengumpul 15 mata demerit dalam tempoh 2 tahun, anda layak untuk renew lesen P ke lesen full kompeten ataupun Competent Driving License (CDL).

Masa yang di beri untuk menukar P and CDL adalah 1 tahun.

Tiada denda yang akan di kenakan jika anda lewat renew P ke CDL.

Anda cuma perlu membayar RM15 untuk menyelaraskan tarikh tamat tempoh lesen dengan tarikh lahir anda.

Tapi, masalahnya ialah jika anda tidak renew lesen percubaan ke CDL melebihi 1 tahun daripada tarikh tamat tempoh percubaan.

Jika insiden ini berlaku, anda akan di kehendaki melalui semula prosedur untuk mendapatkan lesen memandu di Malaysia.

Jangan biarkan ini berlaku kerana anda akan membazir wang dan masa.

Adakah lesen P anda sudah tamat tempoh?

Keluarkan lesen daripada beg ataupun dompet dan periksaan tarikh tamat tempoh sekarang juga.

The post Renew Lesen P Ke CDL Full Di Pejabat JPJ & UTC appeared first on The Driving School Blog - By a Seasoned Driving Instructor.

]]>
https://driving-school.com.my/lesen-memandu/p-ke-cdl/feed/ 12
5 Langkah E Rayuan JPJ Untuk Lesen Tamat Tempoh https://driving-school.com.my/lesen-memandu/e-rayuan/ https://driving-school.com.my/lesen-memandu/e-rayuan/#comments Wed, 03 Jun 2015 04:02:17 +0000 http://driving-school.com.my/?p=6585 Adakah lesen memandu kereta atau motorsikal anda sudah tamat tempoh? Jika lesen anda sudah tamat tempoh melebihi 3 tahun, anda boleh membuat rayuan di laman JPJ untuk menghiduplan lesen anda. Tetapi, untuk menghidupkan lesen yang sudah mati, JPJ memerlukan anda memenuhi beberapa syarat. Anda mungkin di kehendaki mengambil semula sebahagian ujian memandu. Walaubagaimanapun, langkah pertama [...]

The post 5 Langkah E Rayuan JPJ Untuk Lesen Tamat Tempoh appeared first on The Driving School Blog - By a Seasoned Driving Instructor.

]]>

Adakah lesen memandu kereta atau motorsikal anda sudah tamat tempoh?

Jika lesen anda sudah tamat tempoh melebihi 3 tahun, anda boleh membuat rayuan di laman JPJ untuk menghiduplan lesen anda.

Tetapi, untuk menghidupkan lesen yang sudah mati, JPJ memerlukan anda memenuhi beberapa syarat. Anda mungkin di kehendaki mengambil semula sebahagian ujian memandu.

Walaubagaimanapun, langkah pertama ialah menghantar rayuan rasmi kepada JPJ.

E Rayuan JPJ

Untuk membuat rayuan secara online amatlah mudah. Anda hanya perlu mengikuti langkah-langkah di bawah.

Rayuan lesen tamat tempoh
Ads Notice

Langkah 1

E Rayuan JPJ
Pergi ke laman web JPJ untuk membuat E rayuan:

Artikal ini di tulis bulan Jun 2017. Pada masa ini, link E rayuan JPJ adalah aktif.

Pada masa depan, link JPJ E rayuan mungkin di tukar. Kalau begitu, anda hanya perlu gunakan Google untuk mencari link baru.

Langkah 2

Langkah seterusnya ialah memilih kategori ID anda. Kategori-kategori adalah:

1) Penduduk / Pemastautin Sementara (MYKAS)
2) Penduduk Tetap Malaysia (PTM)
3) Orang Awam Malaysia (MyKad)
4) Anggota Polis (POL)
5) Anggota Tentera (TEN)
6) Bukan Warga Negara Malaysia (LLN)

Langkah 3

Selepas memilhi kategori ID anda, anda di kehendaki memilih jenis lesen anda. Anda boleh pilih:

1) Lesen Memandu Kempeten (CDL)
2) Lesen Memandu Konduktor (CON)
3) Lesen Memandu Barangan (GDL)
4) Lesen Memandu Percubaan (PDL)
5) Lesen Memandu Perkhidmatan Awam (PSV)

Langkah 4

Seterusnya, masukkan number ID anda. Jika anda memilih kategori Orang Awam Malaysia dan jenis lesen CDL, terus masukkan number IC anda.

