Sekolah Memandu Archives - The Driving School Blog - By a Seasoned Driving Instructor https://driving-school.com.my/category/sekolah-memandu/ Writings By a Driving Instructor With 40+ Years Teaching Experience Wed, 25 Sep 2019 05:17:42 +0000 en-US hourly 1 Cara Memandu Kereta Manual Dengan Betul & Selamat https://driving-school.com.my/sekolah-memandu/10-perkara-diajar-instructor-memandu/ https://driving-school.com.my/sekolah-memandu/10-perkara-diajar-instructor-memandu/#comments Tue, 24 Sep 2019 08:15:17 +0000 http://driving-school.com.my/?p=3665 Di dalam artikal ini, saya ingin menyentuh tentang cara-cara memandu kereta manual dengan betul dan selamat. Anda juga akan mengenali bagaimana seseorang instructor memandu memberi pengajaran kepada seorang bakal calon yang hendak belajar memandu. Sayugia di ingat kepada mereka-mereka yang ingin memberi pengajaran kepada anak atau sepupu mereka, iaitu sejak 1/1/1970, undang-undang Malaysia berkata bahawa [...]

The post Cara Memandu Kereta Manual Dengan Betul & Selamat appeared first on The Driving School Blog - By a Seasoned Driving Instructor.

]]>

Di dalam artikal ini, saya ingin menyentuh tentang cara-cara memandu kereta manual dengan betul dan selamat.

Anda juga akan mengenali bagaimana seseorang instructor memandu memberi pengajaran kepada seorang bakal calon yang hendak belajar memandu.

Sayugia di ingat kepada mereka-mereka yang ingin memberi pengajaran kepada anak atau sepupu mereka, iaitu sejak 1/1/1970, undang-undang Malaysia berkata bahawa mereka yang ingin memberi pengajaran kepada pemegang-pemegang lesen “L” di dapati salah dan boleh di hukum oleh pihak berkuasa.

Kini, kita sampailah keperingkat bagaimana hendak mengajar seseorang itu memandu.

1) Membetulkan tempat duduk.

Beritahu pelajar, di bawah tempat duduk ada lever untuk menolak tempat duduk itu ke depan atau ke belakang.

Gunakan tangan kiri untuk tugas ini.

2) Kedudukan tangan di stereng.

Pemandu-pemandu seelok-eloknya gunakan kaedah 10 dan 2.

Inilah posisi tangan yang terbaik sekali semasa memandu.

3) Tunjukan di mana letaknya hon kereta.

Kedudukan hon amat penting.

Pelajar harusnya tahu di mana kedudukan hon.

Ia hendaklah di guna semasa waktu kecemasan.

4) Kedudukan wiper kereta.

Pelajar baru harus di ajar bagaimana kendalikan wiper kereta.

Tunjukkan kepada pelajar, wiper lajuannya intermittent, slow dan fast.

5) Kedudukan signal kereta.

Tunjuk kepada seseorang pelajar baru bagaimana hendak menguruskan penggunaan signal kenderaan.

Tolak ke bawah, merupakan signal menunjuk ke arah kanan.

Tolak ke atas merupakan signal menunjuk ke arah kiri.

6) Tunjukan kontrol kaki – Clutch, brek dan injak.

Jelaskan kepada pelajar baru di mananya clutch, brek dan injak ataupun accelerator.

Kaki kiri hanya untuk memijak clutch saja.

Kaki kanan pula untuk memijak brek serta injak.

7) Bagaimana kendalikan brek tangan.

Tunjuk kepada pelajar baru bagaimana hendak tarik dan lepaskan brek tangan dengan cara yang betul.

8) Kedudukan gear kereta manual.

Pelajar hendaklah juga di tunjukkan kedudukan gear satu hingga ke gear empat.

Gear reverse tidak perlu di terang dalam kelas permulaan ini.

Ia boleh di ajar gear reverse kemudian kelak.

9) Bagaimana memijak injak.

Ajar murid yang baru bagaimana memijak injak atau accelerator dengan perlahan.

Memijak sehingga mendengar bunyi enjin menggaum.

Ini bererti minyak yang cukup untuk akibatkan sesebuah kereta itu bergerak.

10) Tunjukkan bagaimana caranya untuk memutar kunci kereta.

Beritahu pelajar baru bagaimana hendak memutar kunci kenderaan.

Sebenarnya, cara yang betul adalah memutar kunci 3 kali ke arah kanan.

Ini akan menghidupkan enjin kenderaan.

Perkara ini perlu di langsungkan oleh pelajar itu sendiri sebab semasa enjin mati tiba-tiba, pelajar itu sendiri yang seharusnya melaksanakan penghidupan enjin kereta semula.

Saya telah menunjuk-ajar cara-cara hendak mengajar seseorang pelajar yang baru gaya-gaya untuk menggendalikan sesebuah kenderaan.

Semoganya harap tunjuk ajar saya ini dapat sedikit sebanyak membantu anda dalam proses pelajar-pelajar mengendalikan sesebuah kenderaan.

Tetapi, di ingatkan sekali bahawa mengajar seseorang itu cara-cara memandu kenderaan adalah tugas seorang pengajar ataupun instructor yang mempunyai sijil mengajar.

Oleh yang demikian, eloknya sekali sekiranya tugas ini di serahkan saja kepada instructor kereta sahaja.

The post Cara Memandu Kereta Manual Dengan Betul & Selamat appeared first on The Driving School Blog - By a Seasoned Driving Instructor.

]]>
https://driving-school.com.my/sekolah-memandu/10-perkara-diajar-instructor-memandu/feed/ 107
Cara Memandu Kereta Manual Di Litar Institut Memandu https://driving-school.com.my/sekolah-memandu/litar/ https://driving-school.com.my/sekolah-memandu/litar/#respond Thu, 04 May 2017 02:53:54 +0000 http://driving-school.com.my/?p=7750 Di institut memandu, kami mempunyai satu litar khas seluas 6.5 akre untuk mengajar pemandu baru asas-asas cara memandu kereta manual. Gambarajah di atas adalah plan ringkas litar memandu kami. Cara memandu kereta manual di dalam litar sekolah adalah sama dengan cara panduan di jalan raya. Di litar, calon akan di ajar cara mengawal stereng kereta. [...]