Selepas itu, masuk Kod Sekuriti yang di tunjukkan.

ERayu02

Langkah 5

Selepas menyeman butir-butir yang di masukkan, klik butang “Semak”.

Laman JPJ akan menunjukkan butir lesen anda yang sudah tamat tempoh. Seterusnya, anda boleh menghantar rayuan rasmi kepada JPJ.
Rayuan lesen tamat tempoh
Ads Notice

The post 5 Langkah E Rayuan JPJ Untuk Lesen Tamat Tempoh appeared first on The Driving School Blog - By a Seasoned Driving Instructor.

]]>
https://driving-school.com.my/lesen-memandu/e-rayuan/feed/ 1
Penguatkuasaan Sistem AES Di Malaysia https://driving-school.com.my/lesen-memandu/penguatkuasaan-aes/ https://driving-school.com.my/lesen-memandu/penguatkuasaan-aes/#comments Fri, 25 Apr 2014 12:38:06 +0000 http://driving-school.com.my/?p=6246 Penguatkuasaan Sistem Automatik ataupun A.E.S (Automated Enforcement System) telah dilaksanakan di negara kita. Kalaunya pada masa sekarang, pesalah-pesalah trafik di Malaysia kini ditahan mahupun diberkas oleh para pegawai JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan), pihak polis ataupun pegawai-pegawai majlis-majlis tempatan, masanya telah tiba, tugas tersebut di atas diserahkan kepada suatu sistem penguatkuasaan yang canggih serta berkesan ini. [...]

The post Penguatkuasaan Sistem AES Di Malaysia appeared first on The Driving School Blog - By a Seasoned Driving Instructor.

]]>

Penguatkuasaan Sistem Automatik ataupun A.E.S (Automated Enforcement System) telah dilaksanakan di negara kita.

Kalaunya pada masa sekarang, pesalah-pesalah trafik di Malaysia kini ditahan mahupun diberkas oleh para pegawai JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan), pihak polis ataupun pegawai-pegawai majlis-majlis tempatan, masanya telah tiba, tugas tersebut di atas diserahkan kepada suatu sistem penguatkuasaan yang canggih serta berkesan ini.

Sistem tersebut digelarkan “Automated Enforcement System” dalam Bahasa Inggeris. Lebih daripada 1000 Kamera canggih akan digunakan di seluruh pelusuk tanah air kita untuk mencapai tujuan tersebut di atas.

Antara kesalahan-kesalahan yang lumrahnya dilakukan oleh pemandu-pemandu Malaysia sudah tentu termasuk:

i. Tidak mengendah lampu isyarat. Untuk kesalahan ini anda boleh dihukum di bawah Seksyen 119(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Dendanya RM 300.

ii. Melebihi had laju ataupun “speeding” yang melanggar peraturan Seksyen 40(1) APJ 1987. Kesalahan ini akan menggenakan anda sebanyak Rm 300 kompaun.

Kiranya anda diheret ke mahkamah pula, pemandu-pemandu boleh didenda RM 1000. Lessen anda pula boleh diendoskan ataupun digantung selama sebulan.

Perlu diumumkan bahawa pihak berkuasa tidak berdaya menggunakan daya tenaga manusia iaitu pegawai JPJ, polis ataupun lain-lain demi menangkap pesalah-pesalah trafik lagi. Oleh demikian, saya merasa sistem A.E.S yang akan dilancarkan tidak lama lagi adalah satu-satu tindakan yang wajar serta baik.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berkata baru-baru ini, kamera-kamera yang diguna dalam sistem canggih ini dapat menangkap gambar-gambar jelas. Ia juga dikatakan dapat bekalan masa, tempat kejadian dan tarikh kesalahan itu terjadi. Ketiga-tiga butir ini penting untuk perjalanan satu-satu kes di mahkamah.