The post Cara Memandu Kereta Manual Di Litar Institut Memandu appeared first on The Driving School Blog - By a Seasoned Driving Instructor.

]]>

Litar sekolah memandu

Di institut memandu, kami mempunyai satu litar khas seluas 6.5 akre untuk mengajar pemandu baru asas-asas cara memandu kereta manual.

Gambarajah di atas adalah plan ringkas litar memandu kami.

Cara memandu kereta manual di dalam litar sekolah adalah sama dengan cara panduan di jalan raya.

Di litar, calon akan di ajar cara mengawal stereng kereta.

Kalau stereng calon di dapati memuaskan dan dia dapat kawal stereng dengan baik, instructor memandu akan mula mengajar calon tersebut side parking.

Pelajar biasanya hanya menggunakan gear 1 dan 2 dalam perlaksanaan side parking.

Dengan kereta Perodua Axis, hanya ada beberapa langkah tertentu yang pelajar perlu ingat untuk melaksanakan side parking di litar.

Masa yang di beri untuk perlaksanaan side parking adalah 5 minit sahaja.

Selain side parking, pelajar baru juga akan di ajar cara membuat 3 point turn atau pusingan 3 penjuru di litar institut.

Selepas 3 point turn, calon juga akan di ajar cara membuat pergerakan “S”, memandu melepasi bonggol, lampu isyarat, naik bukit dan selanjutnya.

Memandu di litar

Matlamat memandu di litar institut memandu ialah memberi pelajar baru peluang untuk melatih teknik memandu sebuah kereta manual di dalam keadaan yang selamat dan terkawal.

Jika seorang pelajar membuat salah, risiko kemalangan adalah amat rendah.


The post Cara Memandu Kereta Manual Di Litar Institut Memandu appeared first on The Driving School Blog - By a Seasoned Driving Instructor.

]]>
https://driving-school.com.my/sekolah-memandu/litar/feed/ 0
Apakah Dia Borang S.M.4 Dan Kepentingannya? https://driving-school.com.my/sekolah-memandu/borang-sm4-dan-kepentingannya/ https://driving-school.com.my/sekolah-memandu/borang-sm4-dan-kepentingannya/#comments Mon, 21 Mar 2011 06:41:00 +0000 http://driving-school.com.my/?p=3844 Beberapa orang pembaca blog ini telah pun menulis kepada saya tentang “Borang S.M.4” ini. Mereka ingin tahu tentang borang ini yang di guna di institut-institut memandu. Jadi, saya rasa adalah sesuai bagi saya menulis tentang borang ini dalam artikel ini. Menurut peraturan-peraturan Jabatan Pengangkutan Jalan, Jadual II memerlukan penggunaan Borang S.M.4 (Kaedah 34 (1) ). [...]

The post Apakah Dia Borang S.M.4 Dan Kepentingannya? appeared first on The Driving School Blog - By a Seasoned Driving Instructor.

]]>

Beberapa orang pembaca blog ini telah pun menulis kepada saya tentang “Borang S.M.4” ini.

Mereka ingin tahu tentang borang ini yang di guna di institut-institut memandu.

Jadi, saya rasa adalah sesuai bagi saya menulis tentang borang ini dalam artikel ini.

Menurut peraturan-peraturan Jabatan Pengangkutan Jalan, Jadual II memerlukan penggunaan Borang S.M.4 (Kaedah 34 (1) ).

Ia sebenarnya “Rekod Pengajaran Pemandu”.

Calon-calon yang ingin mengambil sesuatu kursus belajar memandu, terlebih dulu di kehendaki mengisi borang yang penting ini.

Apakah butir-butir yang diisi ke dalam borang tersebut?

Borang S.M.4 di atas, akan mengandungi butir-butir berikut:-

1) Butir-butir pelajar.

Butir-butir umpama nama, alamat, jantina, umur dan nombor kad pengenalan perlu diisi dalam bahagian ini.

2. Butir-butir lessen “PDL”.

Butir-butir lessen “L” atau PDL juga diisikan selepas lulus “undang-undang Peraturan Jalan” atau “Highway Code”, lessen L memandu dikeluarkan.

Butir-butir penting seperti:

  • Kelas lessen
  • Nombor lessen
  • Tempoh lessen
  • Tempoh lulus Bhg I
  • Tamat tempoh Bhg I

Perkara-perkara atas biasanya diisi oleh pengajar atau “instructor”.

3. Peringkat pertama.

Borang S.M.4 ini, sebenarnya mula di pakai semasa seorang pelajar mula hadir kursus teori 6 jam di institut.

Kursus ini berlangsung 6 jam – 3 jam di dalam kelas dan 3 jam praktikal di luar kelas, yang dijalankan oleh seorang instructor.

Bahagian I teori dalam kelas (Kod A1, A2, A3, A4 dan A5) mengambil masa 1 jam setengah. Bahagian II (Kod B1, B2, B3, B4 dan B5) berlangsung selama 1 jam setengah lagi.

Kedua-dua pelajar dan pengajar di kehendaki manandatangani bahagian ini.

Akhirnya sekali, untuk peringkat kedua yang 3 jam praktikal di luar kelas, seorang pengajar dan kenderaannya, akan memberi pengajaran praktikal hal-hal kenderaan kepada pelajar tersebut.

Kesemuanya, 6 jam di luangkan untuk bahagian ini. Pengakuan pelajar serta pengakuan ketua pengajar juga perlu dibuat.