Sebelum sistem penguatkuasaan automatik dijalankan, JPJ telahpun menjalankan beberapa ujian di seluruh tempat di Malaysia. Baru-baru ini, di Putrajaya, ujian dijalankan dengan berjaya. Kamera-kamera A.E.S telah berjaya memberkas ramai pesalah yang melakukan kesalahan. Selain itu, JPJ menegaskan sistem tersebut di atas juga diujikaji di 10 tempat lain di Malaysia.

Sayugia diberitahu bahawa JPJ adalah hak milik sistem A.E.S, meskipun sistem ini dikendalikan dan direka oleh 2 buah swasta di Malaysia.

Menurut berita, pihak kerajaan tidak perlu mambuat apa-apa bayaran kepada pihak swasta. Selain itu, berita mengatakan, syarikat-syarikat yang bertanggungjawab mendirikan sistem ini hanya diberi sebahagian daripada bayaran-bayaran saman saja. Kadarnya, katanya, belum ditetapkan lagi.
Mengikut Pengarah Besar, Datuk Solah Mat Hassan, dipercayai sistem automatik yang baru ini dapat mengenalpasti pesalah-pesalah trafik. Dengan perlancaran sistem ini, pesalah-pesalah “degil” akan diberi saman dalam tempoh masa 2 minggu.

Suatu berita yang baik yang dapat diumumkan adalah sistem A.E.S ini dapat juga menangkap jenayah-jenayah lain yang kini berlaku di negara kita hari ini. Seperti pepatah Melayu berkata, “sambil menyelam, minum air”.

Lain maklumat-maklumat penting yang blog ini dapat membekalkan kepada pembaca-pembaca tentang sistem sudah tentu termasuk:

i. Terdapat 566 kamera menangkap had laju
ii. 265 kamera lampu isyarat
iii. 250 kamera “mobile” ataupun “bergerak”

A.E.S sudah dibukti sungguh berkesan di negara-negara asing umpamanya di Singapura, misalnya. Kini kita sampai ke suatu soalan penting berhubung dengan sistem penguatkuasaan ini. Untuk suatu-suatu sistem itu berjaya, ianya harus dilaksanakan dengan sungguh serta ketat.
Saman-saman yang dikeluarkan hendaklah dibayar ataupun diselesaikan.

Sekiranya, saman-saman yang ada tidak diendahkan pesalah-pesalah, maka hajat sistem penguatkuasaan automatik ini akan akhirnya gagal. Dengan demikian, usaha kerajaan melancarkan A.E.S akan menemui ajal. Perlancarannya sia-sia sahaja.

Harus diingat iaitu adalah mudah untuk meluluskan sesuatu undang-undang baru. Tetapi yang sukar adalah bolehkah kita melaksanakan undang-undang tersebut dengan baik ataupun sempurna? Itulah soalnya!

The post Penguatkuasaan Sistem AES Di Malaysia appeared first on The Driving School Blog - By a Seasoned Driving Instructor.

]]>
https://driving-school.com.my/lesen-memandu/penguatkuasaan-aes/feed/ 1
Kendereaan Jenama Chery Semakin Popular Di Malaysia https://driving-school.com.my/lesen-memandu/kendereaan-jenama-chery/ https://driving-school.com.my/lesen-memandu/kendereaan-jenama-chery/#respond Sat, 29 Sep 2012 00:49:22 +0000 http://driving-school.com.my/?p=5080 Negara Jepun terkenal untuk bunga-bunga “Chery”. Tetapi, tahukah anda bahawa pihak automobil negeri China, kini menghasilkan sejenis kenderaan bernama Chery? Kumpulan Auto Chery yang terletak di Wu Hu, China di wilayah An Hui telahpun dilaporkan mengeksport lebih daripada 500,000 buah kenderaannya kepada 80 buah Negara dan wilayah-wilayah lain di seluruh pelusuk dunia. Sudah pasti kenderaan-kenderaan [...]

The post Kendereaan Jenama Chery Semakin Popular Di Malaysia appeared first on The Driving School Blog - By a Seasoned Driving Instructor.