4. Peringkat kedua.

Di peringkat kedua ini, berapa kali seseorang pelajar belajar itu akan di catatkan.

Biasanya, seseorang pelajar harus mengambil sebanyak 10 kali minimanya.

Ini akan di akui oleh pelajar itu sendiri dan yang mengajar murid itu akan akui dengan menurunkan tandatangannya.

Berapa kali calon belajar itu kemudiannya akan di sahkan oleh Ketua Pengajar, yang biasanya adalah pegawai yang menjalankan Q.T.I. atau Pra-ujian.

5. Peringkat ketiga – Perakuan pegawai penilai institut.

Peringkat ketiga ini sebenarnya adalah ujian pra-ujian.

Dalam peringkat ini, pegawai Q.T.I. akan menguji calon dalam:-

  • Ujian naiki bukit
  • Side parking
  • Ujian 3 penjuru

Di ikuti dengan Bahagian III, iaitu “jalan raya”.

Di kebanyakan institut di Malaysia, seseorang pelajar akan di wajibkan belajar sekurang-kurangnya 10 kali.

Pegawai Q.T.I. juga akan sahkan bahawa pelajar itu terhak di uji oleh pihak J.P.J.

Ada para pelajar yang menanya saya sama ada perlu membawa Borang 4 apabila mereka berpindah ke suatu negeri yang lain.

Harus di peringatkan bahawa Borang 4 ini hendaklah dibawa bersama.

Dengan penjelasan lanjut yang di buat terhadap Borang 4 ini, adalah diharap bahawa tiada lagi pertanyaan di buat mengenai perkara ini lagi.


The post Apakah Dia Borang S.M.4 Dan Kepentingannya? appeared first on The Driving School Blog - By a Seasoned Driving Instructor.

]]>
https://driving-school.com.my/sekolah-memandu/borang-sm4-dan-kepentingannya/feed/ 13
Pengajar Yang Layak Sahaja Boleh Mengajar Memandu https://driving-school.com.my/sekolah-memandu/pengajar-layak-sahaja-boleh-mengajar-memandu/ https://driving-school.com.my/sekolah-memandu/pengajar-layak-sahaja-boleh-mengajar-memandu/#comments Tue, 14 Dec 2010 11:32:10 +0000 http://driving-school.com.my/?p=3661 Mengajar seseorang memandu itu bukannya suatu usaha yang mudah atau senang. Sebenarnya, sekiranya di tinjau, ianya suatu profesyen yang amat merbahaya. Untuk pengetahuan para pembara, baru-baru ini 2 orang rakan instructor saya mengalami kecederaan semasa menjalankan tugas mereka. Seorangnya, yang di ketahui sebagai Encik Tee, kakinya patah akibat di langgar oleh sebuah lori besar. Rakan [...]

The post Pengajar Yang Layak Sahaja Boleh Mengajar Memandu appeared first on The Driving School Blog - By a Seasoned Driving Instructor.

]]>



Mengajar seseorang memandu itu bukannya suatu usaha yang mudah atau senang. Sebenarnya, sekiranya di tinjau, ianya suatu profesyen yang amat merbahaya.

Untuk pengetahuan para pembara, baru-baru ini 2 orang rakan instructor saya mengalami kecederaan semasa menjalankan tugas mereka. Seorangnya, yang di ketahui sebagai Encik Tee, kakinya patah akibat di langgar oleh sebuah lori besar. Rakan tersebut telah membelanja sebanyak RM10,000 lebih bagi mengubati kecederaannya.

Seorang rakan pengajar yang saya sudah lupa namanya, buku lalinya patah akibat di langgar sebuah Pajero dari tepi. Tersadai hampir-hampir 6 bulan di rumah tidak menjalankan tugasnya selepas insiden tersebut di atas.

Penulis-penulis ke blog ini ramai telah menulis kepada saya menyoal, apa sebab rakyat Malaysia tidak boleh di ajar oleh ayah, abang, suami, rakan ataupun saudara mereka?

Mengapa mereka menanya pula, harus di ajar atau di beri latihan memandu oleh instructor ataupun pengajar sekolah memandu atau institut memandu sahaja?

Seorang pembaca blog ini dari Iraq, menyoal saya, kenapa mesti belajar memandu melalui sekolah memandu atau institut saja? Tidak adakah pilihan lain?.

Orang-orang lain pula menanya, bukankah Malaysia merupakan sebagai nagara yang bercorak pilihan bebas untuk menentukan sendiri sama ada ia memilih untuk di ajar oleh seorang pengajar sekolah ataupun institut memandu?

Sepertimana saya telah huraikan terlebih dahulu, yang utama, tugas mengajar seseorang itu memandu tugas yang bahaya. Pihak berkenaan, iaitu Jabatan Pengagkutan Jalan (J.P.J.) berpendapat bahawa hanya mereka yang ada sijil mengajar atau S.M.2 saja di izinkan memberi pengjaran kepada pelajar memandu.

Kesimpulannya, hanya pengajar yang layak sahaja boleh mengajar memandu di Malaysia.

The post Pengajar Yang Layak Sahaja Boleh Mengajar Memandu appeared first on The Driving School Blog - By a Seasoned Driving Instructor.

]]>
https://driving-school.com.my/sekolah-memandu/pengajar-layak-sahaja-boleh-mengajar-memandu/feed/ 2
Kemungkinan Harga Belajar Memandu Di Naikkan https://driving-school.com.my/sekolah-memandu/kemungkinan-harga-belajar-memandu-di-naikkan/ https://driving-school.com.my/sekolah-memandu/kemungkinan-harga-belajar-memandu-di-naikkan/#comments Fri, 08 Jan 2010 04:21:54 +0000 http://driving-school.com.my/?p=1833 Adakah kemungkinan besar harga mempelajari memandu itu menigkat? Sekiranya, di tinjau secara teliti, sama ada harga itu menigkat atau pun merosot, berdasarkan kepada beberapa sebab yang tertentu. Antara sebab yang memainkan peranan utama untuk mengawal harga belajar memandu ialah? 1) Hajat menukar ke kenderaan Viva. Pihak J.P.J. telahpun mengumumkan bahawa tidak lama lagi, kesemua sekolah [...]

The post Kemungkinan Harga Belajar Memandu Di Naikkan appeared first on The Driving School Blog - By a Seasoned Driving Instructor.

]]>

Adakah kemungkinan besar harga mempelajari memandu itu menigkat?

Sekiranya, di tinjau secara teliti, sama ada harga itu menigkat atau pun merosot, berdasarkan kepada beberapa sebab yang tertentu.

Antara sebab yang memainkan peranan utama untuk mengawal harga belajar memandu ialah?

1) Hajat menukar ke kenderaan Viva.

Pihak J.P.J. telahpun mengumumkan bahawa tidak lama lagi, kesemua sekolah memandu dengan insititut memandu di kehendaki menggunakan jenis model Viva demi untuk menjalankan usaha sekolah memandu.

Harga Viva itu berjumlah lebih daripada RM35,000.

Dengan itu, sudah tentu harga belajar memandu akan menigkat.

Lagi pun, kos minyak mengendalikan sesebuah Viva lebih tinggi daripada Perodua Kancil.

2) Institut-institut kini akan di pertingkatkan.

Demi untuk meningkatkan taraf atau status institut memandu, kesemua institut hendaklah di ubahsuai.

Dengan itu, litar institut memandu bukan saja akan bertambah besar dan maju, malah perkhidmatannya kepada pengguna akan bertambah baik.

Kenderaan-kenderaan serta motorsikal yang di gunakan sekarang akan di ganti dengan jenis lebih baru dan canggih.

Kesemuanya perubahan ini memakan perbelanjaan yang lebih dan kos ini hendaklah di tanggung oleh penuntut-penuntut.

3) Harga minyak petrol kemungkinan naik.

Kiranya harga minyak naik, sudah tentu pihak sekolah dan institut memandu terpaksa juga ikut berlambung juga harganya.

Oleh kerana demikian, bakal-bakal pemandu yang ingin mempelajari memandu berharap berdoalah bahawa harga minyak itu tidak naik secara mendadak.

4) Harga mempelajari motor kemungkinan di kurangkan.

Kerajaan Malaysia senantiasa mengawasi harga belajar motor tidak berapa tinggi sangat.

Motor biasa di guna oleh golongan yang berpendapatan rendah.

Baru-baru ini, kerajaan telah memberi arahan kepada pihak institut memandu supaya menurunkan harga berlajar motor.

Di kebanyakan institut memandu, harga kursus belajar di tahap RM201 saja.

Bayaran lesen motor akan di kurang kepada cuma RM2 saja tidak lama lagi.

5) Kos-kos mengendali institut memandu bertambah tinggi.

Apa daya kos mengendalikan sesebuah institut memandu makin hari bertambah.

Oleh itu, walaupun pihak institut memandu faham bahawa harga belajar memandu kiranya boleh jangan di letak terlalu tinggi.

Tetapi perkara ini berada di luar kawalan mereka.

6) Penggunaan kenderaan auto.

Ada ura-ura kebelakangan ini, bahawa kemungkinan besar, kami akan ke era auto tidak lama lagi.

Tuan-tuan serta puan-puan sedar bahawa perkara ini walaupun baik pada keseluruhannya, tetapi had ini akan akibatkan harga belajar memandu akan bertambah naik pula.

Tetapi janganlah khuatir sangat.

Anda boleh lagi membuat keputusan untuk belajar memandu dengan kenderaan-kenderaan manual lagi.

Meskipun sudah di tinjau secara teliti soalan mungkinkah harga belajar memandu bertambah naik lagi dalam masa tidak lama lagi, pada pendapat saya, saya merasa ada harapan harga itu akan kekal pada harga sekarang juga.

Negara sekarang dalam krisis ekonomi merosot.

Persaingan perniagaan sekolah-sekolah memandu hebat.

Lebih litar-litar baru institut memandu kian di buka sekarang di seluruh Negara.

Kerajaan Malaysia sedang menguasai harga membelajari kereta dengan ketat.

Faktor-faktor kesemua ini akan menguntungkan pihak bakal pemandu keseluruhannya.

Pihak institut memandu dan sekolah memandu sebenarnya tidak gemar harga belajar memandu itu naik dengan mendadak.

Tetapi harus di peringatkan, sebenarnya ada sesetangah perkara ada di luar kawalan kita.



The post Kemungkinan Harga Belajar Memandu Di Naikkan appeared first on The Driving School Blog - By a Seasoned Driving Instructor.

]]>
https://driving-school.com.my/sekolah-memandu/kemungkinan-harga-belajar-memandu-di-naikkan/feed/ 2
Penggunaan Kereta Automatik Di Industri Sekolah Memandu https://driving-school.com.my/sekolah-memandu/penggunaan-kereta-automatik-di-industri-sekolah-memandu/ https://driving-school.com.my/sekolah-memandu/penggunaan-kereta-automatik-di-industri-sekolah-memandu/#comments Fri, 18 Sep 2009 21:42:50 +0000 http://driving-school.com.my/?p=888 Komen Ke Atas Memperkenalkan Kenderaan Automatik Ke Pasaran Malaysia Penggunaan kenderaan automatik di banding dengan kereta-kereta manual merupakan sebagai sesuatu yang tidak dapat di elakkan. Seperti matahari terbit di sebelah timur, keputusan kerajaan Malaysia hendak menggunakan kenderaan automatik, khasnya di bidang sekolah memandu dan institut-institut memandu merupakan era yang baru. Hanya dengan kenderaan automatik saja, [...]

The post Penggunaan Kereta Automatik Di Industri Sekolah Memandu appeared first on The Driving School Blog - By a Seasoned Driving Instructor.