]]>

Negara Jepun terkenal untuk bunga-bunga “Chery”.

Tetapi, tahukah anda bahawa pihak automobil negeri China, kini menghasilkan sejenis kenderaan bernama Chery?

Kumpulan Auto Chery yang terletak di Wu Hu, China di wilayah An Hui telahpun dilaporkan mengeksport lebih daripada 500,000 buah kenderaannya kepada 80 buah Negara dan wilayah-wilayah lain di seluruh pelusuk dunia.

Sudah pasti kenderaan-kenderaan Chery tidak sepopular ataupun terkenal sekiranya di banding dengan pengeluar-pengeluar auto seperti Korea dan Jepun, dan tidaklah seterkenal dengan kenderaan jenis Toyota, Nissan, Kia, Honda dan Suzuki, tetapi memandangkan kadar kereta-kereta Chery dihasilkan, tidak lama lagi kereta-kereta Chery akan menjadi kenderaan jenama di kalangan para pemandu.

Syarikat kenderaan Auto Chery dilaporkan kini mempunyai 12 pusat pengeluaran auto di tempat-tempat seperti Ukraine, Egypt, Rusia, Iran, Uruguay, termasuk Malaysia.

Bagaimana mengenai pasaran Chery di Malaysia pula?

Mengenai soalan ini, mengikut kata-kata Encik Zhou Bi Ren, jurucakap syarikat Chery, beliau memberitahu pemberita, pada masa kini terdapat sebanyak 10,000 unit kenderaan-kenderaan Chery di Malysia.

Walaupun penjualan kenderaan Chery kini tidak begitu laris serta menggalakkan, namun demikian, kedudukan inidiakibatkan oleh dasar automotif National Automobil Policy (NAP) yang sebenarnya mempertahankan industry pemasangan kenderaan di Negara ini.

Menurut dasar tertera di atas, hanya kenderaan-kenderaan yang saiz agak besar c.c.nya saja yang dapat diimport ke dalam negeri.

Kebetulannya, kenderaan-kenderaan yang melebihi 1.8 cc sahaja, yang boleh diimport ke dalam negeri Malaysia.

Kenderaan-kenderaan yang di bawah kuasa c.c. yang rendah, termasuk kereta Chery, menghadapi beberapa masalah.

Dasar tertera di atas adalah untuk mempertahankan industry kereta di negara kita.

Setakat kini, syarikat Automobile Chery dikatakan telah membawa sebanyak 6 jenis model kereta ke dalam Malaysia.

Baru-baru ini, salah seorang pembaca blog ini telah menghubungi kami membuat aduan bahawa ia menyesal iaitu berbeza dengan negara-negara lain umpama di Eropah, Amerika Syarikat, Australia serta England, di mana kenderaan-kenderaan elektrik telah banyak diperkenalkan, di Malaysia pula, perlancaran kenderaan-kenderaan elektrik adalah tidak begitu memperangsangkan.

Kebetulannya pula, ianya tidaklah begitu menggalakkan sama sekali katanya.

Harus diterangkan kepada para pembaca bahawa sebarang percubaan untuk memperkenalkan kenderaan-kenderaan yang berjenis EV ataupun kenderaan-kenderaan elektrik ke mana-mana negara, khasnya Malaysia, sudah pasti akan menemui masalah-masalah yang komplikated serta rumit.

Masalah-masalah tertera seharusnya diatasi terlebih dahulu sebelum kenderaan-kenderaan elektrik dapat diperkenalkan.

Menurut Encik Zhou Bi Ren, jurucakap Syarikat Automobil Chery, syarikatnya telahpun menghasilkan beberapa model elektrik umpamanya, M1-EV, X1-EV, Cheri A51-SG, A5-BSG, S11-EV dan S18-EV.

Kenderaan-kenderaan yang tersebut di atas sudah sedia pun dilancarkan di pasaran tempatan sebaik-baik saja infrastruktur seperti stesen-stesen mengecaj bateri dapat disediakan.