]]>

Komen Ke Atas Memperkenalkan Kenderaan Automatik Ke Pasaran Malaysia

Penggunaan kenderaan automatik di banding dengan kereta-kereta manual merupakan sebagai sesuatu yang tidak dapat di elakkan.

Seperti matahari terbit di sebelah timur, keputusan kerajaan Malaysia hendak menggunakan kenderaan automatik, khasnya di bidang sekolah memandu dan institut-institut memandu merupakan era yang baru.

Hanya dengan kenderaan automatik saja, dapat sesebuah Negara melangkah ke tahap baru.

Tidak dapat di nafikan bahawa zaman “auto” telahpun tiba.

Tiada siapa, termasuk agen-agen kenderaan motor ataupun kerajaan sendiri yang dapat buat apa-apa terhadapnya.

Agen-agen kenderaan motor masa kini, kebanyakan memperkenalkan model-model baru yang kebanyakan memperkenalkan kenderaan-kenderaan “auto” ke pasaran mereka.

Oleh sebab itu, pihak pengangkutan, khasnya J.P.J. menurut langkah pasaran tersebut.

Keputusan telahpun di beri akan tidak lama lagi membuat keputusan sama ada ataupun tidak mengizinkan kereta-kereta auto di gunakan oleh pihak sekolah memandu atau insititut memandu menggunakan kenderaan sedemikian.

Pada ketika ini, kesemua sekolah memandu termasuk institut memandu hanya menggunakan kereta manual saja.

Sebenarnya, kenderaan “auto” boleh di gunakan oleh golongan O.K.U. (Orang Kurang Upaya) untuk belajar serta menguji dalam kereta auto.

Kenderaan yang khas di “modify” juga boleh di gunakan.

Walauapapun, permintaaan khas terlebih dulu di capai daripada pihak-pihak berkenaan.

Sekiranya saya di soal samada kenderaan auto akan di pakai ataupun tidak dalam industri pengajaran sekolah memandu, sudah pasti jawapan saya merupakan Ya!

Tidak lama kemudian, menurut pendapat saya, Negara ini akan mula penggunaan kenderaan-kenderaan automatik.

Lewat-lewat akhir bulan Disember 2009, dan sekiranaya tidak, bulan Januari 2010, langkah-langkah akan di ambil untuk memperlaksanaakan projek ini.

Apakah antaranya perkara-perkara yang seharusnya di ambil dalam perkiraan?

Antara perkara-perkara yang sepatutnya di ambil kira adalah:

1) Harga belajar memandu.

Dengan penggunaan kenderaan berjenis auto, sudah tentu harga akan berubah.

Struktur bayaran, menurut masa-masa lampau di sediakan oleh pihak jabatan.

Harus di pastikan senarai harga berpatutan kepada kedua-dua belah pihak.

2) Prosedur menguji.

Sudah pasti ini harus di kaji semula balik.

Tiap bahagian, masa-masa untuk melaksanakannya perlu di kaji balik semula memandangkan kenderran baru berjenis “auto” akan di gunakan.

Ini mungkin mengambil sedikit masa untuk di sediakan.

3) Jenis lesen baru untuk kenderaan auto.

Jenis lesen baru hanya boleh memandu kenderaan jenis auto saja.

Tidak boleh lagi lesen ini memandu kereta manual.

Di atas merupakan beberapa perkara yang pihak bertanggungjawab itu seharusnya mengkaji secara teliti sebelum di perkenalkan kenderaan-kenderaan automatik ke industri sekolah memandu.

Sama ada seseorang itu setuju atau membangkang cadangan tersebut lain persoalan pula.



The post Penggunaan Kereta Automatik Di Industri Sekolah Memandu appeared first on The Driving School Blog - By a Seasoned Driving Instructor.

]]>
https://driving-school.com.my/sekolah-memandu/penggunaan-kereta-automatik-di-industri-sekolah-memandu/feed/ 3
Kursus QTI JPJ – Adakah Test Ini Wajib? https://driving-school.com.my/sekolah-memandu/q-t-i-atau-pra-ujian-memandu-di-malaysia/ https://driving-school.com.my/sekolah-memandu/q-t-i-atau-pra-ujian-memandu-di-malaysia/#comments Wed, 26 Aug 2009 07:09:12 +0000 http://driving-school.com.my/?p=755 Seorang penuntut yang mengambil kursus “memandu” seharusnya mempelajari kurang-kurang 16 jam. Penuntut-penuntut yang telah Berjaya dalam ujian “undang-undang” akan menghadiri kursus Teori 6 Jam. Bahagian Pertama selama 3 jam itu berlangsung dalam kelas. Baki 3 jam di kendalikan di luar darjah sebagai “praktikal”. Di waktu praktikal inilah, pengajar-pengajar atau “instructor” anda akan mengajar hal-hal penjagaan [...]

The post Kursus QTI JPJ – Adakah Test Ini Wajib? appeared first on The Driving School Blog - By a Seasoned Driving Instructor.

]]>

Seorang penuntut yang mengambil kursus “memandu” seharusnya mempelajari kurang-kurang 16 jam.

Penuntut-penuntut yang telah Berjaya dalam ujian undang-undang akan menghadiri kursus Teori 6 Jam.

Bahagian Pertama selama 3 jam itu berlangsung dalam kelas.

Baki 3 jam di kendalikan di luar darjah sebagai “praktikal”.

Di waktu praktikal inilah, pengajar-pengajar atau “instructor” anda akan mengajar hal-hal penjagaan enjin kepada anda.

Penukaran tayar bocor juga akan di ajar semasa ini.

Sama ada anda di beri pengajaran yang baik ataupun tidah terserah kepada pengajar yang awak memilih itu.

Lesen L.D.L. (Learner’s Driver’s License) sah untuk tempoh 3 bulan.

Seorang calon berlesen L itu, haruslah belajar memandu di bawah seorang instructor sekolah memandu atau institut memandu.