Para pembaca blog ini harus diperingatkan bahawa demi untuk melancarkan kereta jenis elektrik ke sesebuah negara, harus diperingatkan bahawa ada sesetengah perkara yang patutnya diatasi terlebih dahulu.

Di antara, perkara-perkara penting yang seharusnya diperselesaikan adalah:-

i. Stesen-stesen mengecaj bateri.

Seharusnya diambil kira di mana kenderaan-kenderaan elektrik perlu dicaj.

Meskipun terdapat tempat sesuatu kawasan untuk mengecaj system kuasa bateri sesebuah kenderaan, namun demikian para pemandu tidak diharapkan menuggu selama 5 jam ataupun lebih untuk proses mengecaj bateri dilaksanakan.

ii. Masalah menimbang betapa beratnya sesuatu bateri kenderaan elektrik.

Adalah perlu diingatkan bahawa kenderaan elektrik pada asasnya terdiri daripada 2 jenis amnya.

Yang pertama, adalah kenderaan elektrik yang diguna dalam perkarangan bandar yang mempunyai kebolehan bergerak sejauh lingkungan 50km.

Yang kedua adalah kenderaan elektrik yang biasanya berkebolehan bergerak lebih jauh lagi, di lingkungan lebih daripada jarak 150km.

Jenis kenderaan umpama ini akan perlukan kuasa bateri yang lebih besar.

Jurutera-jurutera Automobil Chery kini dalam usaha cuba menghasilkan jenis bateri yang dapat bertahan lebih lama dan mempunyai kebolehan untuk bergerak lebih jauh, iaitu dapat bergerak lebih daripada 200 km.

Sumber-sumber lain mencadangkan iaitu bateri-bateri kenderaan elektrik itu diganti selepas kenderaan elektrik digunakan setiap kali ia digunakan.

Tetapi ini tidak munasabah memandangkan kos syarikat bateri terlalu tinggi.

Menurut pihak automobile Chery, belum terdapat mana-mana pihak ataupun syarikat besar yang sudi melaburkan modal demi untuk mendirikan pertubuhan yang dapat mengeluarkan bateri-bateri tersebut.

iii. Kenaikan Yuan dibandingkan dengan Dollar.

Yuan sebagai mata kewangan yang kukuh disbanding dengan unit mata kewangan yang lain, umpamanya dollar, mengalami kenaikan yang mendadak.

Oleh yang demikian, pihak Automobile Chery menghadapi pelbagai jenis masalah yang sukar kebetulannya.

iv. Dasar cukai serta polisi-polisi yang berbeza-beza, rintangan-rintangan bahasa dan peraturan-peraturan kerajaan yang sentiasa tukar-menukar.

Yang tertera di atas merupakan sebagai pelbagai masalah yang sering kali dihadapi oleh syarikat Automobile Chery dalam usaha memperkenalkan kenderaan-kenderaan syarikatnya ke merata tempat dunia.

Selain daripada Jepun serta Korea, negeri China kini sedang muncul sebagai sebuah pengeluar kereta yang utama di dunia ini.

Jumlah penjualan unit-unit kenderaan motor dari China kini berjumlah sebanyak 459,000 pada 2010 dan telah meningkat ke paras 682,000 tahun 2011.

Ini adalah suatu kenaikan sebanyak 36.3%. Ini telah mengakibatkan Chery melambung naik ke tempat yang ke 6 pengeluar-pengeluar automobile di negara China.

Pencapaian ini telah menewaskan pihak Amerika Syarikat yang dahulunya merupakan pengeluar auto yang terulung di dunia.

Pengeluaran Amerika berjumlah 18 juta sebenarnya.

Untuk maklumat para pembaca, syarikat Chery telah mencapai pengeluaran kenderaan yang ke satu jutanya pada tahun 2007.

Adalah dijangka bahawa, tidak lama lagi, pihak syarikat Automobile Chery akan mencapai pengeluaran kenderaanya yang ke 2 juta.

Memandangkan bahawa negara Jepun kini sedang mengalami masalah-masalah domestik akibat gempar bumi dahsyat serta tsunami yang melanda negara Jepun, adalah beberapa tahun lagi sebelum Jepun dapat mengatasi masalah-masalahnya.

Oleh itu, pengeluar kenderaan-kenderaan Chery nampak berhadapan dengan masa depan cerah khasnya untuk kenderaan-kenderaan elektrik umumnya!

Pemandu-pemandu Malaysia menunggu-nunggu akan kedatangan kenderaan-kenderaan Chery ke pantai Tanah Air kita!


The post Kendereaan Jenama Chery Semakin Popular Di Malaysia appeared first on The Driving School Blog - By a Seasoned Driving Instructor.

]]>
https://driving-school.com.my/lesen-memandu/kendereaan-jenama-chery/feed/ 0
Pemandu Malaysia Merupakan Pemandu Yang Paling Teruk https://driving-school.com.my/lesen-memandu/pemandu-malaysia-paling-teruk/ https://driving-school.com.my/lesen-memandu/pemandu-malaysia-paling-teruk/#comments Mon, 07 May 2012 00:06:15 +0000 http://driving-school.com.my/?p=4501 Untuk suatu tempoh masa yang agak lama, orang-orang asing yang melawat ke negeri kita Malaysia, berpendapat bahawa rakyat Malaysia merupakan pemandu-pemandu yan paling teruk di dunia. Australia, England serta Singapura, jiran kita yang terletak di bahagian selatan Negara kita dilaporkan sebagai negara-negara di mana lesen memandu agak sukar didapati. Salah seorang pembaca blog ini dari [...]

The post Pemandu Malaysia Merupakan Pemandu Yang Paling Teruk appeared first on The Driving School Blog - By a Seasoned Driving Instructor.

]]>

Untuk suatu tempoh masa yang agak lama, orang-orang asing yang melawat ke negeri kita Malaysia, berpendapat bahawa rakyat Malaysia merupakan pemandu-pemandu yan paling teruk di dunia.

Australia, England serta Singapura, jiran kita yang terletak di bahagian selatan Negara kita dilaporkan sebagai negara-negara di mana lesen memandu agak sukar didapati.

Salah seorang pembaca blog ini dari Australia, baru-baru ini telah menulis ke blog untuk memberitahu bahawa ia berhajat kembali ke Malaysia tidak lama lagi untuk tempoh 4 bulan.

Dia telah menanya samada bolehkah ianya mencapai lessen memandu dalam masa yang singkat itu.

Sudah tentu pembaca-pembaca blog ini ingin tahu apakah jawapan yang pengajar kereta ini memberitahu kepadanya.

Apakah jawapan yang telah diberikan kepada pembaca blog tersebut di atas?

Malangnya sekali, jawapan yang telah diberikan adalah “sudah tentu ianya boleh”.

Di negeri kita Malaysia, percubaan memperolehi lesen memandu untuk kereta ataupun motosikal, bukan saja murah, malah ianya juga boleh didapati dalam tempoh masa yang singkat sahaja.

Contohnya, lesen memandu jenis Kelas D untuk kereta dan B2 untuk motor (untuk menunggang motor 250c.c.), dapat diperolehi dalam tempoh masa 35 – 40 hari sahaja.

Demi untuk mendapatkan lesen memandu untuk kereta di Malaysia, seseorang calon itu Cuma membelanja sebanyak RM750 ke RM1000 saja. Ini termasuk bayaran lesen “L” dan “P” sekali.

Manakala untuk mencapai lesen memandu motosikal pula, kerajaan telah meletakkan harganya pada harga RM201 saja.

Harga ini terpaksa diterima oleh semua institut di negara ini.

Manakala bayaran lesen memandu motor dikawal pada RM2 saja oleh kerajaan.

Awal-awal lagi, iaitu pada tahun-tahun 1960-an ataupun 70-an, sepupu saya, Ah Loo yang menetap di kawasan Ang Mo Kio, Singapura, memberitahu saya bahawa orang-orang Singapura ketika itu, percubaan mencapai sesuatu lesen di pulau tersebut merupakan suatu yang sukar.

Bolehkah anda membayangkan betapa susah ianya untuk mencapai lesen memandu pada masa kini pula?