Biasanya Kancil di guna, memandangkan saiznya. Ia juga lebih kecil serta lebih senang di kawal atau pandu.

Seseorang calon hanya boleh memohon untuk di uji selepas sebulan ia mulai belajar.

Cuma dalam kes-kes istimewa, baru saja izin di beri oleh pihak J.P.J. untuk ujian “special test”.

Misalnya, katakanlah seorang calon ingin berlanjutan pelajaran ke luar negeri di institusi atau universiti sana.

Berilah bukti-bukti seperti tiket pesawat dan surat-surat pendaftaran ke institusi-institusi bolehlah di terima sebagai bukti kukuh.

Seorang calon atau pelajar yang sudah tamat antara 6 – 10 jam memandu layak memohon untuk di uji pihak J.P.J.

Tetapi, menurut kurikulum institut-institut memandu, sekolah memandu anda harus terlebih dulu hantarkan anda ke “Ujian Pra” atau Q.T.I.

Ramai menanya saya, apakah itu “ujian pra” atau Q.T.I. itu?

Q.T.I dalam Bahasa Inggeris bererti “Qualifying Test at the Institute”.

Umpama di sekolah atau kolej, anda terpaksa menduduki ujian pra sebelum menduduki S.P.M. yang sebenar.

Di institut memandu pula, anda hendaklah menghadapi ujian pra. Faham kan?

Ujian Pra di kendalikan oleh pengajar-pengajar institut yang mempunyai kelayakan untuk menguji anda.

Setiap institut memandu mengkhaskan dua-tiga hari untuk ujian pra di jalankan.

Sekolah-sekolah memandu hendaklah mendaftarkan murid-murid untuk ujian ini.

Kehadiran calon adalah “Wajib”.

Kedua-dua jari si pelajar dan “instructor” itu hendaklah di masukkan ke komputer.

Ini untuk mengesahkan bahawa uji itu di langsungkan secara “sah”.

Biasanya, uji pra ini berlangsung ½ jam seorang calon.

Apa yang di buat oleh calon semasa pra-ujian?

Calon-calon di uji seperti ujian J.P.J. Instructor Q.T.I. menguji calon seperti di bawah:

1) Bahagian I – Naik bukit.

2) Bahagian II – Meletak kereta dan Pusing 3 Penjuru.

3) Bahagian III – Jalan raya.

Memandangkan ujian-ujian ini adalah di langsungkan oleh para pegawai dalaman (institut sendiri) sudah pasti ianya di jalankan secara longgar sedikit.

Para calon di beri tunjuk ajar dan nasihat mana-mana di perlu.

Tetapi ini tidak bererti taraf-taraf atau “standard” tidak di pentingkan.

Setahu saya, calon-calon atau pelajar yang tidak di ajar dengan baik atau memuaskan akan di gagalkan.

Yang tidak Berjaya membuat side parking misalnya atau gagal dalam acara naik bukit, di minta belajar sejam dua lagi oleh instructor di kawasan institut sebelum di kemukakan sekali lagi.

Semasa pra ujian atau “Q.T.I.”, borang-borang tertentu harus di isi. Umpamanya,
1) Borang 4.

2) Borang Q.T.I.

3) Butir-butir lesen L.D.L.

4) Kad pengenalan.

5) Borang peribadi.

Sekiranya mengikut pandangan pegawai Q.T.I., seorang calon layak di uji maka ia akan mengesah bahawa calon berkenaan boleh di uji J.P.J.

Borang-borang kesemuanya termasuk kad J.P.J. L3 kemudian akan di submit ke pejabat institut untuk di semak dan di hantar ke J.P.J. pula.

Ada kalanya terdapat kesilapan-kesilapan di borang pemohonan.

Dengan demikian, pemohonan itu di tolak.

Calon itu tidak dapat di uji pada hari yang ia hendak.

Biasa, calon akan merasa marah.

Para pengajar pula lebih marah! Inilah Q.T.I. Maksud Q.T.I. boleh di ubah jadi “Qualified to be Impatient”.

The post Kursus QTI JPJ – Adakah Test Ini Wajib? appeared first on The Driving School Blog - By a Seasoned Driving Instructor.

]]>
https://driving-school.com.my/sekolah-memandu/q-t-i-atau-pra-ujian-memandu-di-malaysia/feed/ 39
Sekolah Memandu Dan Institut Memandu Di Malaysia https://driving-school.com.my/sekolah-memandu/sekolah-memandu-dan-institut-memandu-di-malaysia/ https://driving-school.com.my/sekolah-memandu/sekolah-memandu-dan-institut-memandu-di-malaysia/#comments Sun, 16 Aug 2009 08:54:06 +0000 http://driving-school.com.my/?p=697 Adakah Ianya Satu Kemestian Sesebuah Sekolah Memandu Terpaksa Menyertai Institut Memandu? Pembaca-pembaca blog Malaysia Driving School ini bukan terdiri daripada pemuda-pemudi 17 belas tahun saja. Antara lain pembaca, termasuk golongan “businessman” atau mereka yang nampaknya ingin bekemcipung ke arena sekolah memandu ataupun institut memandu. Kepada kumpulan yang mempunyai keazaman dan “entrepreneurship”, saya mengalu-alukan anda ke [...]

The post Sekolah Memandu Dan Institut Memandu Di Malaysia appeared first on The Driving School Blog - By a Seasoned Driving Instructor.

]]>

Adakah Ianya Satu Kemestian Sesebuah Sekolah Memandu Terpaksa Menyertai Institut Memandu?



Pembaca-pembaca blog Malaysia Driving School ini bukan terdiri daripada pemuda-pemudi 17 belas tahun saja. Antara lain pembaca, termasuk golongan “businessman” atau mereka yang nampaknya ingin bekemcipung ke arena sekolah memandu ataupun institut memandu.