Saya masih teringat bagaimana Ah Loo memberitahu saya iaitu seseorang rakyat Singapura dikehendaki menunggu selama 2 tahun untuk mendapatkan tarikh penetapan untuk menduduki ujian Kod Undang-undang saja.

Apatah lagi susahnya untuk menduduki ujian praktikal pula. Kesimpulannya, untuk mendapati lesen memandu di Singapura memangnya susah.

Ujian-ujian yang perlu dihadapi oleh pemandu-pemandu memangnya ketat.

Ujian-ujian praktikal dikatakan amatnya ketat.

Proses ujian dijalankan secara bertahap tinggi demi memastikan mutu lesen memandu Singapura sesama taraf dengan negara-negara maju seperti di United Kingdom dan Australia.

Tahukah anda bahawa England sudi menerima lesen-lesen Singapura untuk menjadi lesen-lesen tempatan?

Sudah tentu terdapat sebab-sebab mengapa perkara ini berlaku.

Tetapi malangnya sekali, Jabatan Pengangkutan Jalan United Kingdom tidak menerima lesen-lesen Malaysia untuk ditukar menjadi lesen-lesen tempatan negaranya.

Mengapa ini berlaku?

Selain daripada fakta-fakta yang saya telah mengutarakan, tentang pembelajaran memandu, United Kingdom dikatakan tempat agak mahal sekiranya seseorang pemandu baru ingin belajar memandu.

Kebelakangan ini, salah sebuah sekolah memandu yang terkenal di England, Accrington Akademi Memandu, telah berhubung dengan blog ini, memberi komen mereka terhadap beberapa artikel blog ini.

Menurut Accrington, pihak sekolah memandu ini mengecaj £17 sejam untuk menjalankan pengajaran memandu.

Manakala di Malaysia, sekolah-sekolah dan institut-institut memandu cuma mengenakan RM25 sejam untuk pelajaran belajar memandu saja.

Adakah perbezaan harga belajar memandu di antara kedua-dua negara di atas itu yang menentukan “mutu pemandu-pemandu” baru yang dihasilkan.

Artikel yang sedang ditulis hari ini, berikutan kenyataan yang dibuat oleh seorang pakar pengangkutan di negara ini, Malaysia.

Beliau merupakan Professor Dr. Abdul Rahim Nor. Beliau adalah Ketua Jabatan Sosial, Development dan Environment di Universiti Kebangsaan di Kuala Lumpur.

Baru-baru ini, dalam suatu artikel beliau telah membuat kritikan yang keras terhadap pemandu-pemandu baru Malaysia. Dr. Rahim mengulaskan bahawa pemandu-pemandu Malaysia kebetulannya tidak mempunyai sebarang kebolehan untuk memandu.

Beliau bertambah bahawa, kebanyakan pemandu sebenarnya tidak berlayak memandu sama sekali.

Mereka dikatakan menimbulkan kekacauan di jalanraya kebetulannya.

Saya percaya bahawa Dr. Rahim, sedang menunjukkan pendapat-pendapatnya kepada pemandu-pemandu baru Malaysia dan bukan kepada pemandu-pemandu Malaysia yang penuh berpengalaman.

Sebelum kita meneruskan dengan kata-kata Dr. Rahim yang lain, marilah kita mengaji dengan lebih terperinci kenyataan-kenyataan lain yang Dr. Rahim telah buat tentang pemandu-pemandu Malaysia.

Pemandu-pemandu baru, menurut Dr. Rahim, kebetulannya tidak mempunyai kelayakan memandu.

Mereka tidak bersedar samada mereka mempunyai sikap yang betul demi memandu ataupun tidak.

Mereka sebenarnya, tidak tahu akan bahaya-bahaya yang wujud di jalanraya.

Pemandu-pemandu baru dikatakan merasa mereka selamat sewaktu membawa kenderaan di jalanraya. Sebenarnya, pemandu-pemandu lain di jalan yang memberi simpati kepda mereka.

Seringkali, mereka diberi jalan meskipun mereka sebenarnya telah melanggar peraturan-peraturan jalanraya.