Kepada kumpulan yang mempunyai keazaman dan “entrepreneurship”, saya mengalu-alukan anda ke alam bidang memandu ini.

Oleh sebab pertanyaan seorang pembaca blog ini memerlukan ruang agak panjang untuk di jawab, maka keputusan telahpun di buat untuk menulis sebuah artikal pendik bagi menjawab pertanyaan beliau.

Sebelum di teruskan, pembaca-pembaca, besar kemungkinan ingin tahu apakah itu pembaca tertera di atas bertanya. Soalannya begini,

“Adakah ianya satu kemestian sesebuah sekolah memandu (katakanlah yang baru di tubuh) itu menyertai institut memandu sepertimana di buat oleh sekolah memandu lain?”

Untuk menjawab soalan tersebut di atas, bukan begitu mudah atau senang saja. Kebetulannya, harus terlebih dulu mengaji serta faham peranan kedua-dua entiti berkenaan:

1) Peranan sekolah memandu.

2) Peranan institut memandu.

Sekolah memandu mempunyai peranan dan tugasnya tersendiri. Dengan demikian, institut memandu pun ada peranan dan tugasnya terhadap sekolah memandu juga.

Harus di peringatkan bahawa sekolah memandu dengan sendirinya tidak dapat melaksanakan perkara-perkara seperti:

1) Jalankan Kursus K.P.P. (5 jam) dan isunya Sijil JPJ L2A.

2) Kendalikan Kursus 6 Jam dan isunya Sijil JPJ L2B.

3) Kendalikan Ujian Pra (Q.T.I.).

4) Memasuki Ujian praktikal J.P.J.

5) Memasuki ujian semula (Bahagian I / II).

6) Menjalani latihan-latihan kelas D, B2, B Full, E (lori), H (traktor) dan lain-lain di sirkit institut memandu.

Item-item 1 hingga 6 hanya boleh di laksanakan oleh pihak institut sahaja!

Sehingga kini, saya berharap pihak tuan dapat memahami bahawa sebenarnya pihak sekolah memandu hendaklah bekerja-sama dengan pihak institut memandu sebenarnya.

Kepada soalan pringkat kedua mengenai soal institut manakah yang sesuai di gabung dengan, jawapannya adalah seperti di nyatakan di bawah:

1) Institut yang dapat memberi kerjasama sepenuhnya kepada sekolah memandu anda.

2) Boleh bertolak-ansur dalam kesemua hal.

3) Dapat memberi bantuan bila bangkitnya sebarang masalah.

Akhir kata, pihak sekolah memandu sebenarnya bukan di minta atau terpaksa bergabung dengan mana-mana institut memandu.

Jadi, sebagai Pengurus sesebuah sekolah memandu yang mungkinnya baru, anda haruslah peka memilih berurusan dengan salah sebuah institut memandu yang berada di kawasan perniagaan entiti anda.

The post Sekolah Memandu Dan Institut Memandu Di Malaysia appeared first on The Driving School Blog - By a Seasoned Driving Instructor.

]]>
https://driving-school.com.my/sekolah-memandu/sekolah-memandu-dan-institut-memandu-di-malaysia/feed/ 10
Komen Terhadap Manual Prosedur Kerja Pengurusan Pengujian https://driving-school.com.my/sekolah-memandu/komen-terhadap-manual-prosedur-kerja-pengurusan-pengujian/ https://driving-school.com.my/sekolah-memandu/komen-terhadap-manual-prosedur-kerja-pengurusan-pengujian/#comments Tue, 11 Aug 2009 03:08:48 +0000 http://driving-school.com.my/?p=676 Sistem Manual Prosedur Kerja Pengurusan Pengujian di laksanakan baru-baru ini. Selepas di jalankan hampir-hampir 3 bulan, maka komen boleh di berilah kepada sistem tersebut. Kini, sistem ini buat kali ulung-ulung berkehendakkan calon-calon menandatangani borang-borang seperti Borang 4 dan kad ujian JPJ L3 secara sendiri. Langkah di atas memang baik dan di alu-alukan. Calon-calon sekarang di [...]

The post Komen Terhadap Manual Prosedur Kerja Pengurusan Pengujian appeared first on The Driving School Blog - By a Seasoned Driving Instructor.

]]>

Sistem Manual Prosedur Kerja Pengurusan Pengujian di laksanakan baru-baru ini. Selepas di jalankan hampir-hampir 3 bulan, maka komen boleh di berilah kepada sistem tersebut.

Kini, sistem ini buat kali ulung-ulung berkehendakkan calon-calon menandatangani borang-borang seperti Borang 4 dan kad ujian JPJ L3 secara sendiri.

Langkah di atas memang baik dan di alu-alukan.

Calon-calon sekarang di uji berperingkat-peringkat. Memecahkan calon kepada sessi-sessi tertentu, pada pendapat saya memang baik.

Kalau di bandingkan dahulu, calon-calon tidak perlu datang awal-awal dan menunggu berjam-jam, tetapi tidak di uji pula. Ini membuang masa saja. Suatu sessi biasanya 2 – 2 1/2 jam.

Sekiranya tiada apa-apa halangan, seperti umpamanya “hujan” ataupun “kesesakan di jalan raya”, sudah tentu ujian calon dalam sesuatu sessi itu akan selesai di uji semua.

Seperkara lagi yang di perkenalkan baru-baru ini di dalam sistem “Manual Prosedur Kerja Pengurusan Pengujian” ini adalah peraturan memakai “tali pinggang” ataupun “seat belt”.

Ini memandangkan, sewaktu ujian, biasa berlaku kemalangan. Cerita mengenai kemalangan berlaku sewaktu ujian di institut-institut tertentu sentiasa di dengar.

Jadi peraturan demi keselamatan para calon adalah satu yang bijaksana dan baik yang di buat pihak penguji.