Menurut statistic-statistik kemalangan jalanraya, kadar kemalangan telahpun bertambah dengan pesat sebanyak 4%, dari 394,330 pada 2009 kepada 414,421 tahun lepas, walaupun nasihat-nasihat serta peringatan-peringatan talahpun diberi supaya para pemandu memandu dengan baik.

Jumlah orang-orang yang tercedera telahpun bertambah banyak.

Demi untuk mengatasi keadaan yang membimbangkan, pakar-pakar percaya, Malaysia seharusnya menjejaki langkah negara-negara yang lain, seperti Eropah serta negara-negara umpamanya United Kingdom dan Australia, di mana ia memerlukan sekurang-kurangnya 4 tahun untuk memperolehi lesen memandu yang sah.

Di Negara Australia misalnya, seorang pelajar dikehendaki menghadiri kelas memandu selama 120 jam sebelum mereka diberi lesen memandu.

Di Malaysia pula, seseorang pelajar boleh mencapai lesen memandunya dalam hanya tempoh 1 ataupun 2 bulan, dan dibekalkan dengan lesen memandu selama 2 tahun.

Di Malaysia, ramai pemandu “P” gagal mempamerkan plet-plet “P” di kenderaan mereka.

Oleh yang demikian, maka adalah tidak hairan bahawa terlalu banyak kemalangan berlaku.

Kebanyakan kemalangan di Malaysia dikatakan disebabkan oleh perkara-perkara seperti kecuaian, memejut dengan laju, memandu dengan sewenang-wenangnya dan mengambil risiko-risiko yang bahaya untuk menambahkan lagi situasi yang rumit ini lebih daripada 1 juta kenderaan-kenderaan baru telah didaftarkan setiap hari.

Pakar-pakar pemanduan umpamanya Dr. Rahim misalnya, mencadangkan bahawa Malaysia seharusnya mencuba hasilkan pemandu-pemandu yang lebih bertaraf tinggi.

Demi mencapai prestasi ini, Malaysia sepatutnya mengambil langkah-langkah yang positif untuk merombak kurikulum industri pengajaran memandu yang sedia ada. Mudah-mudahan dengan langkah ini, dapat dihasilkan pemandu-pemandu yang bermutu baik.

Nampaknya, cuma inilah yang dapat menurunkan kadar kemalangan di Malaysia.

Sebenarnya, Malaysia telah dikatakan mengalami seramai 13 mahupun 14 kematian setiap hari pada tahun-tahun kebelakangan ini.

Pada hari ini pula, Malaysia menghadapi sebanyak 17 ataupun 18 kematian sehari.

Selain daripada merombak kurikulum sekolah memandu, usaha-usaha juga patut diambil demi menggalakkan orang ramai menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam seperti keretapi, bas dan teksi.

Sayugia diperingatkan bahawa perkhidmatan pengangkutan awam mempunyai rekod keselamatan yang baik sekiranya disbanding dengan perjalanan dengan kenderaan.

Di negeri Jepun misalnya, kebanyakan pendudukan dikatakan tidak memiliki kereta sendiri.

Orang Jepun sebenarnya tidak perlu memiliki kenderaan mereka sendiri.

Perkhidmatan pengangkutan awam di Jepun baik.

Pada tahun 2010, dilaporkan bahawa hanya terdapat 77 kematian di kalangan pengguna-pengguna perkhidmatan pengangkutan awam.

Dibandingkan dengan golongan yang menggunakan kenderaan mereka sendiri, kadarnya adalah 1,421 kematian.

Rumusannya adalah, perjalanan dengan perkhidmatan awam merupakan pilihan yang lebih baik nampaknya.

Di kalangan pengguna-pengguna motosikal dan pemboncit-pemboncitnya, jumlah kematian berjumlah 4,036. Yang menunggang motosikal sebaik-baiknya menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam.


The post Pemandu Malaysia Merupakan Pemandu Yang Paling Teruk appeared first on The Driving School Blog - By a Seasoned Driving Instructor.

]]>
https://driving-school.com.my/lesen-memandu/pemandu-malaysia-paling-teruk/feed/ 3