Walaupun peraturan ini menyusahkan calon-calon semasa mereka buat side parking atau menaiki bukit, peraturan ini memang dapat menjamin keselamatan calon secara keseluruhan.

Kiranya pada masa-masa yang lampau, pihak institut memandu di minta sediakan makan-minum bagi para penguji, kini pula arahan di beri memperhentikan amalan ini.

Sebagaimana kita sedia maklum, kaki-tangan J.P.J. hendaklah mematuhi kepada General Orders (G.O.). Saya berpendapat tidak perlu saya terangkan tentang hal ini secara panjang lebar.

Sebelum satu-satu sessi bermula ujiannya, setengah jam di khaskan bagi memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada para calon hari tersebut. Apa-apa kemuskilan yang ada pada calon-calon dapat di soal pada masa singkat ini.

Ada di antara “pengajar-pengajar” berpendapat langkah di atas ini leceh dan menyusahkan. Tetapi sekiranya di tinjau dengan secara baik-baik, kita di dapati bahawa keuntungan lebih daripada keburukannya.

Satu lagi perkara yang di perkenalkan di bawah sistem baru-baru ini adalah ketetapan bahawa calon-calon yang datang lewat akan di larang daripada mengambil ujian hari tersebut.

Walaupun pada mulanya ini memang membangkitkan perasaan marah seorang-dua “instructor” yang kurang setuju dengan procedur ini, saya yakin lama-kelamaan mereka akan menerima keputusan ini secara terbuka.

Kalau “disiplin” tidak di semaikan ke dalam sanubari calon, macam-mana pula mereka boleh di latih menjadi seorang pemandu baik.

Memang ada lagi komen-komen yang saya hendak buat mengenai sistem ini, tetapi oleh kerana ia akan mengambil masa yang agak panjang, maka di sini saja artikal ini berhenti.

The post Komen Terhadap Manual Prosedur Kerja Pengurusan Pengujian appeared first on The Driving School Blog - By a Seasoned Driving Instructor.

]]>
https://driving-school.com.my/sekolah-memandu/komen-terhadap-manual-prosedur-kerja-pengurusan-pengujian/feed/ 2
Keperluan-keperluan Untuk Menjadi Seorang Pengajar Institut Memandu https://driving-school.com.my/sekolah-memandu/keperluan-keperluan-untuk-menjadi-seorang-pengajar-institut-memandu/ https://driving-school.com.my/sekolah-memandu/keperluan-keperluan-untuk-menjadi-seorang-pengajar-institut-memandu/#comments Sat, 01 Aug 2009 05:41:19 +0000 http://driving-school.com.my/?p=542 Artikal ini khasnya sekali untuk menjawab pertanyaan seorang pembaca blog Driving School Malaysia ini. Seorang yang berhajat hendak menjadi pengajar atau instructor institut memandu janganlah seorang yang "fickle minded" atau "kerap berubah fikiran". Mengapa pula tidak boleh bersifat tersebut di atas? Kerana, kiranya hendak menjadi pengajar atau instructor memandu, hendaklah menghadiri "kursus" dapatkan sijil mengajar [...]

The post Keperluan-keperluan Untuk Menjadi Seorang Pengajar Institut Memandu appeared first on The Driving School Blog - By a Seasoned Driving Instructor.

]]>

Artikal ini khasnya sekali untuk menjawab pertanyaan seorang pembaca blog Driving School Malaysia ini.

Seorang yang berhajat hendak menjadi pengajar atau instructor institut memandu janganlah seorang yang “fickle minded” atau “kerap berubah fikiran”. Mengapa pula tidak boleh bersifat tersebut di atas?

Kerana, kiranya hendak menjadi pengajar atau instructor memandu, hendaklah menghadiri “kursus” dapatkan sijil mengajar atau “S.M.2”. Kalayakan-kelayakan yang perlu ada ialah:

1) Sifat-sifat yang tertera di bawah:

a) Penyabar

b) Tekun berkerja

c) Jujur atau ikhlas

2) Harus mempunyai Sijil S.P.M. sekurang-kurangnya. Penulis ini di fahamkan Sijil Vokasional juga boleh di terima.

3) Mempunyai lesen jenis D untuk kereta. B2 untuk motorsikal. Pengalaman memandu hendaklah 5 tahun.

4) Rakyat Malaysia saja yang layak memohon.

5) Yang hendak mohon jawatan pengajar atau instructor hendaklah terlebih dulu di sponsor atau di taja oleh sekolah memandu atau institut memandu.

6) Hendaklah menghadiri kursus untuk mendapatkan Sijil Mengajar Memandu atau “S.M.2”. Kursus ini di anjur oleh J.P.J. negeri termasuk Sabah dan Sarawak.

7) Kursus ini berlangsung hampir seminggu lamanya. Kos kursus ini di antara RM1000 – RM1500.

8) Seorang bakal calon akan di uji cara-cara menguji jenis lesen B2 (motor), D (kereta) dan E (lori).

9) Menjalani ujian teori selok-belok pengajaran dan pengujian kenderaan.

Berjaya lulus item-item nombor 8 dan 9, anda akan layak di tauliahkan “S.M.2” atau sijil mengajar.

Di peringatkan bahawa S.M.2 perlu di perbaharui sekali setahun. Untuk membaharui sijil tersebut, hendaklah mendapat sokongan daripada Pengurus institut.

Selepas mencapai sijil mengajar “S.M.2”, bolehlah anda memohon bekerja dengan institut memandu.

Bagi orang-orang yang berminat menjadi seorang pengajar atau instructor, harap dapat mengkaji sysrat-syarat dengan teliti.


The post Keperluan-keperluan Untuk Menjadi Seorang Pengajar Institut Memandu appeared first on The Driving School Blog - By a Seasoned Driving Instructor.

]]>
https://driving-school.com.my/sekolah-memandu/keperluan-keperluan-untuk-menjadi-seorang-pengajar-institut-memandu/feed/ 43